Selamat Berpantang, Jihan Muse Kini Ibu Anak Dua “Akhirnya Arsalan Sudah Ada Adik”

Share

Selamat berpantang, Jihan Muse kini ibu anak dua. Tahniah diucapkan buat pemilik nama sebenar Nur Jihan Musa, 39 yang telah selamat bersalin anak keduanya.

Jihan yang juga isteri kepada pelakon Ungku Hariz telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Selamat Berpantang, Jihan Muse Kini Ibu Anak Dua

Menerusi perkongsian isteri pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman menerusi laman sosial Instagramnya memberitahu perkhabaran gembira tersebut.

“Tahniah Kak Jihan, akhirnya Arsalan sudah ada adik.

“Semoga semua dalam keadaan baik, selamat berpantang,” kongsi Syaheera yang juga merupakan adik angkat Jihan.

Kongsi Perkhabaran Gembira Menerusi Instagram Storie

Pada masa sama, Jihan juga turut berkongsi perkhabaran tersebut menerusi Instagram Storienya.

Jihan juga memuat naik beberapa keping foto ucapan tahniah daripada pihak hospital dan bidan yang merawatnya.

Bagaimanapun, empunya diri tidak secara spesifik menyatakan butiran kelahiran cahaya mata baharunya.

Terdahulu Jihan secara terbuka berkongsi beberapa foto dan perkembangan kehamilannya.

“Kejap macam nak keluar, kejap macam tak nak. Kali ini dia main tarik tali dengan bonda. Doakan ya. #lastcheckup,” sambungnya.

Baca Disini : Wajah ‘Selamba’ Hero Jihan Muse Jalani Ujian Calitan, Lega Hati Ayah Bonda  

Tahniah! Jihan Muse Selamat Bersalin Anak Lelaki

Mingguan Wanita : Tahniah Jihan Muse dan Ungku Haris.

Sumber Foto : Instagram Jihan Muse

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.

 

Published by
Norhayati Suboh