Selain Atopic Dermatitis, Ada Beberapa Jenis Ekzema Lagi Kita Perlu Tahu
Gambar sekadar hiasan

Sebenarnya selain Atopic Dermatitis, ada lagi jenis-jenis ekzema yang perlu kita ketahui. Mungkin ada salah satu dari antara jenis ekzema ini buatkan anda rasa tidak selesa menjalani kehidupan seharian.

Menurut artikel yang disiarkan di laman web nationaleczema.org, ekzema adalah nama untuk sekumpulan keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal, meradang dan merah pada warna kulit. Ekzema sangat biasa berlaku.

Walaupun penyebab sebenar ekzema tidak diketahui, para penyelidik mengetahui bahawa orang yang menghidap ekzema kerana gabungan gen dan pencetus persekitaran. Ekzema tidak berjangkit.

Apabila perengsa atau alergen dari luar atau dalam badan “menghidupkan” sistem imun, ia akan menimbulkan keradangan. Keradangan inilah yang menyebabkan gejala biasa pada kebanyakan jenis ekzema.

Jenis-Jenis Ekzema:

1-Atopic Dermatitis

Atopic dermatitis adalah sejenis ekzema yang kronik dan meradang. Ia biasanya berlaku bermula pada zaman kanak-kanak, selalunya dalam enam bulan pertama usia bayi.

2-Contact Dermatitis

Ia berlaku apabila kulit menyentuh bahan yang merengsa atau alergi. Dari sentuhan ini akan menjadikan kulit meradang, seperti terbakar, gatal dan menjadi merah.

3-Neurodermatitis

Ia adalah penyakit kulit gatal yang serupa dengan atopic dermatitis. Ekzema jenis ini cenderung untuk mendapat tompok-tompok yang tebal, kulit bersisik akibat terlalu banyak menggosok dan menggaru kawasan tersebut.

4-Ekzema Dyshidrotic

Ia satu keadaan yang menghasilkan lepuh kecil, gatal di tepi jari, jari kaki, telapak tangan, dan tapak kaki.

IKLAN
5-Ekzema Nummular

Ekzema Nummular adalah sejenis ekzema biasa yang boleh berlaku pada semua peringkat usia.Ia nampak sangat berbeza berbanding ekzema biasa dan boleh jadi lebih sukar untuk dirawat. Ekzema nummular membentuk bulatan seperti duit syiling pada kulit dan ia mungkin teramat gatal.

6-Dermatitis Seborrheic

Dianggap sebagai sejenis ekzema kronik, dermatitis seborrheic muncul pada tubuh yang ada banyak kelenjar yang menghasilkan minyak (sebaceous). Sebagai contoh bahagian belakang, hidung dan kulit kepala.

7-Dermatitis Stasis

Dermatitis stasis kadang-kadang dipanggil dermatitis stasis vena kerana ia biasanya berlaku apabila terdapat masalah dengan aliran darah di urat dan peredaran lemah biasanya di kaki bawah.

Kadang-kadang seseorang itu boleh mengalami lebih dari satu jenis ekzema pada badan mereka pada masa yang sama. Setiap bentuk ekzema mempunyai set pencetus dan keperluan rawatan tersendiri.

IKLAN

Itulah sebabnya sangat penting untuk bertemu dengan pengamal perubatan yang pakar dalam merawat ekzema.

Artikel berkaitan:
Rupanya Ini Punca Sakit Belakang Semasa Haid, Wanita Kena Ambil Tahu!

Selain Atopic Dermatitis, Inilah Jenis-Jenis Ekzema Yang Kita Perlu Ketahui Juga
Gambar sekadar hiasan

Pencetus Ekzema

Berusaha untuk mengawal gejala anda adalah penting untuk memastikan diri kekal sihat dan selesa semasa hidup dengan ekzema.

Semasa cuba mengenal pasti pencetus yang berpotensi, ingatlah bahawa radang ekzema dapat muncul beberapa saat setelah terdedah. Ini boleh membuat beberapa pencetus lain agak sukar untuk dikesan.

IKLAN

Penting untuk diingat bahawa ekzema mempengaruhi setiap orang secara berbeza, dan pencetus seseorang mungkin tidak sama dengan yang lain. Anda mungkin mengalami simptom ekzema pada waktu-waktu tertentu dalam setahun atau di kawasan yang berlainan di badan anda.

Berikut adalah beberapa perkara sehari-hari yang boleh mencetuskan radang ekzema atau memburukkannya:
1-Kulit Kering

Apabila kulit anda terlalu kering, kulit mudah menjadi rapuh, bersisik, kasar, yang boleh menyebabkan ekzema semakin meradang.

2-Perengsa

Terdapat produk seharian dan bahkan bahan semula jadi yang boleh menyebabkan kulit anda rasa seperti terbakar dan gatal, atau menjadi kering dan merah.

Berikut mungkin antara produk yang anda gunakan di badan atau di rumah anda – sabun tangan dan pinggan mangkuk, pencuci pakaian, syampu, cecair sabun mandi dan pencuci badan, atau pembersih permukaan dan pembasmi kuman.

Bahkan beberapa cecair semula jadi, seperti jus dari buah-buahan segar, sayur-sayuran, atau daging, boleh merengsakan kulit anda ketika anda menyentuhnya.

Beberapa perengsa ekzema yang biasa termasuk:

-Logam, khususnya, nikel
-Asap rokok
-Sabun dan pembersih isi rumah
-Wangian
-Kain tertentu seperti bulu dan poliester
-Salap atau ubat sapu antibakteria seperti neomycin dan bacitracin
-Formaldehid, yang terdapat pada disinfektan isi rumah, beberapa vaksin, perekat dan pelekat
-Isothiazolinones merupakan antibakteria yang terdapat dalam produk penjagaan diri seperti tisu bayi
-Cocamidopropyl betaine digunakan untuk memekatkan syampu dan losyen
-Paraphenylene-diamine, yang digunakan dalam pewarna kulit dan tatu sementara, antara lainnya.

Sumber: nationaleczema.org

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI