Syawal ini memberi berita gembira buat Ain ‘Afini Latif yang telah selamat melahirkan bayinya pada Jumaat, 7 Jun 2019 lalu. Sepanjang proses kelahiran khalifah kecil ini, Ain diuruskan oleh famili dan bekas suaminya, PU Abu Sufyan.
Biarpun sebelum ini, pergolakan rumahtangga mereka pernah menjadi ‘panas’ di media sosial. Kelahiran cahayamata sulung ini memberi ruang buat kedua memilih untuk saling memaafkan.
Malah bekas isteri PU Abu Sufyan, Ain ‘Afini juga mengambil jalan terbaik berdamai dengan takdir dirinya. Dalam perkongsiannya yang terkini di instagram, Ain mendoakan yang baik-baik untuk bayinya yang baru lahir.
“Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa. Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam. Tendangan kecil yang menjadi peneman setia.”
“Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat
.”Menerusi perkongsiannya itu juga, Ain seakan memberi gambaran dirinya sudah pun memaafkan bekas suaminya itu. Malah memilih untuk redha dengan setiap ujianNya.
“Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling.”
“Hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian, pilihlah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah
.”“Terima kasih famili, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni.”
MW : Semoga kelahiran cahayamata ini menjadi pendamai untuk kedua hati yang pernah bergolak itu. Sungguh, Allah cinta pada hambaNya yang saling berkasih sayang, dan menjauhi permusuhan.
Sumber/Foto : ainafini