“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby” Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Sulung

Share

“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby” Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Sulung.

Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang sudah bergelar bapa. Isteri Usop, Nur Fatihah telamat selamat melahirkan bayi kesayangan mereka yang pertama.

Usop yang lahir dari program Mentor juga turut berkongsi nama anak lelaki mereka.

“Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad saif umar. Terima kasih yang mendoakan istri usop.”

“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby

Sebelum isteri selamat melahirkan, Usop  memohon doa orang ramai moga dipermudahkan isterinya bersalin.

“Semoga dipermudahkan urusan istriku” kongsi Usop

Untuk rekod, Usop berkahwin dengan Fatiha yang merupakan seorang model pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Baca Disini : Budak 10 Tahun Jadi ‘Bidan Terjun’, TENANG Bantu Ibu Bersalin Dengan Selamat

Luluh Hati Ibu, Terkejut Anak 14 Tahun Rupanya Sarat Mengandung, Bersalin Bayi Perempuan!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah buat Ucop dan isteri.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Usop Official

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

 

Published by
Norhayati Suboh