Selamat berehat adik, kematian itu pasti, keluarga komando lemas redha ujian takdir. Pencarian selama 12 hari seorang anggota komando, Lans Koperal Edrin Baintim yang dipercayai lemas ketika latihan Eksesais Pari Harimau iaitu kursus juruselam di perairan Pula Undan, Melaka berakhir.
Redha dengan takdir perjalanan yang sudah ditetapkan, ahli keluarga mangsa menitipkan ucapan sedih di facebook di atas kejadian yang berlaku kepada adik bongsu mereka ini.
Memetik Sinar Harian, “selamat berehat kepada adik bongsu kami”, itu antara coretan ahli keluarga anggota komando Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang mayatnya ditemui di Tanjung Sepat, Banting setelah 12 hari hilang di perairan Pulau Undan, Melaka.
Ahli keluarga mangsa yang menggunakan akaun Facebook atas nama Andy Loys menerusi hantaran di laman sosial itu berkongsi rasa sedih namun mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari mendiang.
“Terima kasih di atas doa dan semangat yang diberikan kepada kami sekeluarga.
“Selain itu, ucapan terima kasih juga untuk semua agensi yang terlibat dalam misi pencarian adik bongsu kami yang hilang dibawa arus ketika menjalani latihan kursus selam itu,” katanya menerusi hantaran dimuat naik pada Isnin.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tragis Budak Perempuan 3 Tahun Ditemui Mati Lemas Di Dalam Mesin Basuh!
“Arwah Sempat Tekan Saya Sebelum Lemas” Kongsi Detik Sedih Gagal Selamatkan Sahabat
Insiden Tragis Bekas Polis Thailand Mengamuk, 34 Maut Termasuk Kanak-Kanak
Katanya, hidup dan mati sudah menjadi ketentuan.
“Siapa kita hanya manusia biasa tidak tahu bila takdir menjemput tapi sudah takdir mati itu pasti bagi manusia.
“Selamat berehat kepada adik bongsu kami, kami yang tinggal juga akan melalui kematian,” katanya.
Mayat Edrin Baintim ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada Ahad.
Mangsa dikatakan hilang ketika latihan Eksesais Pari Harimau iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan selama tujuh hari melibatkan pelbagai agensi termasuk anggota PULPAK, Pasukan Selam Ranjau, KD Duyong dan juga Pasukan Penyelam Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya turut mendapatkan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Indonesia.
Operasi itu kemudian diteruskan pasukan komando Tentera Darat sehingga hari ke-10 pencarian yang berakhir pada Selasa lalu.
Perempuan jangan kuat cemburu, tok laki tak suka kata Catriona
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jom usah-usah biskut raya di Fiesta Homebakers. Ada macam-macam biskut untuk hari raya nanti.