“Sekejap Je Allah Pinjamkan Mama Untuk Adik Dekat Dunia Ni,” Kilafairy

Share

Sesungguhnya apa sahaja yang ada di dunia ini adalah pinjaman Nya dan tiada yang berkekalan, apabila saatnya tiba perlu kembali semula kepada pencipta. Memang bukan mudah untuk menerima hakikat dengan kehilangan insan tersayang, namun redalah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sebak membaca luahan Kilafairy yang juga merupakan anak bongsu kepada penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil,68 yang baru sahaja meninggal dunia kelmarin.

Luahan Rasa Sedih Kehilangan Ibu Tersayang

Pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan,31 atau lebih popular dengan panggilan Kilafairy meluahkan rasa sedih atas kehilangan ibu tersayang yang dianggap segala-galanya buat dirinya.

“Sekejap je Allah pinjamkan Mama untuk adik dekat dunia ni. The day I feared most has come. No other choice but to face this cruel world without you by my side, Mama. My protector, my guardian angel, my nyawa, my everything,”ujar Kila.

Harap Bertemu Lagi

Pemergian ibu tersayang pada bulan Zulhijjah, Kilafairy juga mengharapkan semoga dapat dipertemukan kembali dengan ibunya di akhirat kelak.

“Allah amik Mama di hari kedua Zulhijjah, Subhanallah, Allah sayang kita 70x kali ganda lebih dari seorang anak sayang ibu dia. Nanti adik jumpa Mama dekat sana okay. Rest well, my bidadari syurga. I love you,” kata Kila

Rohana Jalil telah menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya Jahangir Khan dan anak-anak tersayang iaitu Rosella, Shakira Idora dan Kilafairy pada 20 Jun, jam 11.33pm.

Ramai rakan selebriti dan para peminat yang tumpang simpati, mengucapkan takziah dan turut mendoakan atas kehilangan ibu kepada Kilafairy ini.

Mesti Baca:Rohana Jalil Meninggal Dunia, Azizul Khamis Kongsi Arwah Suka Sedekah & Baca Quran Setiap Hari
Baca Lagi Di Sini:Kilafairy Akui Bukan Mudah Kekal Istiqamah “Setiap Hari, Umpama Bergelut Dalam Diri”
Artikel Menarik:Ayah Kilafairy Sebak Bila Anaknya Tekad Berhijab

Mingguan Wanita:Setiap yang hidup pasti akan mati dan setiap apa yang ada di dunia ini juga hanyalah satu pinjaman.Memang bukan mudah untuk menerima hakikat, namun redalah dengan pemergian insan tersayang, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Alfatihah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab