Sekeping di instagram, anak Mira Filzah kumpul 51 ribu pengikut. Tak akan sorok wajah Wan Khair. Minat kepada dunia hiburan membuatkan ramai menjadikan artis-artis ini sebagai idola. Apatah lagi jika artis itu memiliki aura positif, berpenampilan sopan dan mampu menjadi idola. Maka tak hairanlah Mira Filzah yang berpenampilan sopan mampu mengumpul 7.3 juta pengikut di instagramnya.
Kelahiran anak sulungnya Wan Khair Emir yang kini berusia 3 bulan hasil perkahwinan bersama Wan Emir Astar semakin menambah keterujaan pengikut untuk menatap anak comel kesayangannya itu.
Walau belum menunjukkan secara jelas wajah Wan Khair namun tiada istilah sipi-sipi dilakukan oleh Mira Filzah sebaliknya dalam perkongsian di instagramnya, tiada tanda emoji diberikan terhadap wajah Wan Khair. Cuma anaknya didukung mendakap ke arahnya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- Dengar Bayinya Menangis Saat Berkhatan, Mira Filzah Sama Jatuh Air Mata
Mira Filzah Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Kongsi Tarikh Lahir 9 Syawal
Dalam pada itu, dalam satu temuramah dengan Harian Metro, Mira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya itu apabila tiba masanya nanti. Ujarnya, tiada sebab untuk sorok wajah anaknya kerana orang pasti akan melihat jika mereka berada di luar.
“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak,” katanya.
Menurut Mira lagi, dia tidak menyangka akaun Instagram yang dibuat untuk anaknya kini sudah mencecah 51,000 pengikut meskipun hanya ada sekeping gambar sahaja.
“Buat masa ini, akaun itu tidak aktif pun dan cuma ada sekeping gambar. Saya saja buat dulu sebelum ada orang lain menggunakan nama Wan Khair Amir.
“Insya-Allah apabila ada gambar bayi kami yang sesuai, kami kongsikan di situ. Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami. Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram,” katanya yang mendirikan rumahtangga pda 2020 lalu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik
Jeans rosak jangan buang. Jom sertai bengkel buat tote bag dan shopping bagi bersama MW Oktober nanti.
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery