Selalu SAKIT KEPALA Berdenyut Hanya Sebelah Kiri, Mungkin Ini Sebabnya! Pasti ramai yang pernah mengalami sakit kepala. Kepala rasa pening, dan sakit berdenyut-denyut, tak kiralah pada sebelah kiri, kanan atau kedua-dua bahagian. Serba serbi tak selesa dan biasanya perlu tidur atau rehat seketika untuk melegakannya.
Namun demikian, ada sebabnya jika sakit kepala ini tertumpu pada sebelah kiri sahaja. Menerusi perkongsian di Hello Doktor punca sebenar sakit kepala di bahagian kiri terbahagi kepada beberapa faktor risiko ia termasuklah:
1.Gaya Hidup Individu
Sebenarnya, sakit kepala sebelah kiri mungkin disebabkan oleh gaya hidup individu itu sendiri, seperti:
Tidak Makan Atau Minum: Otak memerlukan gula (glukosa) dari makanan atau minuman untuk berfungsi dengan optimum. Jika tidak, ia akan menyebabkan hipoglisemia dan sakit kepala adalah salah satu daripada simptomnya.
Alkohol: Kebanyakan jenis minuman keras terkandung ethanol, bahan kimia yang akan mengembangkan salur darah pada otak lantas jadi punca pening kepala.
Stres: Apabila sedang stres, tubuh badan akan mengeluarkan bahan kimia untuk melawannya namun akan menyebabkan kesan sampingan seperti pening kepala.
Diet: Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh jadi punca sakit kepala terutamanya yang mengandungi bahan memproses seperti pengawet.
Tidak Cukup Tidur: Insomnia boleh jadi punca sakit kepala. Selain itu, pening kepala ini juga adalah sebab tidak mampu untuk tidur pada waktu malam.
2. Kondisi Neurologi Individu
Masalah pada sistem saraf di otak individu juga adalah punca sakit kepala sebelah kiri:
Occipital Neuralgia: Saraf occipital yang menghubungkan otak dengan saraf tunjang boleh terjejas lantas menyebabkan rasa sakit pada kepala.
Trigeminal Neuralgia: Saraf trigeminal yang menyediakan deria rasa pada muka boleh terjejas lantas mengakibatkan rasa sakit pada muka.
Giant Cell Arteritis: Kondisi ini berlaku akibat keradangan salur darah pada bahagian tepi kepala lantas jadi punca sakit kepala, muka dan bahagian lain.
3.Beberapa Jenis Jangkitan & Alahan
Sakit kepala sebelah kiri juga biasanya adalah simptom kepada beberapa jenis jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu yang disebabkan oleh virus.
Selain itu, perkara ini juga boleh terjadi angkara reaksi alergi lantas menyebabkan mukus pada sinus iaitu hingus berkumpul, tersumbat dan memberi tekanan.
Jangkitan lebih serius seperti encephalitis dan meningitis pula akan mengakibatkan pening kepala kronik selain simptom seperti demam panas, tegang leher dan sawan.
4. Pengambilan Ubatan Tertentu
Sebenarnya, ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat sakit kepala itu sendiri boleh buat keadaan jadi lebih teruk jika anda menggunakannya secara berlebihan.
Antara ubatan tertentu yang mungkin boleh menyebabkan sakit kepala di sebelah kiri adalah:
- Aspirin
- Acetaminophen
- Ibuprofen
- Naproxen
- Sumatriptan
- Zolmitriptan
- Oxycodone
- Tramadol
- Hydrocodone
- Ergotamine derivatives
5. Pemakaian Topi, Tudung atau Sarung Kepala
Jika anda kerap memakai topi, tudung atau apa-apa sahaja jenis sarung kepala, sila pastikan ia tidak terlalu ketat agar tidak wujud tekanan terlalu kuat padanya.
Apa yang anda perlu buat jika sakit kepala?
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan punca sebenar sakit kepala itu tanpa mengira di mana tempatnya.
Besar kemungkinan ia mungkin berpunca daripada sebab yang telah kami nyatakan di atas tadi, namun diagnosis daripada doktor adalah sangat penting.
Ini juga bagi menentukan sama ada jenis pening kepala yang anda alami itu sama ada tergolong dalam kategori tekanan, migrain, kluster atau kronik.
Kemudian, barulah ubatan dan rawatan dapat diberikan selain anda juga boleh mengamalkan beberapa tip tradisional lain bagi melegakan kesakitan pada kepala.
Mesti Baca:Legakan SAKIT KEPALA Elak Bergantung Makan Ubat, Cuba Dulu TIP Ini
Baca Lagi Di Sini:Letak Ais Pada Titik Feng Fu, Bantu Atasi Sakit Kepala, Badan Rasa Ringan Bertenaga & Awet Muda!
Artikel Menarik:Nak Hilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Minit Tanpa Perlu Ambil Ubat,Ikut Cara Ini
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat menjelaskan punca sakit kepala bahagian kiri. Apa pun jika simptom berterusan dalam masa yang lama, sebaiknya berjumpa doktor untuk melalukan pemeriksaan dan rawatan sebaiknya.
Sumber: Hello Doktor
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI