Selama Iddah, Dia Masih Isteri, WAJIB Beri Nafkah & Tinggal Bersama Bukannya Halau Keluar!

Share

Bila bercerai, mula pasangan bawa haluan. Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami wajib beri nafkah dan tanggungjawab isteri seperti biasa.

Tapi bila ikut nafsu, perasaan masing-masing seakan membenci dan kalau boleh tak nak tengok muka langsung. Sampaikan ada yang kena halau dari rumah sebab mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami isteri kena tinggal bersama, wajib beri nafkah dan lakukan tanggungjawab seperti biasa. Sebab inilah waktu untuk mengimbas kenangan manis bersama dan mungkin boleh membuatkan pasangan bersatu kembali.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Tak Sanggup Tunggu Bekas Isteri Habis Iddah’, Punca Lelaki ‘Nikah Sempadan’

Tak Semua Nafkah Boleh Dituntut Isteri Dalam Iddah, Kena Tahu Jenis Lafaz Talak

Wajib Beri Nafkah, Masih Ada Tanggungjawab

Antara perkongsian video oleh Ustaz Azhar Idrus mengatakan perempuan itu masih lagi isteri dan wajib diberi nafkah seperti biasa dan tanggungjawab isteri tetap sama.

Semua ini masih boleh tinggal sebumbung dan isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Haram.

“Duduklah berdua ketika ini kerana masa ini boleh jadi hubungan bertambah baik dan rujuk kembali. Lakukan kehidupan seperti biasa KECUALI melakukan hubungan intim. Tidak boleh tidur bersama.

Mingguan Wanita : Suami isteri jangan terlalu mengikut perasaan. Fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak. Mudah-mudahan, dapat baik kembali.

Sumber: cahayailmuchanel (tiktok)

@cahayailmuchannel_Hubungan Pasangan Semasa Tempoh Iddah

♬ original sound – Cahaya Ilmu Channel

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora