Dalam hidup ini, ada tiga perkara yang kita tidak tahu. Ini termasuklah, jodoh kita dengan seseorang. Semua ini adalah rahsia Allah yang kita tidak akan tahu.
Kadang-kadang, bercinta bagai nak rak, bagai merpati dua sejoli, namun kalau itu bukan jodoh, pasti akan terlerai atau berpisah jua. Kita hanya mampu merancang dan selebihnya hanya Dia yang tahu.
Perasan tak, sejauh mana kita cari jodoh kita, kalau ditakdirkan jodoh hanya di sebelah rumah sahaja. Jangan pertikaikan.
Begitu juga kalau usaha yang kita lakukan dan pelbagai cara untuk selamatkan tetapi bukan jodoh kita, mungkin ada yang lebih baik menanti kita.
Sedih memang sedih, tapi kita kena ingat, semua ini perancangannya untuk berik kita yang lebih baik lagi. Percayalah. Seperti apa yang dikongsikan oleh Puteri Nur Amirah tentang jodoh yang dikatakan itu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: JODOH Jiran Depan Rumah, Rombongan Meminang Hanya Jalan 5 Langkah
Dalam Memohon Jodoh Terbaik, Jangan Lupa Selitkan Doa Diberi Mentua Superb
Info Lebih Menarik DI SINI
Itu rahsia Allah s.w.t… Itu ketentuan Allah s.w.t…
Sebagai manusia, apa yang boleh kita buat ialah berusaha sehabis baik untuk hubungan itu… Selagi kita masih bersama dengannya, maka selagi itulah kita perlu buat yang terbaik
untuk dirinya…
Sekuat mana pun kita dah berusaha, selama mana pun kita bersamanya, setia mana pun kita disisinya, sesabar mana pun kita dengan perangainya, kalau dah ditakdirkan jodoh kita dengannya terhenti di pertengahan jalan, maka ianya bukan salah Allah s.w.t yang memisahkan kita…
Allah s.w.t ada perancangan yang lebih baik lagi untuk diri masing-masing…
Mungkin di antara 2 manusia itu, hanya seorang sahaja yang buat yang terbaik
untuk hubungan itu…
Maka Allah s.w.t nak bagi dia ganjaran atas apa yang dia dah lakukan, Allah s.w.t nak bagi dia bahagia, gantikan dengan manusia yang lain, yang sama sifatnya dengan dia, yang boleh buat dia bahagia…
Mungkin juga di antara 2 manusia itu, ada seorang yang tidak menghargai apa yang telah dilakukan seorang lagi, maka Allah s.w.t nak bagi dia pengajaran dan kesedaran, Allah s.w.t tarik manusia itu dari hidupnya, hadirkan seseorang yang boleh bagi pengajaran dan kesedaran kepada dirinya sehingga dia mula rasa bahawa yang dahulu itu dah pun menjadi yang terbaik
untuk dirinya…
Sekiranya jodoh tak panjang yang bukannya disebabkan kematian, maka pasti ada sebab musabab di sebalik kenapa dan mengapa jodoh itu tidak berpanjangan…
Kuat atau tidak jodoh kita dengan pasangan, pendek atau panjang jodoh kita dengan pasangan, ianya bergantung sejauh mana kita berusaha dalam hubungan itu, untuk hubungan itu…
Yang pastinya, usaha itu harus datang dari kedua-duanya, bukannya seorang sahaja…
Jodoh yang baik itu bukanlah yang datang dengan kelebihan, tapi yang tidak pergi kerana kekurangan…
MW: rezeki, jodoh dan ajal maut adalah rahsia Allah yang kita tidak tahu. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya berserah kepadaNya.
Sumber: Puteri Nur Amirah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita