Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Share

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, namun setakat ini dia belum sedarkan diri.

Ternyata berat ujian buat Siti Sarah dan suaminya, Shuib, dijangkiti Covid-19 ketika hamil adalah sesuatu yang sukar diterima oleh sesiapapun apatah lagi apabila kesihatan makin merosot.

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak ke-empat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.

Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.

Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Baca Juga Di Sini:

Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik, Bayi Akan Dikeluarkan Secara Pembedahan

Siti Sarah Masuk ICU, Mohon Doakan Ibu Dan Anak Dalam Kandungan

‘Oksigen Masih Belum Stabil..’ Shuib Doakan Siti Sarah Kuat Semangat

DiTidurkan dan Berada Di ICU

Sarah terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.

Isteri kepada pelawak, Shuib itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM sebelum ini dikenali sebagai HUKM) pada malam Rabu.

Sarah, Shuib dan tiga orang anak disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu setelah pembantu rumah dijangkiti virus itu.

Mingguan Wanita : Semoga kesihatan Siti Sarah kembali pulih dan dipermudahkan segala urusan. Insyallah. Amin.

Sumber: SinarPlus

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Nur Syazwani Mehat