Semuanya berlaku begitu pantas. Tak sampai seminit pun tinggalkan dalam bilik air, anak hampir lemas dalam baldi. Memang sekelip mata saja.
Begitulah selalu kita dengar berita tentang anak hampir lemas dalam baldi apabila ditinggalkan sendirian bermain dalam bilik air. Namun, yang berlaku pada anak Dyla Adnan ini.
Perkongsian yang boleh memberi pengajaran dan peringatan untuk mak-mak. Malah, hati ibu ini terdetik untuk melakukan CPR bagi menyelamatkan anaknya, sebelum di bawa ke hospital.
Baca Artikel Menarik Lain DI SINI: Pergi Ke Sungai Untuk Mandi, Dua Beradik Lemas Ketika Mahu Selamatkan Ibu
Ibu Sedang Berpantang 12 Hari Terkejut Anak Lemas Mandi Sungai!
Info Lebih Menarik DI SINI
Walaupun hampir setahun berlalu, tapi ia menjadi peristiwa hitam buat Dyla Adnan ini.
11 Jun 2021 – Jumaat
Aku macam biasa petang-petang bawa anak jalan-jalan di kawasan rumah sambil bermain dengan anak-anak jiran. Jam 7 petang, terus masuk ke rumah dan mandikan mereka.
Biasanya, pintu bilik air terbuka dan aku masuk sekali. Tapi, nak dijadikan cerita, aku tinggalkan anak sekejap sebab nak tutup pintu depan rumah. Kebetulan suami baru pulang dan terus bertanyakan anak. Aku cakap anak dalam bilik air.
Sekelip mata dan tak sampai seminit pun, anak aku dah tertonggeng dalam baldi yang mengandungi air. Adinda, anak aku baru berusia setahun sebulan.
Terus aku menjerit panggil suami, sambil itu, aku cepat-cepat angkat anak. Masa itu, anak dah lembik. Suami cuba goncangkan badan Adinda bagi dia sedar. Aku tak payah cakap, memang panik.
Dalam panik itu, aku terus buat CPR pada anak dan tekan dadanya dengan guna dua tangan lepas CPR.
INFO:
Pesanan buat mak ayah, kena tahu apa patut buat masa ini. Ambil tahu macam mana nak buat CPR kalau anak jadi macam ini. Penting sangat. Jangan teris pergi ke hospital, pastikan dia muntah keluar air dari badannya. Aku buat begitu sebab Allah detikkan akan untuk buat begitu.
Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu dan dia kembali bernafas. Aku masih tetap buat perkara yang sama dan tepuk-tepuk belakangnya. Selepas itu, barulah ke hospital. Ditakdirkan kalau tak buat CPR dan terus pergi ke hospital, tentu anak dah tak ada.
Alhamdulillah, Allah panjangkan umurnya dan aku bersyukur. Amanah ini diberi peluang kedua.
12 Jun 2021 – Sabtu
Sebelum masuk wad , kami kena buat swab test pada jam 12 tengah malam. Terkejut juga bila Adinda kena swab, dia tidak nangis dan diam saja, hanya gosok-gosok hidung Mungkin badan dia lemah, tak adalah nak melalak atau nangis.
Bayangkan dari jam 7.45 malam, aku cangkung di sebelahnya dan bila dapat keputusan jam 2.30 pagi, barulah kami dimasukkan ke wad. Selesa dan boleh berehat.
.
13 Jun 2021- Ahad
Sebelum Adinda dibenarkan keluar, sempat lagi dia ziarah semu bilik, merayap sambil tersengih-sengih. Tengah hari kami keluar wad selepas doktor memantau keadaan dada dan dalaman Adinda. Alhamdulillah.
Sampai sekarang, aku masih trauma bila tengok bilik air. Bila tutup mata terus teringat kejadian yang menimpa Adinda.
Nasihat aku, kalau keadaan ini berlaku pada mak-mak, jangan panik. Buat apa yang sepatutnya dan awasi anak-anak dari perkara buruk. Sebab kalau nak berlaku, sekelip mata pun boleh terjadi. Minta dijauhkan.
Mingguan Wanita : Perkara nak berlaku, sekelip mata saja pun boleh terjadi. Peringatan untuk mak-ayah. Paling penting buat CPR untuk muntahkan air dalam badan anak.
Sumber: Dyla Adnan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita