Syanie selamat bernikah kali ketiga, “Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya,” begitulah yang diungkap oleh pelakon ini selepas dua perkahwinan sebelum ini terlerai.
Genap setahun perkenalan, pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, 47, melangsungkan pernikahannya dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira kira jam 9 pagi tadi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Menurut Syanie, majlis itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.
Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie pula hanya menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.
“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mendorong kami menundanya dulu.
“Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” katanya
Menurut Syanie bukan mudah untuk dia membuka lagi hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina terlerai.
“Namun keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.
“Pengajaran lalu, mematangkan saya. Tapi setahun lalu, dia bersungguh sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.
Kata Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda tiada anak.
Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002. Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.
Baca Disini Juga:
IBU Tidak Putus Berzikir & Lakukan Solat Sunat, 7 Jam Syanie BERTARUNG NYAWA Jalani Pembedahan
Selamat Pengantin Baru, Hannah Delisha Kini Bergelar Isteri Kepada Imam Shah
IBU TUNGGAL Ini Pernah Kerja Sebagai PENARIK KERETA, Pahit Getir Diharung Sendiri
Sumber Foto: Thelane.my
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita