Sebaknya perkongsian penyanyi Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin tentang anak keduanya yang telah kembali ke rahmatullah, Muhammad Sukiyaki Alif Johan.
Kata ibu ini, ternyata Alif anak yang baik dan mendengar kata. Malah seorang yang berlemah lembut dengan ibunya.
Kongsi Nora,
“Saya ampunkan segala dosa anak saya.
Selama 20 tahun, tidak pernah meninggi suara kepada saya.
Tiap-tiap hari dia akan bertanya khabar saya.
Anak yang selalu ingin lihat saya bahagia.
Alif pergi jumpa papa ye?
Rehatlah di sana
Semoga Allah tempatkan Alif bersama orang-orang yang beriman.
Al Fatihah”
Akan Dikebumikan Berhampiran Kubur Papanya
Maklum Nora lagi, jenazah anaknya itu akan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku sekitar jam 3 petang ini.
Dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, berhampiran dengan kubur suaminya, Johan Nawawi.
“In Shaa Allah malam ini lepas Isyak, tahlil di Masjid Kampung Tunku.”
Sebelum itu, Nora juga menulis di instagramnya dengan caption yang cukup meruntun hati disertakan dengan gambar kenangan bersama anak keduanya.
Tulisnya, “Alif pergi jumpa papa.. Dia tak balik dah.”
Alif Johan Bagai Pengganti Arwah Suami
Maklum Nora lagi, arwah anaknya itu ibarat pengganti arwah suaminya. Lagi-lagi sejak anak sulungnya, Muhammad Syakir Iman berkahwin dan berpindah rumah. Alif lah yang banyak membantunya menguruskan rumah dan dua orang adik yang masih menetap bersamanya.
Arwah Alif juga selalu beritahu sebaik tamat belajar dia mahu cari kerja bagi membantunya. Minat nya dalam bidang muzik, membuatnya memasang impian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkenaan.
Sebelum ini, anak keduanya itu tinggal di asrama. Masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Kadangkala dia masak untuk kami semua. Bila dia tak dapat pulang, saya akan hubunginya bertanya khabar. Tak sangka kali ini dia tak pulang selamanya.”
Alif meninggal dunia di rumahnya selepas rebah. Pembantu rumah kemudian minta bantuan jiran dan menghubungi abang sulung Alif sebelum ambulans membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
MW : Semoga Allah memberi ketabahan kepada Nora Ariffin dan ahli keluarga yang lain menghadapi ujian besar ini.
Sumber/Foto : Nora Ariffin, Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI