Selamat Pengantin Baru Sweet Qismina & Adam. Tahniah buat pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee yang baru saja selamat bernikah pagi tadi.
Menerusi live di Youtube, pasangan ini telah disatukan dalam majlis yang cukup meriah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sepertimana yang diwar-warkan menerusi akaun Instagramnya sebelum ini, Sweet memohon doa agar pernikahannya pada hari ini berlangsung dengan lancar.
“Bismillahirrahmanirrahim,
“Terima kasih atas sokongan sepanjang perhubungan kami dari hari pertama kami berkongsi secara terbuka.
“Kerana doa semua & keluarga, Allah mengizinkan kami untuk melangkah ke fasa baharu.
“Sweet & Adam ingin memohon maaf jika ada silap & salah atau buat sesiapa terguris hati.
“Satu kami minta,
“Doakan agar majlis berjalan dengan lancar.
Baca Disini : Hadiah Hari Lahir Sweet Qismina, Adam Lee Ikat Tali Pertunangan “Bukan Babak Drama, Betul-Betul Bertunang”
“Dengan izin Allah, semoga hubungan kami diberkati & kekal hingga ke syurga 🤍
“Robbanaa hablanaa min azwaajinaa wa zurriyaatinaa qurrota’ayuniw waj’alna lil-muttaqiina imama”
“Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
Sebelum ini juga Sweet telah berkongsi gambar bersama tunangnya, Adam Lee di laman Instagram yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Sweet dan pasangan dilihat megenakan busana bertemakan Jawa sebagai pilihan di majlis berinai.
Menerusi ruangan koman pengikut kedua-dua pelakon ini mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke jannah.
Mingguan Wanita : Tahniah Sweet & Adam!
Sumber Foto : Instagram Sweet Qismina