Selama 22 Tahun Menjadi Suami Isteri, JAGA SOLAT Rahsia Hidup Bahagia

Ibu kepada lima orang cahaya mata ini berkongsi pesanan. Antara rahsia hidup bahagia sepanjang 22 tahun bergelar suami isteri. Paling utama, menjaga solat 5 waktu.

Selepas itu barulah hadamkan tip-tip yang lainnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Muhaszlina Sanip. Walaupun payah, tak larat dan susah. Cekalkan hati untuk menjaga apa yang Allah perintahkan ini.

Selama 22 Tahun Menjadi Suami Isteri, JAGA SOLAT Rahsia Hidup Bahagia

Rahsia Hidup Bahagia Untuk Pasangan Suami Isteri

Dalam pada itu, Muhaszlina turut menyertakan sekeping gambar kenangan ketika awal mendirikan rumah tangga pada tahun 1999 dan gambar terkini, iaitu tahun 2021.

Saja akak nak share dengan kawan akak kat sini (dalam grup Kami Suri Rumah). Pengalaman selama 22 tahun melayari alam rumahtangga

Gambar kiri tu, 2 minggu selepas kahwin dan masa tu baby dah ada dalam perut tapi akak tak tau lagi. Patut la masa jalan-jalan tu akak tak larat, tapi tabahkan juga sebab taknak rosakkan plan abang yang “excited” nak tunjukkan bandar Melaka kat akak.

Gambar kanan tu selepas 5 orang anak soleh dan solehah dah keluar dari perut akak. 2 orang keluar secara normal dan 3 orang secara pembedahan. Dan harini akak nak share beberapa tips buat adik-adik akak yang baru kahwin atau bakal berkahwin. Semoga bermanfaat.

Ads

Agar Lebih Bahagia, Hadamkan Pesanan Ini

Pertama, benda paling penting dalam kehidupan dan rumahtangga ni sebenarnya ialah solat.

Kalau kehidupan kita tak berharta, tak berapa baik, tak berapa teratur, tak mengapa. Tapi berusahalah untuk solat 5 waktu. Walau terasa payah nak tunaikan solat tapi tolonglah paksa diri, keep fighting , solatlah jugak walau tak berapa khusyuk atau solat di akhir waktu.

Kalau kehidupan kita sempurna sekalipun, jika kita abaikan solat, maka Allah akan abaikan kita. Janganlah pelik kenapa masalah kita belum selesai, malah bertimpa-timpa pula. Kita perkecilkan solat, jangan merungut kenapa kita nampak kecil di mata dunia.

Kedua, ialah “mindset”.

Ramai yang kata pasangan berubah selepas berkahwin. Ya, memang betul. Sebab masa bercinta, hubungan tu cuma bersandarkan emosi. Tapi selepas kahwin, hubungan tu datang dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Nasihat akak, rendahkan “expectation”. Kita bakal berkahwin (atau berkahwin) dengan orang yang tak sempurna. Lengkapilah dia.

Ketiga, bagi tumpuan kepada rumahtangga sendiri.

Jangan tengok langsung rumahtangga orang lain. Jangan dok “compare” suami orang lain atau isteri orang lain macam mana. Perisaikan diri kita dari tengok apa yang orang lain ada. Bukan sebab “jealous”, atau iri hati. Cuma berpijak di bumi yang nyata. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada.

Ads
Last but not least, kurangkan menuntut hak.

Banyakkan memberi dan menunaikan hak. Percayalah, Allah akan balas dengan macam-macam jenis bahagia dan kesenangan di masa depan. Perkahwinan adalah ibadah. Gunakan perkahwinan untuk cari jalan-jalan mudah ke syurga, melalui ‘harga’ sabar dan memberi yang tinggi.

Perkahwinan juga adalah lubuk pahala, dan “investment” yang takkan rugi kerana Allah janjikan pelbagai ganjaran terhadap segala penat lelah yang suami isteri lakukan. Tiada satu pun perbuatan kita yang sia-sia.

Kadang-kadang dari pengalaman kita orang lain akan dapat pengajaran. Sama-sama kita belajar. Akak pun masih belajar. Ambillah jika ada sisi yang baik dan “ignore the rest”.

Salam sayang dari akak.

Ads

#22yearsandcounting
#tilljannahinshaAllah

Nak dapat Mr. Perfect adalah mustahil, tapi cara isterilah yang boleh menciptanya.

MW : Sabar pun antara tip hidup bahagia pasangan suami isteri. Sabar itu terlalu mahal. Tak semudah menyebutnya. Namun, percayalah hikmah dan pahala sabar itu pasti akan memberi kebaikan pada orang-orang yang berjaya melaluinya.

Sumber/Foto : Muhaszlina Sanip

U

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI