Bukan sahaja di Malaysia, di India juga telah menutup sebahagian sekolah sejak kes Covid-19 meningkat. Oleh sebab sekolah ditutup, budak enam tahun mengadu kepada Perdana Menteri dibebani homework di luar kemampuan melalui sebuah video.
Video ini telah tular dan mendapat perhatian ramai. Rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak ‘mengadu’ kepada Perdana Menteri (PM) India, Narendra Modi mengenai bebanan kerja sekolah di luar kemampuannya tular di laman sosial.
Budak Enam Tahun Mengadu Kepada Perdana Menteri
NDTV melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Kashmir memberitahu, dia perlu menghadiri kelas dalam talian bermula jam 10 pagi dan berterusan sehingga jam 2 petang.
“Mengapa guru memberikan begitu banyak kerja sekolah kepada anak-anak kecil, Modi Saab?,” soalnya menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di Twitter pada 29 Mei lalu.
Kanak-kanak itu juga memberitahu, pelajar berada di kelas enam dan tujuh yang perlu diberikan tugasan sekolah lebih banyak tetapi bukan kepada kanak-kanak seusianya. Dia juga menyenaraikan semua mata pelajaran yang perlu dipelajarinya.
“Terdapat satu kelas bahasa Inggeris, matematik, diikuti kelas Kajian Alam Sekitar (EVS) dan kemahiran komputer,” kata kanak-kanak itu.
Video yang ditonton lebih 482,000 tontonan turut menarik perhatian Leftenan Gabenor Jammu dan Kashmir, Manoj Sinha.
Menerusi ciapan Twitter Manoj, pihaknya telah mengarahkan jabatan pendidikan mengambil serius aduan berkenaan dan akan mengeluarkan polisi terbaru dalam tempoh 48 jam bagi meringankan beban kerja sekolah kepada kanak-kanak yang perlu mengikuti pembelajaran dalam talian di rumah.
Tambahnya, kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan dan mereka harus melalui zaman kanak-kanak dengan perasaan gembira dan bahagia.
Ads
Sebahagian Sekolah Ditutup
Di India, sebahagian sekolah ditutup akibat pandemik Covid-19 yang meragut nyawa lebih dari 329,000 nyawa sejak melanda negara itu tahun lalu hingga ‘memaksa’ pelajar mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
MW: Pembelajaran secara online ini bukan sahaja membebankan kanak-kanak, tetapi mak ayah serta guru. Semoga virus ini cepat pergi dan anak-anak kita mampu ke sekolah seperti biasa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Aliah Qistina jadi mangsa serakah bapa tiri, jelik ibu sanggup bersekongkol dengan suami.Tindakan seorang remaja yang melarikan diri dari rumah pada 18 Mac lalu, membongkar satu sesi jelik.
Ibunya merayu meminta anak gadisnya itu pulang dan memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa anaknya itu merajuk kerana ditegur bermain telefon bimbit. Bahkan mendakwa anaknya itu melarikan diri ketika penghuni rumah sedang tidur.
Aliah Qistina Jadi Mangsa Serakah Bapa Tiri
Dalam perkongsiannya, Noor Fatimahzatul Zahrah merayu agar anaknya itu kembali ke pangkuan keluarga kerana laporan polis telah dibuat.
Ibu berusia 40 tahun ini berkata, anaknya belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah masih belum ditemui selepas pelbagai usaha dibuat untuk mencarinya.
Dan jelas netizen bertindak mengecam remaja ini tanpa mengetahui sebab dirinya melarikan dirinya termasuk membuat spekulasi dia mengikut kekasih.
Jelik Ibu Sanggup Sekongkol Dengan Suami
Terkini, selepas Aliah Qistina dijumpai di Kampar, Perak di rumah kenalan lelakinya, ia membongkar satu sisi lain bahawa dirinya menjadi mangsa nafsu serakah bapa tirinya sejak 2020 lagi. Lebih menjelikkan peristiwa ini didakwa diketahui oleh ibunya sendiri.
Dilaporkan bapa tiri dan ibu kandung Aliah telah ditahan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sekembalinya dari Sabah. Bapa tirinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa atas pertuduhan merogol sementara ibu ini ditahan atas tuduhan subahat berdasarkan laporan dibuat oleh gadis ini pada 6 April jam 4.59 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram dan menyubahati perbuatan itu.
Sangat menyedihkan ibu sepatutnya menjadi anak berlindung dan menagih kasih diperlakukan begini. Hanya dirinya mengetahui apa niatnya merayu anaknya pulang ke rumah.
Ketentuan ajal maut di tangan tuhan. Siapa sangka gambar pelukan adik Nur Airis Iman, 10 bersama guru ketika Sambutan Raya di sekolah pagi semalam, merupakan kenangan terakhir anak syurga ini sebelum maut dalam kemalangan tragis.Lebih menyayat hati, Airis meninggal dunia di tempat kejadian di hadapan ibunya sendiri.
Terjatuh Motorsikal
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam Pulau Pinang di sini hari ini.
Kejadian jam 1.40 petang itu menyebabkan Nur Airis Iman, 10, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan mendapati motosikal yang ditunggang ibunya itu hilang kawalan sebelum kedua-dua mereka terjatuh di atas jalan raya.
Jelas beliau, dua beranak itu terjatuh di bawah sebuah lori yang datang dari laluan sama.
“Wanita dewasa itu sempat menyelamatkan diri namun anaknya gagal sebelum digilis lori tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ibu Cedera Ringan
Tambah Shafee, ibu mangsa mengalami kecederaan ringan akibat kejadian telah menerima rawatan di hospital yang sama.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkitan Jalan 1987,” kata beliau.
Ucapan Takziah Pihak Sekolah
Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Alma memuat naik ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi laman Facebook rasmi mereka.Dalam ucapan tersebut, pihak sekolah turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan seorang pelajar yang periang dalam kalangan rakan-rakan serta guru.
Seluruh warga sekolah turut membacakan Surah Yasin dan tahlil buat arwah pada pagi Jumaat. Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Alma selepas Solat Jumaat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kijang, Alma, Bukit Mertajam.
Wabak Covid-19 kini semakin hari semakin menakutkan, terbaru pengacara Dayah Bakar memaklumkan dia berasa sangat sedih apabila ibu dan ayahnya dijangkiti dan positif Covid-19.
Dayah yang kini mengikut suaminya, Kapten Muhammad Hanif bertugas di Australia bersama cahaya mata sulung mereka, Achbar Muhammad Fahri berasa sangat bimbang, tidak keruan dan sedih dengan nasib yang menimpa kedua ibu bapanya.
Sudahlah berada jauh di Australia, Dayah seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun Instagramnya menerangkan ayahnya kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.
“Pohon semua untuk mendoakan kesembuhan abah saya, Abu bakar Johari, yang kini berada di ICU. Juga, doakan mak saya, Halimatul Kamaliah Abdul Rahim, untuk sembuh sepenuhnya.
“Doa anda semua sangat bermakna buat saya dan keluarga. Semoga Allah merahmati kebaikan anda. Terima kasih,” tulisnya.
Niat Dayah Berkongsi Mohon Kalian Semua Mendoakan Kesembuhan Ibu & Ayah
Beberapa hari lalu, Dayah telah memaklumkan ibu bapanya positif virus yang merbahaya itu. Dek kerana itu juga, Dayah akui dirinya tidak keruan beberapa hari lepas, ekoran penyakit yang dialami ibu bapanya itu.
“Dengan hati yang berat, Dayah nak kongsi berita, dimana ibu bapa saya disahkan positif Covid.
“Memang rasa sedih sangat, dan buat Dayah tak keruan untuk beberapa harini . Honestly I’m not feeling okay , but I’m trying my best to smile and give moral support to my parents.
“Jadi, niat Dayah berkongsi adalah untuk memohon kepada kalian semua yang membaca post ini agar mendoakan kesembuhan sepenuhnya untuk mereka dan juga sekalian rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak ini,” luah Dayah yang berdoa agar ibu dan ayahnya terus kuat dan bersemangat dalam melawan virus Covid-19.
Mingguan Wanita : Kami doakan agar diberikan kesembuhan buat ibu dan ayah Dayah.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Dayah Bakar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...