Sebelum ini, dia selalu cover shift terutama pada waktu maghrib. Siapa sangka, dulu majikan sekarang jadi tunang pula.
Gadis ini sama sekali tidak menyangka dalam diam bosnya memang berminat dengan agama Islam dan kerana agama jugalah mendekatkan hubungan mereka di peringkat awal perkenalan.
Dulu Majikan Sekarang Jadi Tunang
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya perancangan Allah sebegini, terkejut sebenarnya dan saya harap urusan perkahwinan kami nanti dipermudahkan”.
Itu kata Nurul Anis Izzati Muzafar Shah, yang kisah pertunangannya dengan majikan sendiri, Aariz Yee Abdullah, 29, pada 9 Oktober lalu tular di media sosial.
Pada mulanya, hubungan mereka hanya sebagai pekerja dan majikan yang mana Aariz Yee yang belum memeluk Islam ketika itu sering membantunya apabila tiba waktu solat.
Namun, siapa sangka jejaka cina pilihan hati Nurul Anis Izzati itu juga berminat untuk memeluk Islam sejak mengenalinya Oktober tahun lalu.
Selalu Cover Shift Terutama Waktu Maghrib
“Saya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai bakeri milik tunang dan dua lagi rakan kongsinya pada 20 Oktober tahun lalu.
“Pada mulanya, dia (tunangnya) selalu bantu ‘cover shift’ kerja saya terutama waktu Maghrib sehingga sanggup datang kedai bagi membolehkan saya menunaikan solat.
“Dia juga sering bertanya perihal solat, aurat dan Islam sehingga saya tidak sangka dia ada niat memeluk Islam,” katanya.
Menjadi Muslim Sejak Julai Lalu
Menurutnya, Aariz Yee mula menyatakan hasratnya memilih untuk menjadi seorang Muslim pada Julai lalu.
Ads
“Bila dia menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, saya terus beritahu keluarga kerana saya juga tidak arif mengenai perkara ini.
“Alhamdulillah, keluarga banyak bantu memudahkan proses dia memeluk agama Islam dari awal hingga sekarang dan lebih kurang sebulan selepas itu baru dia menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan saya.
“Keluarga tidak menghalang malah menyokong hubungan kami walaupun nanti saya akan langkah bendul adik beradik lain,” katanya yang juga anak ketiga dari enam beradik.
Semoga berbahagia selamanya.
Peribadi Aariz Yee Jadi Tarikan
Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, peribadi Aariz Yee yang sopan, baik dan bersikap lemah lembut terutama ketika bercakap membuatkannya tertarik.
“Dia melayan saya dengan baik, kesungguhannya mendalami Islam juga amat mengagumkan saya, surah al-Fatihah pun dia boleh hafal dalam masa satu hari saja.
“Mengikut perancangan kami ingin berkahwin Disember ini, namun terpaksa menunggu proses menukar kad pengenalan dan giliran di pejabat agama yang mengambil masa lama.
“Jadi kami tunggu sajalah sehingga semua proses dokumentasi selesai, jika ada rezeki dapatlah buat awal,” katanya yang menetap di Bandar Kinrara, Puchong.
Ads
Penukaran Agama Adalah Permulaan Baru
Sementara itu, Aariz Yee yang juga anak bongsu dari empat beradik berkata, dia memilih untuk menukar agama bukan semata-mata disebabkan pasangannya.
“Masa minta izin dengan ibu bapa saya mereka tidaklah terus setuju, ambil masa empat hari juga untuk mereka beri memberi jawapan.
Penukaran agama adalah fasa baharu buat Aariz Yee.
“Ibu bapa akhirnya memberi sokongan dan berpesan supaya saya bertanggungjawab serta tidak main-main jika memilih jalan itu (memeluk Islam).
“Memang tertarik untuk masuk Islam dan sekarang bila lagi banyak belajar, lagi bertambah minat saya dengan agama ini,” katanya yang menganggap penukaran agamanya ini sebagai permulaan baru dalam kehidupannya.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Pernah dengar istilah ‘Kereta Balut Plastik’? Cuba perhatikan kereta baru keluar dari kedai. Berbalut-balut plastikkan tempat duduknya. Kata mudahnya, kereta balut plastik itu.. Kereta Baru.
Tapi di Jepun lain pula halnya. Bak kata Isma Addi Jumbri, penulis TravelogISMA yang turut berkongsi perihal pengurusan kewangan ini, ‘kereta balut plastik di Jepun memang kereta itu dibalut untuk tujuan pengeksportan semula.
Eh.. tapi apa kaitan ‘kereta balut plastik’ dengan pasangan suami isteri baru berkahwin ini? Haa.. ini alasannya.
Kereta Balut Plastik VS Pasangan Baru Berkahwin
Sebelum ini selalu juga saya dengar istilah ‘kereta balut plastik’. Setakat kerusi kereta balut plastik itu saya pernah jumpa.
Tapi, di Jepun saya pernah jumpa kereta MPV yang dibalut dengan tilam dan plastik. Wah! Kreatif betul di sini sampai macam tu sekali untuk pastikan kereta benar-benar terjaga untuk dieksport.
Barangkali kereta seperti inilah yang dimaksudkan sebagai ‘kereta balut plastik’ yang sebenar.
Apa pun, ini sekadar pesanan buat pasangan yang baru kahwin. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Inilah 11 Tip Berjimat Pasangan Baru Kahwin,Tahan Dulu Beli ‘Kereta Balut Plastik’
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Suami Isteri Baru Kahwin, Hadamkan Dulu Perihal Kereta Idaman
1. Tangguhkan dulu kereta idaman, sebelum beli rumah atau kediaman.
2. Sudah berlalu zaman bergaya dengan kereta selepas ‘konvo’, ada rumah sendiri barulah ‘bravo’.
3. Tak guna beli kereta mahal simpan dalam garaj sahaja, akhirnya hanya naik kereta ‘viva’ pergi balik kerja.
4. Kereta tak jana pendapatan itu bukan aset, lupakan dulu kereta idaman dikala ekonomi tak stabil dan meleset.
5. Harga rumah semakin meningkat dan bernilai, sedari kereta setiap tahun ada susut nilai.
6. Kereta tempatan pun bukan dosa, yang penting jimat dan selesa.
7. Tak salah membeli kereta terpakai, nak beli kereta jangan sampai kesempitan dan pokai.
8. Walaupun rim ditukar dan aksesori ditambah, nilai kereta tak pernah meningkat dan bertambah.
9. Zaman bergaya dengan kereta sudah berlalu, utamakan beli rumah terlebih dahulu.
10. Tak salah ingin miliki kereta idaman, jika sudah miliki kunci rumah atau kediaman.
Tiba-Tiba Uzur Di Mekah Tak Boleh Buat Umrah Pertama, Elfira Kongsi Ilmu Manfaat Buat Wanita. Pelakon yang juga ibu kepada dua anak, Elfira Loy baru-baru ini melakukan ibadah umrah dengan membawa dua orang anaknya.
Meninjau di akaun Instagram Elfira sering berkongsi tip sepanjang menunaikan umrah. Terbaru Elfira berkongsi tentang dirinya yang tiba-tiba uzur ketika dalam perjalanan menaiki tren dari Madinah ke Mekah.
Tiba-Tiba Uzur Di Mekah Tak Boleh Buat Umrah Pertama
Ternyata perkongsian ilmu dari pengalaman Elfira ini sangat berguna buat golongan wanita di luar sana.
Jika ada yang mengalami perkara yang sama ketika mengerjakan umrah bolehlah praktikkan nasihat dari Elfira ini.
“i nak sambung cerita , kisah umrah i haritu.
“Masa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah , dekat train station.
“El tetiba uzur , tak boleh nak buat umrah yang pertama.
“Sedih sangat waktu. Tapi walaupun uzur , el still kena niat buat umrah dekat Miqat pertama dalam train sebab el dari Madinah .
“El cuma perlu berihram dan jaga pantang larang je sampailah boleh.
Berjaya Sempurnakan Umrah
“Alhamdulillah , masa last day tu , el dapat juga completekan my umrahh pukul 10mlm-12 lepastu , 2am terus buat tawaf wada. Pukul 4am terus get ready to go to the airport.
“Tu yang terus rasa nak demam tu.
“Tapi sekiranya el tak boleh.
“El just kena bertahlul ( gunting sikit rambut ) , lepastu takyah buat tawaf wada. Haa mcmtulah untuk yang uzur,”
Banyak Cabarannya
Menerusi perkongsian sebelum ini Elfira turut berkongsi tip menunaikan umrah dengan membawa dua anak kecil. Sememangnya melakukan ibadah umrah banyak cabarannya.
“Kena banyak bersabar & reda”
Berkongsi di akaun Instagramnya, Elfira akui pengalaman pertama menunaikan umrah bersama dua anaknya yang masih kecil mencabar kerana anak bongsunya, Aria yang berusia lapan bulan masih menyusu badan.
“Hajjah kecil ini (Aira) kalau dah tidur, baru saya boleh bernafas sikit. Saya berasa ‘part’ (bahagian) paling susah sikit sebab Aria jenis ‘melekat’ je dengan saya.
“Lepas tu ‘breastfeeding’ (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah tetapkan dalam fikiran, ‘trip’ (perjalanan) ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih ‘chill’ (tenang) sedikit,” tulisnya.
Gementar Bawa Dua Anak
Elfira turut menjelaskan dia memang gementar untuk membawa dua anaknya bersama.
“Tapi bila kami sudah sampai di Tanah Suci, alhamdulillah, boleh dengan izin Allah,” luahnya.
‘Dihina bakal mertua rumah macam kandang.’ Akhirnya berjaya bina rumah baru, tiada niat tumpang senang bakal keluarga mertua. Tidak semua hubungan cinta diakhiri dengan perkahwinan.
Bertahun-tahun bercinta, akhirnya hubungan terputus dek kerana sikap bakal mertua. Kadang-kadang ibu atau bapa mertua membawa pengaruh besar dalam hubungan percintaan anak-anak.
DiHina Bakal Mertua
Beruntunglah bagi mereka yang mendapat mertua yang sporting dan tidak mengira asal usul keturunan. Namun ada juga segelintir mak ayah yang bersikap sebegini, memilih bakal menantu berdasarkan rupa, harta dan keturunan.
Nasib buruk ini turut dilalui oleh pengguna TikTok Eytamin. Pengalaman sedih ditinggalkan bekas kekasih kerana tidak mendapat restu bakal ibu mertua mendapat simpati ramai orang.
Rumah Macam Kandang
Sudahlah dihina rumahnya seperti kandang, malah wanita malang ini juga ditinggalkan bekas teman lelakinya gara-gara hubungan mereka tidak mendapat restu ibu.
Tanpa disangka kisah sedihnya membuatkan dia bangkit daripada kedukaan seterusnya berusaha mencari semangat untuk berubah dan buktikan dia juga mampu berjaya.
Akhirnya Berjaya Bina Rumah Baru
Setelah berbulan-bulan dihina akhirnya Eytamin berjaya membina sebuah rumah banglo miliknya sendiri hasil usaha kerasnya selama ini.
Biarpun sedih hubungan cintanya gagal di tengah jalan, namun sikap buruk bakal ibu mertua “tak jadi” telah mengubah hidup Eytamin sekeluarga.
Alhamdulillah, ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Kejayaannya membina rumah hasil daripada titik peluh sendiri membuktikan dia bukanlah seorang wanita yang ingin menumpang kesenangan orang lain.
Komen Netizen:
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan kebahagiaan Eytamin dan malah turut berasa bangga dengan kejayaan yang telah dikecapinya.
Malahan pada masa yang sama, beberapa pengguna TikTok turut berkongsi kisah yang hampir serupa dengan Eytamin iaitu ditinggalkan kerana miskin dan tak setaraf.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...