Selain Penyedap Sup Tomyam, Daun Limau Purut Berkhasiat & Banyak Kegunaannya!

Biasanya kita akan menggunakan daun limau purut sebagai penyedap masakan Thai seperti sup tomyam. Tetapi banyak lagi kegunaan daun ini.

Pokok Limau Purut atau nama saintifiknya citrus hystrix adalah buah sitrus yang tergolong dalam keluarga Rutaceae-Rue.

Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika di Asia Tenggara, termasuklah Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan China Selatan.

Bentuk Daun Limau Purut

Daun limau purut berukuran kecil hingga sederhana dan bentuknya memanjang, rata-rata diameter 3-5 sentimeter dan panjang 8-12 sentimeter.

Bahagian atas daun tebal berkilau dan hijau tua, sementara bahagian bawah daun berliang dan hijau pucat.

Daunnya tumbuh berpasangan dan tumbuh dalam pembentukan daun berganda, yang bermaksud dua daun tumbuh di kedua-dua sisi batang dan kelihatan saling mencerminkan.

Terdapat bahagian tengah atau vena tengah yang menonjol dan hujung daunnya sedikit bulat atau sangat runcing.

Ramai kenal akan daun ini yang bentuknya seperti nombor ‘8’ iaitu mempunyai lekukan di tengahnya dan mempunyai aroma yang harum.

IKLAN

Sebenarnya daun limau purut juga tidak ubah seperti limau biasa kecuali daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.

Selain Penyedap Sup Tomyam, Daun Limau Purut Berkhasiat & Banyak Kegunaannya!

Nilai Pemakanan

Daun limau purut mengandungi beberapa antioksidan. Ia juga mengandung limonena dan sitronelol, yang keduanya menyumbang kepada rasa dan aroma daun dan terbukti mempunyai sifat antimikroba.

Kegunaan Dalam Masakan

Daun limau purut boleh digunakan dalam masakan tidak kiralah penyediaan mentah atau dimasak seperti mendidih, mengukus, dan menumis. Daunnya boleh digunakan segar, kering, atau dari keadaan telah disejuk beku.

IKLAN

Artikel Berkaitan:
Di Sebalik Rasa Masam Limau Kasturi, Tersembunyi Manfaatnya Untuk Kesihatan

Kegunaan Daun Limau Purut Secara Tradisional

1-Hilangkan Bau Mulut Busuk

Sebelum penemuan ubat gigi, dikatakan masyarakat di Asia Tenggara dikatakan telah mengunyah daun limau purut untuk menjaga kebersihan mulut.

Para saintis di Thailand telah menghasilkan selaput berherba yang mengandungi campuran daun limau purut dan daun jambu batu untuk mengkaji kesannya terhadap bau mulut busuk.

Campuran tersebut terbukti berkesan untuk menghilangkan bau bawang putih.
Kesan anti halitosis diperoleh dari aroma minyak aromatik yang menyegarkan dan sifat antibakteria dalam daun.

IKLAN
2-Menghalang Pertumbuhan Bakteria

Daun limau purut mengandungi zat yang mempunyai aktiviti antibakteria terhadap Staphylococcus aureus yang merupakan patogen kulit yang biasa.

Ekstrak daun ini dikatakan mampu menghalang pertumbuhan bakteria pada luka untuk memudahkan penyembuhan. Ini menjadikannya sebagai antiseptik topikal yang berkesan.

Sifat antibakteria dan bau yang menyenangkan juga menjadi sebab mengapa minyak limau purut terdapat dalam deodoran.

3-Menyegarkan Tubuh

Minyak yang diekstrak daripada daun dikatakan boleh dicampurkan ke dalam pelbagai produk mandian dan syampu. Minyak ini dikatakan baik untuk dijadikan pencuci rambut dan kelemumur. Bau yang dihasilkan itu amat menyegarkan.

Cara yang boleh kita lakukan adalah dengan menambahkan beberapa titisan minyak atau beberapa helai daun yang telah dihancurkan ke dalam air mandian. Dikatakan aura negatif mampu dibuang dan kita beroleh ketenangan selepas mandi dengan air mandian ini.

MW: Sebelum menggunakan daun limau purut untuk tujuan perubatan, perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Sumber: uscitrus.com / healthbenefitstimes.com / specialtyproduce.com
Kredit Foto: simple.wikipedia.org

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI