Selamat Pengantin Baru RAYSHA RIZROSE, suami tertarik sikap santun & hormati orang. Tahniah diucapkan buat pelakon Raysha Rizrose dan pasangannya.
Dengan sekali lafaz, pelakon jelita, Raysha Rizrose, 26, sah bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, jam 8.52 malam tadi.
Selamat Pengantin Baru RAYSHA RIZROSE
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di sini.
Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Pemilik nama lengkapnya Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur segala perancangan diatur berjalan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan.
“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” jelasnya.
Adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose itu sempat menyingkap kisah perkenalan mereka mekar sejak 10 tahun lalu.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami.
“Momen dan detik itu masih berbekas di hati. Ini kerana lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar saya sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu,” kata Raysha yang turut berkongsi tarikh lamaran Nabil yang terpateri pada 16 Ogos 2022.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu. Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Mengenai bulan madu dan soal anak, pelakon ini mengakui mereka belum merancang.
Ads
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang. Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.
Mengenai Nabil atau nama penuhnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, Raysha menyifatkan suami melengkapi segala-galanya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Buat Nabil Jeffri pula menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
“Dia (Raysha) sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
Ads
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” kata Nabil Jeffri.
Tanggal 26 Februari pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak jangan tak tahu, kedai barang murah tak semestinya tak berkualiti. Lagi-lagi untuk mudahkan kerja mak-mak dalam rumah. Haa.. Puan Maryam Salleh ini kongsi 12 item cuci cuci wajib mak-mak beli dari kedai eco.
“Jangan pandang sebelah mata dengan kuasa barangan eco ni . Walau hanya RM2 tapi sangat membahagiakan hati pembeli.”
Sebagai pengguna tegar, maklumnya pada 15/10/2018, barangan Eco telah pun naik 0.10 sen.
“So lepas ni akan jadi RM2.10 setiap item. Apadehal dengan 10 sen kan? Masih lagi jimat jika nak compare beli di hypermarket yang besau-besau di bandar ni.”
12 Item Barang Eco Ni Wajib Beli
Gambar di bawah saya kongsikan item yang best dan korang patut beli dan cuba di rumah.
Sembur- sembur jer kat dapur yang ada percikan minyak dan sebagainya kompem berkilau dapur uols.
RM2 jer.
2. Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk
Giler best sabun cuci pinggan ni. Dah la berbuih banyak dan kotoran pun mudah tanggal.
RM2 / 1 liter.
3. Anti Bacterial Handwash
Bau lavender dah tentunya wangi. Dah la 500ml dengan harga RM2.
4. Pencuci Lantai
Saya mop lantai marble rumah pakai pencuci lantai RM2 ni. Not bad. Lantai pun bersih dan licin jer lepas kering.
5. Mandian Badan
Tolong percaya mandian ni hanya RM2 dan baunya harum.
6. Pewangi Kereta
Biasa beli RM10 kan? Sekarang beli kat eco jer hanya RM2 ada macam-macam aroma. Saya beli ni bau rose gitu.
7. Cecair Pembersih Mosaic Dan Tandas
Ni power beb. Picit jer dekat tandas yang berkerak kuning dan berlumut dan biarkan selama 10-15 minit. Lepas tu sembur jer air…. tak perlu kudrat yang banyak nak menyental.
Kotoran tanggal dengan mudah sekali. Very rekemended. Opkoz hanya RM2.
8. Penyegar Udara
Satu set ada 4 ketul. Letak lah kat mana korang suka. Ada 4 jenis bau. RM2 jer.
9. Mop Lantai
Batang dan mop ni RM4 satu set. Nampak flowy kan?
10. Cecair Pencuci Baju
Sabun ni bau sedap wei. Cubalah beli. Stok tak banyak kat kedai eco. Ramai yang borong buat stok kot. Yer lah RM2 jer.
11. Pembersih Kaca
Serius best glass cleaner ni hanya spray pada permukaan cermin dan lap. Memang berkilau. Tak padan dengan harga RM2.
12. Pelembut Pakaian
Ini softlan pun RM2. Wangi.
Ekstra! Bakul Pun RM2
Penuh bakul tu dengan barang pencuci dari eco . Bakul tu pun RM2.
Inilah Hasil Selepas Cuci Bilik Air Guna Item RM2
Ni contoh sebelum saya guna clorin stain remover yang saya share kat atas tadi. Selepas 10 minit, bilas dan sental sikit-sikit jer dah bersih.
Mira Filzah kongsi tentang ibadah,“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti).” Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi pengalamannya menjaga ibadah selepas menerima pertanyaan daripada seorang pengikutnya berhubung pendekatan yang dilakukannya agar dapat menjaga solat lengkap lima waktu sehari.
Mira Filzah Kongsi Tentang Ibadah, “Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti)”
Ujar Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, sebagai insan biasa dia juga pernah terlambat atau tertinggal solat namun tetap cuba melunaskan kewajipan umat Islam itu sebaik-baiknya.
Mira Filzah mengakui masih dalam fasa menjaga ibadah dengan sempurna terutama soal melengkapkan solat lima waktu sehari.
“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti) dan sebagainya.
“Tapi kita sama-sama perbaikilah. Yang penting usaha, buat juga,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.
Menurut pelakon drama rantaian Lelaki Kiriman Tuhan itu, apabila menjadikan solat sebagai rutin wajib harian, seseorang akan berasa tidak selesa andai rukun Islam kedua itu ditinggalkan begitu sahaja.
“Macam mana ya nak cakap. Bila anda lakukan solat seperti rutin harian, anda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat.
“Contoh, anda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?” ujarnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga aktif berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu dalam laman sosialnya terutama berkaitan keibubapaan serta isu semasa sejak memperlahan karier seni.
Imej yang ditampilkan oleh Mira juga mempamerkan peribadi selebriti berhijab yang sering dipuji. Pendek kata meskipun berhijab dan dalam masa sama berfesyen namun tetap menjaga aurat.
Dua beradik bergaduh di wad ketika ayah nazak, sabit kesalahan boleh di penjara 6 bulan. Tindakan dua beradik bergaduh di wad di hadapan ayah yang sedang nazak memakan diri apabila didakwa di Mahkamah Majistret hari ini. Keduanya dituduh melakukan gaduh gempar di dalam wad Hospital Melaka ketika menjaga bapa mereka yang nazak, Januari lalu.
Tertuduh, Normala Othman, 47 dan Julaiha Othman, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama telah melakukan gaduh gempar dengan melakukan pergaduhan di tempat awam.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di Wad 42, Katil 2A Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah, pada 19 Januari 2025.
Memetik laporan Kosmo Online, sabit kesalahan kedua-kedua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik terbabit berhubung hal persiapan bagi lokasi pengebumian bapa mereka, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia pada keesokkan harinya.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan bagi setiap tertuduh.
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Mawardi Zainudin yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mereka masing-masing menjaga ibu yang sakit, anak orang kurang upaya mental dan menanggung anak-anak yang masih kecil.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 setiap seorang dan menetapkan tarikh 3 Jun depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!