“Sekiranya Si Mati, Hanya Meninggalkan Hutang Maka Hutang Tidak Wajib Difaraidkan” Amirul Akmal

Share

Tular sebelum ini mengenai komen yang bertanya adakah hutang si mati boleh di faraid kan? Peguam Syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail terpanggil untuk menjawab persoalan ini.

Peguam Syarie Muhammad Amirul Akmal

Hendaklah Waris Mendahulukan Harta Peninggalan Si Mati Belanja Kematian & Pengebumian

“Pertama sekali perlu kita fahami bahawa harta yang ingin di faraidkan merupakan bahagian bersih harta si mati setelah di tolak perkara berikut.

“Berdasarkan Kitab Matla’ al-Badrain telah dinyatakan bahawa jika sesuatu harta yang ingin di faraidkan perlu lah diasingkan perkara-perkara berikut terdahulu dan menyelesaikannya iaitu:

– Hendaklah ahli waris mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengebumiannya.

-Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian)

-Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.

Gambar sekadar hiasan

Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki

“Untuk tambahan sekiranya si mati mempunyai pasangan dan selepas diselesaikan segala hutang, pasangan si mati layak untuk menuntut bahagian beliau di dalam harta sepencarian beliau daripada harta si mati tersebut.

“Namun muncul persoalan begini kalau si mati mati hanya meninggalkan hutang adakah kesemua ahli waris perlu bahagi bahagian hutang tersebut seorang sedikit untuk tolong bayar hutang tersebut?

“Sekiranya si mati ada meninggalkan harta maka selepas selesai urusan pengebumian beliau maka harta tersebut perlu digunakan untuk melangsaikan segala hutang beliau dan melaksanakan wasiat jika ada lebihan. Ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah An Nisa’ ayat 11 yang bermaksud:

“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.”

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan hadis sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh saidina Ali mafhumnya seperti berikut:

“Rasulullah SAW melunaskan hutang sebelum melaksanakan wasiat.”

Bagi menjawab persoalan sekiranya si mati mati dan hanya meninggalkan hutang atau tinggal kan harta yang sedikit dan ada lebihan hutang, adakah hutang tersebut perlu di faraidkan?

“Untuk menjawab persoalan ini saya merujuk kepada firman Allah di dalam Surah al-An’am ayat 164 yang bermaksud:

“Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).”

“Dalam erti kata yang lain berdasarkan dalil ini ahli waris adalah tidak diharuskan untuk melangsaikan hutang si mati sekiranya harta yang ditinggalkan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang beliau.

Hutang Tidak Wajib Difaraidkan

“Namun begitu, sekiranya ahli waris ingin membantu untuk melangsaikan hutang si mati ia termasuk di dalam bab ihsan kepada si mati. Oleh yang demikian, sekiranya si mati mati hanya meninggalkan hutang maka hutang tidak wajib difaraidkan dan di harus kan untuk ahli waris bantu melangsaikan hutang si mati untuk mendapat ganjaran pahala.

“Walaubagaimanapun, sekiranya ada rekod samaada dalam bentuk bertulis atau percakapan mengenai hutang si mati maka ia harus untuk ditunaikan oleh ahli waris. Namun sekiranya tiada rekod yang ditinggalkan oleh si mati dalam amanat beliau dan tambahan pula ada wujud keraguan dalam tuntutan pemberi hutang maka tidak perlu untuk ahli waris melangsaikan hutang tersebut. Sepertimana kaedah fiqh yang menyatakan bahawa:

الأصْل براءة الذِّمة

Maksudnya: Keadaan asal seseorang adalah terlepas daripada sebarang tanggungjawab.

“Oleh demikian, sekiranya tiada bukti dan petunjuk yang kukuh untuk dijadikan sandaran dakwaan maka tuntutan tersebut tidak perlu diambil kira. Ahli waris juga tidak perlu memfaraidkan hutang tersebut kerana ia hanya harus bagi ahli waris untuk langsaikan hutang si mati. Semoga penerangan ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca,” ulas Peguan Syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail
Sumber: Terima kasih Peguam Syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail https://www.facebook.com/PeguamSyarieAmirulAkmal

Baca Disin Juga: 

Buatlah WASIAT Demi Memudahkan Dan Melancarkan Kehidupan PEWARIS Yang Ditinggalkan

Bila Isteri Meninggal, Bukan Semua Harta Milik Suami Tapi Ada Hak Waris Lain

Waris Tak Mampu Sewa Van Jenazah Cecah Hingga RM4000, Persatuan Amal Tampil Membantu

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

Published by
Norhayati Binti Suboh