Berita

Sekeluarga Dirempuh Treler Pemandu Microsleep, Ibu Belum Tahu Anak Meninggal Dunia Kerap Tanya Mana Afiy

Share

Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik ngeri apabila dirempuh sebuah treler yang pemandunya mengalami microsleep di Kilometer 148.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Bukit Gambir, kira-kira 1.30 semalam.

Sekeluarga Dirempuh Treler Pemandu Microsleep

Tanpa menyedari anak sulungnya berusia 23 bulan  maut akibat rempuhan itu, Azaratul Mohd Yusoff, 30 kerap bertanya di mana anaknya sebaik sedar dari kemalangan ngeri itu.

Afiy mana… Afiy mana…?” itu antara pertanyaan darinya sehinggakan kakak kepada Azaratul Nabila iaitu Azuraini, 42 tidak mempunyai kekuatan untuk berkongsi berita sedih itu dengan adiknya.

Afiy atau nama sebenar Muhammad Shafiy Mohd Shazreen disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan dalam kemalangan tersebut.

Ibu Belum Tahu Anak Meninggal Dunia Kerap Tanya Mana Afiy

Menurut Azuraini, selepas kemalangan itu, adiknya kerap bertanya keadaan anak sulungnya yang membuatkan mereka sekeluarga serba-salah untuk menceritakan perkara sebenar.”

“Acap kali dia tanya pasal Afiy dan Amsyar (anak bongsu) tapi kami belum bersedia memberitahu anak sulungnya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, hari ini.

Kemalangan berlaku ketika mereka terdiri lapan sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Bandar Tenggara selepas menziarahi ibu mentua suaminya, Mohamad Sazreen Shahar, 37, yang diserang angin ahmar di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.

Azuraini berkata, dia mendapat tahu adik perempuannya bersama suami, abang ipar serta anaknya kemalangan selepas ada individu menghantar video kepadanya.

Menurutnya, sebelum itu iaitu sekitar 1 tengah hari, dia ada menelefon adiknya untuk bertanya di mana mereka berada, namun panggilan tidak dijawab.

“Saya ada call (hubungi) mereka acap kali, tapi tiada yang jawab. Pada 6 petang semalam, saya mendapat video itu dan terkedu apabila mendapat tahu mereka terbabit kemalangan.

“Patutlah mereka tak jawab panggilan saya, rupa-rupanya mereka terbabit dalam kemalangan. Saya perasan bila ada orang hantar video, saya nampak adik ipar (suami Azratul Nabila) merangkak kesakitan.

“Selepas itu, saya nampak Afiy ditutup dengan kain sebab saya cam baju dipakainya, perasaan saya ketika itu hanya mampu menangis melihat keadaan mereka,” katanya.

Sementara itu, Azuriani berkata, pada mulanya adiknya keberatan untuk mengikuti suaminya menziarahi ibu mentua memandangkan kedua-dua anaknya tidak berapa sihat.

“Dia sepatutnya pulang ke sini pada Isnin lalu, tapi ditangguhkan sebelum memutuskan untuk bergerak pagi semalam,” katanya.

Katanya, seorang lagi anak Azratul Nabila, Muhammad Amsyar berusia lima bulan terselamat dan hanya cedera di kepala, badan dan kaki.

“Afiy sepatutnya sambut ulang tahun kelahirannya bulan depan tapi Allah lebih sayangkannya.

“Kami sedih kerana adik menunggu lebih tiga tahun untuk dapatkan Afiy tapi Allah bagi pinjamnya hanya 23 bulan,” katanya sambil mengesat air mata.

Ketika ini, Azratul Nabila dan suaminya masih menerima rawatan di wad hospital sama akibat cedera pada anggota badan dan keadaan mereka semakin stabil.

Dalam pada itu, Azuraini berkata, abang ipar adiknya, Mohamad Redhwan Sahar, 44, yang juga pemandu kereta terbabit terpaksa ditidurkan akibat cedera parah.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memberitahu kemalangan berlaku membabitkan Proton Iswara dinaiki keluarga terbabit dengan treler dipandu lelaki berusia 28 tahun.

Katanya, treler terbabit melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum dirempuh kereta dinaiki mangsa.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Meruntun Hati!, Jasad Ibu Dan Anak Berpelukan Di Bawah Runtuhan Antara 19 Mangsa Ditemui

Sebaknya, Ayah Tak Berdaya Bawa Jenazah Tiga Anak Ke Tanah Perkuburan

“Saya Nampak Separuh Badan Wanita, Tangan & Kaki Tertimbus Dalam Runtuhan”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros