Bermula hari ini, penduduk mukim Klang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Di sebalik arahan duduk rumah ini, penyanyi Liza Hanim juga terkesan.
Kerana terpaksa berjauhan selama 2 minggu dengan suaminya, Mohd Shahrin Mohd Samsudin.
Sewaktu aktif menyanyi dahulu, Shahrin merupakan anggota kumpulan Indigo. Dan kali ini, untuk rancangan realiti hiburan Gegar Vaganza 7 (GV7) Shahrin bakal menyertainya.
Memandangkan kawasan kediaman mereka terlibat dengan PKPB dan akan menyukarkan kelancaran urusan rehearsal, Shahrin membuat keputusan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan, Marysa Qistina dan Marysa Qaireen. Sememangnya terasa lain bagi seorang isteri yang sentiasa ke mana saja ada suami di sisi. Apa pun, kejauhan itulah nanti yang mengajar erti rindu.
MW : Semoga wabak Covid-19 segeralah pergi dari bumi Malaysia ini.
Ramai yang ternanti-nanti sama ada terdapat caj tambahan atau tidak kepada peminjam sewa beli jika mengambil moratorium.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah apabila Menteri Kewangan mengesahkan bahawa tiada caj tambahan atau penalti lewat bayar jika ambil moratorium seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Tiada caj tambahan dikenakan kepada peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium pembiayaan.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mencapai kata sepakat dengan industri perbankan.
Jumlah Ansuran Tidak Berubah
Beliau berkata, persetujuan dicapai menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan tidak berubah bagi kedua-dua jenis pembiayaan berkenaan.
“Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing.
“Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium berkenaan,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.
“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga mak, ayah sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat sepanjang tempoh PKP ini. Mungkin duit bayaran kereta yang ditangguhkan buat beberapa bulan ini dapat disimpan untuk kegunaan lain pada masa akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan kata suami sado je boleh buat kerja-kerja buka dan cuci bersih mesin basuh automatik. Sebenarnya, orang perempuan pun boleh buat sendiri tanpa bantuan suami.
Puan Ana Mariana ni tunjukkan langkah demi langkahnya. Cara nak buka mesin basuh automatik untuk dibersihkan dari kotoran. Lagi-lagi bila dikesan baju yang dibasuh tu masih kotor dan lekat sabun.
Katanya beliau pernah ternampak posting seseorang dalam facebook cara nak bersihkan mesih basuh. Memandangkan suaminya tiada di rumah, dia pun buat sendiri kerja-kerja membuka dan membersih mesin basuh.
“Senang je rupanya. Lama dah guna mesin basuh ni. Patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pula duk lekat kat baju lagi.”
Nanti bila mak-mak dah buka, akan nampak betapa kotor dalam mesin basuh tu. Selepas buka, kenalah cuci semua kotor-kotor dalamnya. Selesai cuci, akan rasa macam guna mesin basuh baru.
Rujuk Panduan Bergambar Untuk Buka Dan Cuci Bersih Mesin Basuh
Ini sebelum buka.
Buka skru 4 biji ini. Dekat tudung atas ini pun boleh nampak kotoran bahagian ini ya.
Buka klip tepi.
Cabut bahagian tengah ini ya. Klip gitu je.
Buka skru dalam ni.
Cabut plastik yang warna biru ini.
Cabut 4 biji skru ini pula. Nak cabut skru ini kena pakai kasih sayang sikit. Takut patah. Biasanya skru ini dah karah sebab kena air sokmo kan.
Kemudian baru boleh bawa keluar benda alah ini. Tengoklah betapa kotor dalamnya. Bertahun daki-daki ini duk kipung dalam ni. Nak bersih macam mana baju yang kita basuh tu.
Ni bahagian bawah.
Bersihkan juga bahagian ini.
Bersihkan pakai berus, Guna air sabun baru mudah nak tanggalkan kotoran.
Ini selepas dibersihkan.
Dah bersih pasang semula.
Baru kilat.
Siap.. orang perempuan pun boleh buatkan.
Nota : Maklum beliau lagi, ini cara yang digunakan untuk mesin basuh model di atas. Model lain mungkin cara bukanya berbeza.
Remaja India usia 24 tahun ini nampak sayu penampilannya. Tapi kau orang jangan cepat menghukum dengan melihat luaran seseorang. Hakikatnya jiwa remaja ini kental bak besi. Jika tidak masakan dia sanggup berjalan sejauh 20km SETIAP HARI demi mencari set penggambaran.
Kenapa? Baca catatan perkongsian sutradara Shuhaimi Zulkefli ini. Anda akan lebih teruja bila lihat hasil kerja filem pendek sebelum dia berhenti pengajian perfileman. Sayang! sebab ujian kematian ibu membuatkan remaja ini tak sempat habiskan pengajian.
Rupanya jalan cerita remaja ini seakan sama dengan kisah semalam sutradara ini.
Tapi sekali lagi… JIWANYA tak pernah MATI, IMPIANNYA kemas dicatatkan dalam kotak ingatan sampai ke hari ini. Semoga selepas ini ada ruang dan peluang untuknya menyerlahkan potensi diri. Dan semoga remaja ini kekal dengan semangat jati diri yang jarang kita nak jumpa sekarang ini.
SANGGUP BERJALAN 20KM SETIAP HARI CARI SET PENGGAMBARAN.
CHOW KIT – Kita orang break makan tengahari shooting drama #KernaSyurgaBukanPercuma #astrooasis tetiba aku ditegur seorang remaja India (24 tahun) menggigil tangan dia menekap perut.
“Abang director kan, ada kerja kosong tak? saya nak kerja..”
“Apa kau boleh buat dik?”
“Saya bekas pelajar Diploma Broadcast & Film di KLMU tapi belajar tak habis bang..”
“Saya urus diri sendiri tapi saya sedang gagal, abang. Saya tidak punya apa-apa. tapi jiwa saya sangat kuat mahu capai cita-cita saya jadi filmmaker.
Disebabkan minat yang mendalam remaja ini sanggup berjalan kaki dari bilik sewanya di Batu Caves ke bandar raya Kuala Lumpur semata-mata mencari set penggambaran. Kerana dia mahu meminta kerja.
“Tak ada sesen pun untuk naik bas..”
Allahuakbar.. ceritanya sama macam aku.
“Awak dah makan belum?
“Belum abang. Itu tidak ada masalah, abang ada kerja untuk saya? saya mau cari rezeki yang baik bukan minta sedekah..”
“Bila last kau makan?”
“3 hari lepas abang..”
Allahu.. jom, kita sambung cerita di meja makan. Dia pada mula tak nak. Tapi tangan menekap perut itu mula melangkah.
“Saya anak tunggal, sejak kecil emak ajar saya menonton filem sebab impian dia mahu saya jadi pembikin filem. Selepas SPM, saya mahu masuk Lim Kok Wing dan ASWARA. Tapi sudah 3 kali permohonan saya ditolak. Setiap tahun saya tunggu temuduga ASWARA akhirnya saya masuk KLMU..”
“Jadi kenapa kamu tak habis belajar?
“Emak sangat gembira bila saya masuk KLMU dan dia sangat berharap saya pegang segulung sijil dalam perfileman. Cita-cita saya juga mahu jadi seorang pengarah, pelakon dan penulis skrip. tapi………..”
“Emak MENINGGAL DUNIA lepas seminggu saya mendaftar KLMU. Hidup saya yatim piatu. Tidak dapat sambung belajar lagi. saya hanya sempat direct satu shortfilm kelas..”
Lebih pilu bila mana ayahnya juga tidak percaya dengan cita-cita anaknya yang mahu menjadi pengarah dan penulis skrip.
“Dia kata itu kerja ada 2 perkataan sahaja (action + cut) tapi susah mau dapat. Selepas emak tiada, dia tinggalkan saya tanpa apa-apa. Ini baju seluar pun orang sedekah abang..”
“Saya merempat seorang diri. Macam-macam kerja saya buat. Selain security guard dan kerja kasar lain, saya berjalan kaki seorang diri ke tengah bandar Kuala Lumpur untuk cari orang shooting.
“Jiwa saya sangat kuat mau jadi filmmaker. Bila sudah petang, saya jalan kaki balik Batu Caves, saya akan siapkan skrip saya sebab idea mencurah-curah..”
Kenyataan Ini Memeritkan
“Pernah beberapa kali hantar proposal – skrip saya tetapi produksi tak jawab. Minta kerja pun ditolak sebab saya nampak macam pengemis. Kadang-kadang saya tak makan seminggu sebab saya tak dapat duit dan ditipu..”
“Kenapa kau tak minta sedekah?”
“Saya tidak akan sesekali minta sedekah, abang. Tidak mahu jadi gelandangan macam di Chow Kit. Emak ajar saya supaya jangan buat benda yang salah, biar ikhlas dan halal, jangan mengemis..”
“Setiap hari berjalan ke KL cari kerja, saya akan singgah kuil untuk berdoa..”
“Apa yang kau minta dalam doa kau?”
“Satu saja bang doa saya, semoga saya berjaya dalam perfileman..”
Kuat impian anak muda ini untuk berdiri dalam industri seni. Apa semangat yang kau pegang dik?
“Abang, aku rela mati kalah, dari hidup kalah..”
Aku terdiam.
Ini Pesan Sutradara Shuhaimi Zulkefli
Saudara saudari dalam industri seni, yang mana ada kerja kosong produksi, carilah mamat nie.
Pengalaman dia hebat, jiwa dia besar. Penulisan dia mesti menarik. Ada seutas harapan yang belum tergadai di dadanya untuk titipan Malaysia.
Dia tak punya apa-apa nak berhubung, jadi aku bagi imbuhan dan paksa dia beli simkad. kami berpisah tak lama dia mesej aku nombor baru :
+60169676096 (SHATISH)
Filem Pendek Pertama Dan Terakhir Arahan Shatish Sebelum Terpaksa Berhenti Belajar Apabila Diuji Kematian Ibu
– cuba tengok, monolognya sebijik macam nasib dia sekarang
Sumber/Foto/Video : FB Shuhaimi Zulkefli, Youtube – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!