Dalam Bayan Linnas oleh Mufti Wilayah Persekutuan & Muzakarah Fatwa Kebangsaan penggunaan vaksin itu, harus. Entah kenapa, sudah ada mak-mak yang mula tolak vaksin anak.
Benar.. sama ada mahu vaksin anak atau tidak, itu keputusan mak ayah, tapi anak juga punya hak mereka untuk hidup sihat.
Pengalaman yang dilalui Dr Taufiq Razif ini sudah beberapa tahun berlalu. Sedihnya, sampai ke hari ini kes yang seumpama masih lagi berlaku.
Saya paling hiba kalau ada ibu bapa yang tolak vaksin untuk anak-anaknya.
Baru ni je pun (ketika artikel ini ditulis) ada kes sorang ibu berusia 40 tahun yang hilang 2 orang anaknya serentak akibat difteria.
Penyakit yang boleh dielakkan jika majoriti ibu bapa kat Malaysia ni bersatu untuk lindungi anak masing-masing dengan vaksin.
Mula-mula si abang yang umur baru 2 tahun yang meninggal. Seminggu lepas tu, adik dia yang umur 11 bulan pula yang meninggal. Dah la meninggal dalam diam je. Kejut tidur tak bangun bangun. Rupanya dah meninggal! Innalillah..
Bayangkan seorang ibu nak tanggung kesedihan yang amat dahsyat ni. Bagi seorang ibu ini takde la kesedihan yang lebih dahsyat daripada kematian si anak.
Kalau kematian suami biasanya perempuan boleh tanggung lagi sebab suami diikat oleh ikatan akad je. Kesedihan bila kematian anak ni berbeza jauh sebab anak ni diikat oleh ikatan darah dan daging si ibu tu sendiri!
Bayangkan kesalahan tu sebenarnya ditanggung oleh para ibu yang tak nak mevaksinkan anak-anaknya sebab percayakan doktor Google dan Facebook.
Penyakit dahsyat ni kembali merebak laju kat dalam negara kita ini berpunca daripada para ibu yang tak nak vaksin anak anaknya la.
Semakin sikit anak yang tak divaksin dalam sesuatu komuniti semakin cepat sesuatu penyakit tu meletus (outbreak ).
Selama ni saya cuma jumpa penyakit ni kat Indonesia je. Tak pernah lagi dengar kes difteria kat Malaysia sebelum ni.
Saya bukan apa, saya pernah saksikan sendiri betapa seksanya pesakit yang kena penyakit difteria ni. Cuba tengok komplikasi yang boleh muncul daripada difteria ni :
√ Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas. Mati sesak nafas adalah mati yang perlahan lahan dan sangat kejam! ( Airway blockage )
√ Bila benda putih ( pseudomembrane ) dalam tekak tu tiba-tiba terjatuh atau tertelan, racun dalam tu boleh rosakkan otot jantung anak kita ( myocarditis )
√ Lepas tu boleh juga terjadi kerosakan saraf ( neuropathy )
√ Anak kita juga boleh kena jangkitan paru-paru ( pneumonia )
Sebab dalam selaput putih tu ada toksin yang sangat-sangat mengancam nyawa si comel bila tertelan. Boleh jadi masa anak tu tengah tidur selaput tu tiba-tiba meluncur turun. Sangat lah berbahaya!
Tolong.. tolong sangat siapa-siapa yang ada anak dan belum divaksin secara sempurna, tolong la sempurnakan vaksin mereka.
Jangan percaya Google.
Jangan percaya internet.
Kerana yang merawatnya adalah kami para doktor. Kerana yang menyaksikan kematian mereka adalah kami para doktor.
Anak yang tak divaksin akan sangat terdedah dengan penyakit yang mengerikan seperti batuk kokol/batuk seratus hari ( pertussis ), kancing gigi ( tetanus ), campak, demam kepialu ( typhoid fever ), jangkitan pada otak ( meningitis ) dan bermacam lagi penyakit yang mematikan.
Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ya.
Sumber/Foto: Taufiq Razif (Dr. Taufiq Razif)