Bila kena hiccup atau sedu, cukup membuatkan diri rasa tak selesa dan merimaskan. Pernafasan jadi pendek, selain kerap tersentak dan mengeluarkan bunyi yang tidak enak didengar.Kebiasaannya rasa sedu ini akan hilang sendiri. Namun demikian, ada juga petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan rasa sedu ini dengan lebih cepat.
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 44 ada berkongsi didalam Instagram petua mujarab yang dia selalu amalkan bila kena sedu. Ia berikutan anaknya, Engku Aleesya,9 yang terkena sedu.
Selain memberikan anaknya minum air, bekas Ratu Cantik Malaysia ini berkongsi petua mudah yang dikatakan mujarab dalam menghilangkan rasa sedu ini.
“Petua saya, selain minum suruh dia tarik nafas dalam-dalam sambil kembangkan perut dan dada. Kemudian lepaskan bila dah tak larat nak tahan. Memang mujarab.. uol buat macamana kalau ada sedu?”
Selain itu, ramai pengikut di Instagram pelakon cantik ini turut berkongsi petua dan cara yang diamalkan bila terkena sedu.
noraiezan Minum sambil tutup lubang telinga..serius memang jadi.
hanaluvy Makan peanut butter 1 sudu besar atau gula kasar.
aydayanie Saya kalau sedu, tahan nafas untuk 10-15 saat.Then lepaskan nafas.. In Shaa Allah hilang sedu.. tanpa perlu minum air.. better untuk orang dewasa. Kanak-kanak maybe tak sesuai.
avid.learner Minum air tapi jangan telan dulu, tarik nafas dalam-dalam, tahan, pastu baru telan air, lepas nafas.
Jadi bila kena sedu, bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Erra Fazira ini iya.Semoga bermanfaat!
Sumber: Erra Fazira