Waktu dapat bonus gaji 3 bulan, pemandu bas ini rasa seronok sangat. Itulah rezeki terpijak untuk dia betulkan rumahnya yang rosak teruk. Suatu hari maknya pula datang nak pakai duit. Serba salah nak beri pada mak. Akhirnya sebagai anak, dia akur serah saja duit pada mak walaupun kepalanya serabut. Tapi lepas dia serah itulah pemandu bas ini alami kejadian aneh dalam hidupnya.
Sebab dalam fikiran kusut itulah nanti akhirnya dia belajar bersyukur!
Penulis Mohamad Feroz Zaini telah memuat naik status ‘Siri Sembang Dengan Pemandu Bas Malam’ dalam facebooknya. Catatan sembang malamnya itu menarik perhatian Mingguan Wanita. Kami kongsikan agar pembaca lebih memahami konsep keberkatan rezeki itu salah satunya adalah mendapat redha ibu.
“Polis tu tepis!” bersungguh dia (pemandu bas itu) bercerita.
Berapa sangat gaji pemandu bas. Kalau rajin, kejar trip, insyaAllah, bolehlah balik kampung kerap sikit.
Begitulah luahan pemandu bas ekspress sepanjang perjalanan, berkongsi kisah suka dan duka.
“Prinsip hidup saya, dapat gaji, mesti bagi pada mak dulu. InsyaAllah, hidup kita berkat.” sambil dia menukar gear. Serentak dia memandang cermin sisi, kiri dan kanan.
Selama dia bekerja sebagai pemandu bas ekspress. Dia tidak pernah memberikan duit bonus kepada ibunya.
“Sekali tu, syarikat bagi bonus 3 bulan gaji. Waktu itu memang saya hendak pakai sangat duit. Kalau awak masih ingat kejadian ribut melanda Kedah, rumah saya separuh rosak.”
Saya hanya menangguk, sejujurnya saya hanya ingat sediikit sahaja kisah itu.
“Waktu itu juga mak saya tanya kalau saya ada duit sikit, dia nak pergi ke Siam, nak ziarah saudara mara yang dah berpuluh tahun tak tengok.”
“Saya memang serba salah, nak bagi duit bonus kat mak atau nak repair rumah
.”Bila dibuat perbincangan. Isterinya menasihati agar duit itu diberikan kepada ibunya.
Sewaktu sedang bekerja beberapa hari selepas itu. Fikirannya agak berserabut dari mana nak cari wang untuk membaiki rumah.
Satu pagi, sebaik dia menghabiskan kerja, sekembalinya dari Singapura.
Taukehnya memanggil. Bertanyakan samada dia boleh bawa bas persiaran. Kerana dia memang ada pengalaman membawa bas persiaran di Singapura. Dan beliau dipinjamkan ke sebuah syarikat lain.
Sedang beliau memandu bas persiaran dalam Singapura. Dengan secara tidak sengaja, beliau tertekan pedal minyak, kakinya macam tegang, sedangkan waktu itu lampu merah.
“Sekelip mata, banyak kereta yang berhenti. Polis trafik terus menahan saya. Apa alasan saya nak bagi… memang confirm kena saman.”
Saya memandang wajah pemandu dengan rasa simpati.
“Tetapi … kuasa ALLAH. Sebaik saya buka pintu bas, saya tak tahu dari mana datangnya 2 ekor tebuan, terbang keluar dari tempat duduk saya. Polis itu pun terkejut dan cuba mengelak.”
“Bila tebuan itu terbang, Polis itu hanya mampu menggelengkan kepala.”
“Are you ok Sir!” tanya Pegawai Polis itu dengan wajah serius.
Mereka menyangka yang tebuan itu masuk ke dalam bas dan mengaanggu kami. Pegawai Polis itu terus melepaskan saya tanpa berkata apa-apa.
“Saya punya rasa lega yang teramat sangat, kalau kena saman …. entahlah.” Rupanya rezeki pemandu itu masih belum mengalir.
Sebaik sahaja beliau menamatkan tugasan. Ramai pelancong yang gembira dan memberikan wang tips.
“Ada yang bagi dollar Singapore, US dollar. Balik saya kira, bukan setakat boleh repair rumah, saya boleh beli basikal untuk anak saya ke sekolah!”
“ALLAHU AKBAR!” lafaznya berkali-kali.
PS: Abang Long. Sudah berpuluh tahun tak dapat bonus.
Sumber/Foto: Facebook Mohamad Feroz Zaini