Selagi Bahagia, Pedulikan Cakap-Cakap Orang Yang Cuba Tentukan Hala Tuju Rumahtangga Kita

Share
Selagi bahagia, pedulikan cakap-cakap orang yang cuba tentukan hala tuju rumah tangga kita. Paling penting, suami, isteri bahagia melayari bahtera rumah tangga, usah pedulikan kata-kata orang yang tidak tahu apakah yang kita lalui saban waktu.
Tidak kiralah cakap-cakap rakan terdekat sekali pun, jangan percaya bulat-bulat. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Banyak rumah tangga yang rosak akibat “cakap-cakap” orang…
Kadang-kadang itu, kita dengan pasangan memang tidak masalah, memang ok… Tapi orang lain pula yang nampak “tak ok”…
Ada pasangan, kita dengar dia panggil pasangan dia “kau”, dia bahasakan diri dia “aku”…
Kita cakap, panggillah ayang ke, abang ke, sayang ke, darling ke, baru mesra sikit, nampak sikit hormat dekat pasangan…Walhal mereka itu langsung tak ada masalah bab panggil memanggil ini…
Pernah dengar mak hang, pak hang? Lagi kasar, nampak lagi kurang hormat tapi ada pasangan yang guna dan tak pula bercerai-berai sampai sekarang…
Jadi, ikut keselesaan pasangan itulah nak panggil atau bahasakan diri mereka itu apa…Hormat itu tak terletak pada gelaran, tapi perbuatan dan apa yang diucapkan…
Untuk info lebih menarik, klik juga di sini.

Selagi Bahagia, Pedulikan Cakap-cakap Orang

Kita nampak pasangannya selalu balik lambat… Awal subuh sudah keluar umah, lewat malam baru balik…
Kita cakap, “Baik kau check ke mana laki kau pergi… Lewat dia balik itu, mesti ada skandal dekat luar…”
Ah sudah…walhal orang itu buat dua kerja… Siang kerja office, malam bawa Grab atau jadi Rider… Cari rezeki, untuk keluarga…
Tapi bila ada orang sudah mula cakap-cakap macam itu, isteri sudah mula rasa terancam, rasa macam ada betulnya juga apa yang dicakap itu…
Mulalah syak wasangka dan fikir bukan-bukan dekat suami dia… Tak ke dosa?

Pedulikan Cakap-cakap Orang Luar

Orang belajar tinggi-tinggi, end up jadi surirumah…
Kita pun cakap, “Rugi belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi surirumah… Baik tak payah belajar…”
Hmm, kalau itu yang terbaik untuk keluarga, why not? Ok what jadi surirumah yang ada degree, ada master… Tahulah kita ini ada PHD (perasaan hasad dengki)…
Bukannya sia-sia apa yang belajar itu, kelak berguna juga dalam mendidik anak-anak… Lagi satu, itu adalah permintaan suami dia, maka bila sudah jadi isteri, dia kenalah taat dengan perintah suami kerana ianya untuk kebaikan keluarga…
Kenapa kita hendak paksa dia bekerja? Kenapa kita nak suruh dia cari duit? Suami dia letak dia di rumah sebab suami dia mampu… Tak salah kan?
Bila suami bagi isteri hadiah, bawa isteri jalan-jalan, layan isteri baik-baik, kita kata “Suami manjakan isteri sangat, nanti naik kepalalah isteri tu…”
Pulak dah…sudah tu, nak kena layan isteri macam mana? Kira ok la tu, itu menunjukkan suami itu seorang yang memuliakan si isteri, menghargai si isteri… Isteri tak naik kepala kalau suami itu baik dengannya…
Yang naik kepala itu, isteri yang tak bersyukur dapat suami baik… Kalau dia isteri yang bersyukur, insyallah dia tak naik kepala…

Jangan Biarkan Orang Tentukan Rumah Tangga Kita

Sebenarnya, banyak lagi kalau nak diceritakan mengenai “cakap-cakap” orang ini… Antaranya, banyak orang yang akan mencampuri urusan rumah tangga kita…
Dan banyak yang akan menyuruh kita buat itu, ini… Malah banyak yang cuba buat keputusan untuk keluarga kita… Selain itu, banyak yang akan mempengaruhi kita…
Nasihat saya, dengar boleh, tapi jangan sampai terbawa-bawa sehingga ianya menjejaskan hubungan kita dengan pasangan…
Hanya kita dan pasangan yang tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita…selagi kita dgn pasangan ok, maka jangan terlalu menghiraukan “cakap-cakap” orang ini…
Mereka tetap orang luar walau seberapa rapat pun mereka dengan kita… Jangan biarkan orang lain yang tentukan hala tuju rumah tangga kita…
MW: Rumah tangga mak, ayah biarlah kita sendiri yang tentukan, pedulikan kata-kata orang. Lebih-lebih lagi kata negatif. Bahagialah dengan cara kita sendiri.
Published by
Syazwani Mehat