Setelah sekian lama tidak ke sekolah, bermula pertengahan Julai nanti, anak-anak akan kembali ke sekolah secara berperingkat. Sekolah akan mula dibuka sepenuhnya pada 15 Julai ini dan KPM telah kenal pasti tiga model operasi.
Dalam teruja untuk kembali ke sekolah, setiap orang harus ingat bahawa setiap SOP perlu dipatuhi. Bermula saat ini mak,ayah perlu mengambil langkah pertama untuk kembalikan semangat anak-anak ke sekolah. Maklumlah terlalu lama di rumah, bukan mudah untuk tukar mood kembali ke sekolah.
Sesi persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan bermula pada 15 Julai ini.
Manakala bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.
Pembukaan Penuh Sekolah
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Setiap Sekolah Dibuka Berbeza
Beliau berkata, disebabkan ruang dan kapasiti setiap sekolah adalah berbeza, pengoperasian juga perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan sekolah.
Ads
“Selepas mengambil kira aspek penjarakan sosial, ada sekolah yang dapat menampung kehadiran murid seperti biasa dan ada juga yang sebaliknya.
“Berdasarkan analisis dan perincian yang dilaksanakan, KPM mengenal pasti tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian.
“Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.
“Seterusnya Model kedua adalah Model Dua Sesi iaituuntuk sekolah sedia ada yang beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial,” katanya.
Sekolah Tidak Mempunyai Ruang
Menurutnya, model yang ketiga adalah Model Penggiliran iaitu sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.
Ads
“Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.
“Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.
“Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberi sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan,” katanya.
Mohd Radzi berkata, bagi model penggiliran murid sekolah rendah, murid Tahun 1 hingga 6 boleh hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau tahap.
“Dalam hal ini, pihak sekolah yang menentukan bentuk penggiliran bersesuaian.
“Untuk model penggiliran ini, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.
“Maklumat senarai sekolah mengikut model yang ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya,” katanya.
Satu penghargaan buat banduan di penjara apabila mendapat tempahan kain tenunan khas daripada Raja Permaisuri Agong sendiri yang berkenan menyarungkan persalinan berkenaan pada hari yang penuh bersejarah nanti.
Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
Melibatkan 129 Banduan
Menariknya, kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.Kerja tenunan itu melibatkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.
Hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Penjara Penor dan Bentong telah dipilih dan diberi penghormatan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sendiri, selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Penghormatan Buat Banduan
“Memang beta mahu penjara yang buat baju untuk beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada beta dan beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.”
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah.
Warisan Seni Tradisi Pahang
Baginda bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
MW: Daulat Tuanku. Ternyata Raja Permaisuri Agong ini sangat berjiwa rakyat, malah sangat menghargai kerja seni yang dihasilkan walaupun hasil tenunan daripada banduan di penjara.
Parsley sejenis pokok herba yang daunnya digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ada khasiat lain yang boleh diperoleh dari daun parsley ini iaitu untuk membersih buah pinggang. Air rebusan parsley ini pencuci semulajadi yang selamat.
Ini perkongsian dari Herba Rahimas Aqila di Grup Herba Sekeliling Kita mengenai kelebihan daun parsley jika diamalkan dalam kehidupan.
Cara Membuat
1. Beli daun parsli
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.
Panduan Minum
√ Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini .
√ Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
√ Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
√ Daun parsley sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi.
InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Baca Doa Ini
Ini doa nya boleh baca dan hembus dalam air dan terus minum.
Tak juga salah sekiranya anda sekadar mahu membaca selawat syifa atau selawat nabi mahupun surah Al-Fatihah.
Cara Simpan Parsley Yang Berlebihan
Sekiranya anda cuma merebus parsley ikut jumlah yang dimahukan dan ada lebihan, jangan pula membuangnya. Anda boleh praktikkan cara menyimpan parsley yang diajarkan di bawah.
Buang akar daun parsley.
Pastikan semasa anda mahu menyimpannya, daun parsley telah kering dan tiada air melekat padanya.
Siapkan balang kaca kosong dan isi air.. separuh saja. Masukkan batang daun parsley tadi ke dalam balang.
Sekiranya mahu disimpan dalam peti sejuk, tutup herba tadi dengan beg plastik.
Cara ini boleh buatkan daun parsley akan segar dan bertahan untuk 2 minggu.
Sumber/Foto: Facebook Herba Rahimas Aqila , www.simplyrecipes.com – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keluarga pemandu lori, Sezaini Bin Abd Satar menjalani kehidupan serba sederhana. Rumah batu yang keluarganya diami itu pun rumah yang disewa. Pada Jun 2016, Sezaini ke Hospital Klang untuk mendapatkan rawatan sakit-sakit yang dialami.
Lama dia ditahan di wad, dekat 49 hari. Selepas tarikh itu, tahulah dia apabila dimaklumkan oleh doktor sakitnya selama ini adalah berpunca dari Hepatitis C dan kerosakan pada hati.
Bagaikan dihempas ke lautan badai, Sezaini terpaksa menerima hakikat yang dirinya tak lagi mampu bekerja. Ketika itu, isterilah mengambil tanggungjawab dan amanah seorang ketua keluarga.
Isterilah yang bekerja, membanting tulang empat kerat menyara kehidupan keluarga mereka termasuk menjaga suami yang sakit. Namun, sekuat mana pun kudrat isteri, dia tetap seorang wanita.
Tenaganya terhad, upayanya tersekat. Gaji bulanan yang diterima tetap tidak dapat menampung keperluan bulanan mereka. “Sebelum ini saya mohon sewa rumah sebanyak RM280.” tutur wanita cekal ini.
Bebannya semakin sarat selepas suami sakit sepenuhnya. “Saya ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) memohon bulanan kewangan dan dapat RM350.”
Sehari RM50 Untuk Ulang Alik Ke Hospital
Itulah kos yang akan dibelanjakan untuk menampung keperluan rawatan perubatan suami. Terutama setiap kali perlu berulang alik ke hospital untuk belanja pengangkutan mereka.
Sebelum ini, dia terpaksa meminta bantuan jiran untuk membawa suaminya ke hospital. “Setiap kali rawatan ke hospital, saya terpaksa meminta bantuan daripada jiran. Kos rawatan ke hospital memangg tinggi setiap kali pergi. Sekurang-kurangnya RM50.” sambung suaminya sayu.
Bantuan daripada LZS memudahkan keluarga ini menguruskan keperluan harian mereka dengan lebih mudah.
“Saya berterima kasih kepada pihat zakat kerana menolong keluarga kami. Harap suami saya cepat sembuh, kalau boleh dapat bekerja semula.” Doa isteri ini untuk suaminya.
Begitu juga dengan Sezaini yang mengharapkan keajaiban berlaku ke atas dirinya. Beliau memohon padaNya agar disembuhkan penyakitnya. Dan Mingguan Wanita mendoakan agar impiannya itu dimakbulkan Allah. Amin.
Keluarga Sezaini ini telah disantuni oleh LZS sejak tahun 2015. Antara bantuan yang diterima oleh keluarga ini adalah :
Bantuan Kewangan & Makanan Bulanan
Bantuan Pendidikan
Bantuan Sewa Rumah
Bantuan Hari Raya
Ketahuilah bahawa kisah keluarga Sezaini Bin Abd Sattar ini merupakan satu daripada 45 471 keluarga asnaf fakir dan miskin yang disantuni oleh zakat anda.
Keluarga Sezaini Yang Disantuni Lembaga Zakat Selangor
Sumber/Foto/Video : Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...