“Selalu Berdoa Meminta Petunjuk Awal Kematiannya.” Lelaki Ini Tempah Kubur Sehari Sebelum Meninggal

Share

“Selalu berdoa meminta petunjuk awal kematiannya.” Seorang lelaki sempat tempah kubur sehari sebelum dirinya meninggal dunia. Begitulah pengalaman yang paling diingati penggali kubur ini.

Ternyata kisah-kisah begini dapat menjadi pengajaran dan iktibar buat kita yang masih hidup. Sesungguhnya mati itu pasti!

Lelaki Ini Tempah Kubur

Tempah kubur sehari sebelum meninggal dunia. Itu antara pengalaman terpahat dalam ingatan Najib Teh, 55, penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berata, Segamat.

Jelas bapa tujuh anak itu yang turut menerima tempahan batu nisan, biarpun peristiwa itu sudah beberapa tahun berlalu, dia masih lagi mengingatinya sehingga hari ini.

Tempah Kubur Sehari Sebelum Meninggal

Mengimbau kisah itu, menurut Najib, ketika itu dia dan seorang pembantu baru selesai menggali sebuah kubur apabila didatangi lelaki berusia awal 60-an terbabit sambil bertanya siapa pemilik liang lahad berkenaan.

“Kami maklumkan hanya buat persediaan jika ada kematian, akan memudahkan pengurusan pengebumian. Dia kemudian berkata mahu menempah kubur itu. Katanya lagi ‘rasanya tak lama lagi nak kena baring dalam tu’.

“Keesokannya, warisnya datang dan memaklumkan lelaki itu sudah meninggal dunia selepas memberi salam rakaat terakhir solat Zuhur.

Baca Juga Di Sini:

Tidak Berpuas Hati Wasiat Yang Ditinggalkan, Seorang Anak Sanggup Bakar Kubur Arwah Ayah

Sebak! Tanpa Kain Alas, Seorang Lelaki Sanggup Berbaring Sebelah Kubur Isteri

“Ingin Lihat Sendiri Kerja Kebumikan Pesakit Covid-19.” Tukang Masak Nekad Jadi Penggali Kubur

Selalu Berdoa Meminta Petunjuk Awal Kematiannya

“Menurut warisnya, lelaki itu selalu berdoa meminta petunjuk awal kematiannya,” katanya lagi.

Najib menyediakan khidmat menggali kubur dan pembuatan batu nisan sebagai pendapatan sampingan sejak 28 tahun lalu sambil dibantu anak, Mohamad Fakaruddin, 31, dan Mohamad Mursyidul Amin, 25, bersama enam pembantu.

Selain itu, terdapat juga beberapa kisah yang berlaku di tanah perkuburan antaranya batu nisan yang diletakkan di kubur hilang keesokan harinya, ada waris menziarahi kubur pada tengah malam atau awal pagi kerana terlalu rindukan arwah ibu bapa atau ahli keluarga dan ada juga bersedekah batu nisan buat mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya bukan mengejar laba, tetapi kepuasan diri dapat membantu memudahkan urusan waris si mati, selain memberi saya peluang untuk sentiasa mengingati kematian serta lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT,” katanya.

Mingguan Wanita : Kagum dengan kesungguhan penggali kubur, banyak jasa mereka kepada orang lain. Semoga usaha mereka mendapat balasan baik daripada Allah SWT.

Sumber : myMetro

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat