Selain Berjaga Malam, Menyusukan Siti Aafiyah, 3 Wanita Ini Punca Siti Nurhaliza Langsing Cantik Macam Anak Dara

Sejak kembali bekerja ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang ketara kelangsingannya, makin kurus malah cantik berseri-seri merah-kemerahan wajahnya. Banyak juga cerita langsing penyanyi nombor satu negara ini boleh dibaca. Petuanya tentu-tentulah kerana Siti Aafiyah. Menunaikan tanggungjawab sebagai ibu Siti Aafiyah, itulah buatkan lemak-lemak degil yang dikumpul semasa hamil mudah menjauh pergi.

Bak kata Datuk Seri Siti Nurhaliza, melalui fasa seorang ibu itulah punca tubuhnya kembali langsing. Namun, selain faktor itu, ada 3 orang wanita yang membantunya melalui tempoh berpantang dengan betul. Ya, berpantang dengan betul inilah yang membantu seorang ibu lepas bersalin mendapatkan kembali bentuk tubuh bak anak dara.

Dalam instagramnya, beliau berkongsi. “Sewaktu hamil dahulu, saya berdoa agar proses kehamilan dan bersalin saya berjalan baik dan selamat.”

Alhamdulillah. Selepas melahirkan, saya sangat bersyukur kerana ada insan-insan yang menjaga dan mengambil berat soal penjagaan berpantang, pemakanan dan juga menjaga anak saya, Aafiyah.”

 

Selain Berjaga Malam, Menyusukan Siti Aafiyah, 3 Wanita Ini Punca Siti Nurhaliza Langsing Cantik Macam Anak Dara

IKLAN

Terima Kasih Kerana Kenalkan Saya & Aafiyah..

Ramai juga sedia maklum, ibu Siti Aafiyah ini menggunakan khidmat penjagaan berpantang dari Natalis Mother Care. Bukan saja soal penjagaan ibu dan bayi, malah pemakanan berpantang juga merupakan satu hal yang amat dititikberatkan.

Saya harus dan ingin berterima kasih kepada @natalismothercare iaitu Puan Suzi dan saudara Danish yang memperkenalkan Kak Susi, Kak Nor dan Ira kepada saya dan Aafiyah.

Saya tidak nafikan, mereka ini menjadi tulang belakang saya sehingga ramai yang memberi komen mengenai penampilan terbaru saya selepas bersalin. In sha Allah saya akan terus menggunakan khidmat mereka selepas ini walaupun akhir Mei ini, perkhidmatan mereka akan tamat.

Namun, saya pasti akan membuat rawatan susulan nanti. Jika anda puji dan komen saya nampak kurus sekarang, mereka inilah salah satu sebabnya selain melalui fasa baru sebagai seorang ibu, berjaga malam, menyusukan bayi, tidak cukup rehat dan sebagainya.”

Terima kasih di atas layanan, khidmat, bantuan dan kerjasama @natalismothercare selama hampir 2 bulan setengah bersama saya.”

 

Ramai Peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza Kata ‘Langsing Macam Anak Dara’

Dalam apa pun rutin penjagaan berpantang, disiplin itulah yang paling utama. Kalau diri sendiri tak betul-betul kuat semangat dan kental. Memang sukar untuk mendapatkan kembali tubuh idaman bak anak dara.

Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah buktikan, dengan rutin penjagaan berpantang inilah impian langsing berjaya. Jadi mak-mak yang masih ragu-ragu dengan rutin 44 hari berpantang, ambil contoh dari kisah artis kesayangan Malaysia ini ya.

 

 

Sumber/Foto : Instagram Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)