Selain Acap, Zahir Ini Pun Hilang Dan Masih Belum Ditemui Lagi

Belum pun habis debar, risau kehilangan Acap, seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi yang lebih mesra dipanggil Zahir dilaporkan hilang sejak 16 April 2019, Selasa lalu.

Anak berusia 8 tahun ini dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi hari kejadian. Sehingga ibunya, Sainiah Sunding, 46 pulang dari tempat kerja, jam 7 malam, anak bongsu daripada lima beradik ini masih juga belum pulang.

Masuk seminggu kehilangan, jejak Zahir tak lagi dapat dikesan. Misi pencariannya sudah digerakkan pada hari Zahir dilaporkan hilang dan menurut laporan Harian Metro semalam, pihak polis meneruskan usaha siasatan yang bertumpu di kawasan sekitar rumah mangsa dan taman-taman perumahan dekat kediamannya.

Kunjungan Azlia Ajid ke rumah ibu mangsa pada 19 April lalu mengundang sebak di hati. Bagaimana ibunya dapat tenang, sedangkan dia tidak tahu keadaan anak manjanya ketika ini.

 

Selain Acap, Zahir Ini Pun Hilang Dan Masih Belum Ditemui Lagi

Zahir Masih Belum Pulang..

Pagi ini adalah suasana paling sukar saya pernah hadapi sepanjang hidup saya. Saya kelu untuk bersuara pada awalnya kerana tidak tahu nak buat apa bila berjumpa Ibu Zahir, kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 16 April lalu di Bandar Seri Putra Bangi.

IKLAN

Kelu sungguh sehingga saya banyak mendiamkan diri pada awalnya. Hanya wakil jiran saya yang berbual sama Ibu Zahir.

Bila saat ke hujung baru saya ada kekuatan untuk memberi semangat tanpa air mata, namun saat-saat terakhir perjumpaan ini buat saya lemah.

Terasa getaran resah lemah dan longlai ketika memegang tangan si ibu. Bengkak sudah mata si ibu. Saya menangis sekali bersamanya.

Saya teringat dia kalau saya balik kerja minta gula-gula. Dia anak manja saya. Paling manja. Saya tak boleh duduk rumah. Saya ternampak-nampak dia.”

Ya, ayat itulah yang memecahkan benteng air mata saya. Ayat rindu seorang ibu yang tidak ingin sesiapa rasai. Rindu bagi sebuah kehilangan yang tidak pasti.

IKLAN

 

Selain Acap, Zahir Ini Pun Hilang Dan Masih Belum Ditemui Lagi

Saya Tak Tahu Dia Selamat Ke, Makan Ke, Orang Jumpa Ke.

Saya peluk ibu Zahir. Gosok kepalanya. Saya terbayang wajah Harith anak saya. Allah. Sebaknya saya. “Allah ada. Allah ada.” Itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.

Memang buntu Zahir di mana. “Saya tak tahu dia selamat ke. Saya tak tahu dia makan ke. Siapa jaga dia. Orang jumpa jaga dengan baik ke. Lama mana kena tunggu sebelum bertemu dia. Atau saya perlu anggap takkan jumpa untuk Redha?”

IKLAN

Allah kata-kata itu terus menghiris hati saya. Beratnya dugaan mu wahai ibu. Besarnya ujian mu. Takkan mampu diluahkan betapa susahnya hatimu memikirkan di mana anak mu.

Saya tak boleh fikir. Nak urus rumah pun rasa lemah memikirkan Zahir.”

Allah. Tolong. Tolong saya sama-sama kongsi luahan hati ibu Zahir ini supaya lebih ramai menyedari kehilangan ini dan sama-sama mendoakan agar adik Zahir kembali ke pangkuan ibunya. Anak manja si ibu yang sangat dirindui.

Ya Allah, kembalikan lah Adik Zahir kepada ibunya. Kembalikanlah. Amin.

Saya tak dapat bayangkan perit hati ibu Zahir. Allah.

* Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan Zahir diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Farah Nadia Mohd Hashim di talian 012 3600232 atau hubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Sumber/Foto : Azlia Ajid, Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI