“Selalu Nak Isteri Ikut Cara Famili Suami, Sedangkan Dia Dibesarkan Dengan Cara Berbeza!”

Share

Setiap kali seorang isteri yang baru masuk dalam famili suami, setiap kali itulah ada terselit cerita kurang manis dalam rumah tangga yang baru dibina. Tak banyak, mungkin sikit.

Tak ada yang sempurna, tetapi kalau bertuah mungkin kaum isteri itu jenis ‘menerima’ dan mengalah. Orang layan macam mana pun dia OK dan telan sahaja tanpa banyak songeh. Maka, berbahagialah hatinya walau terpaksa mengalah dalam diam.

Namun bagaimana pula dengan nasib golongan isteri yang bermasalah dengan mentua dan ipar duainya? Dia ke yang salah? Atau sebenarnya ada punca daripada sikap si suami yang langsung tak ambil peduli tentang hati seorang isteri?

Disebabkan terlalu lama menyimpan dalam hati, akhirnya masalah itu meletup dan terseret ke mahkamah! Haa… inilah yang kita kena elakkan.

Dan kali ini ada satu lagi kisah menarik laki bini yang dikongsikan oleh Puan Farizal Radzali, nasib isteri setiap kali ada salah faham dengan mentua atau ipar duainya.

Kena Cerai Sebab TERSEPIT Dalam Famili Suami

Hari tu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak memang tak boleh la kan. Tak pasal-pasal dapat status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka memang tinggal bersama parent lelaki sebab si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yang dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama.

Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Salah Siapa?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sangat? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dalam hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja dan menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang lain, yang mungkin dari cara hidup yg tak sama. Nak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dalam familinya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pulak?” Haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dengan maknya?

Mudahnya Jadi Orang Lelaki

Bila isteri berselisih faham dengan mak, suami keluar rumah. Lepak dengan kawan. Malas masuk campur dengan harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua-dua pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Sebab tu digalakkan pasangan yang dah berkawen, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dengan kicap je. Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yang dekat. Ziarahlah ibubapa selalu. Mula-mula akan ada bunyi sebab sanggup tinggalkan mak ayah lepas kawen. Lama kelamaan akan ok bergantung kepada bagaimana layanan kita pada mak ayah. Itu lebih baik dari mula-mula manis tapi lama-lama jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah untuk menemani Adam. Bukan menemani orang lain, bukan menemani anak Adam sekali pun. Perempuan dicipta dengan hati yang halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kawen 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sebagai pemimpin yg mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini, tiada perkara yg tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Kepada para lelaki, sila baca sejarah.

Sekian.

Published by
Nadia