Sekat-Sekat Rezeki Anak, Rezeki Kita Pun Tersekat! Tak Membazir Pun Beli Mainan

Share

Percayalah bila kita sekat-sekat rezeki anak, rezeki kita pun tersekat! Tak membazir pun beli mainan untuk mereka.

Gembirakan dan beli jiwa anak-anak. Tak perlu hadiah atau mainan mahal-mahal, belilah ikut kemampuan.

Tidak semestinya membeli mainan yang mahal saja mampu gembirakan hati anak-anak, mainan yang murah pun cukup untuk membeli jiwa anak-anak. Apa lagi kalau ke kedai saka RM2, anak-anak dapat miliki macam-macam mainan. Hahaha…

Sekat-Sekat Rezeki Anak, Rezeki Kita Pun Tersekat!

Kongsi Mohd Fhais Salim, sekat rezeki anak, rezeki kita pun tersekat!

Ada orang kata beli mainan ni membazir. Sebenarnya ia bukan membazir tapi itulah rezeki anak-anak.

Ada orang kata manjakan anak sangat tak elok. Apa dia hendak, kita beli.

Bagi saya tidak ada rezeki yang tak elok. Semua rezeki elok. Anak dimanjakan sejak kecil, itu pun rezeki dia.

Ada anak, ibu ayah duit banyak pun belum tentu lagi dapat rasa manja-manja.

Tak Membazir Pun Beli Mainan

Rezeki anak-anak ini datang dalam pelbagai bentuk.

Ada anak dapat rasa limpahan kasih sayang ibu ayahnya setiap masa tanpa ditagih.

Ada anak susah hendak dapat rasa kasih sayang walaupun selalu menagih dikasihi.

Macam-macam..

Rezeki Kita Datang Dari Anak

Memanglah yang kerja banting tulang siang malam itu kita, tapi rezeki yang kita dapat mungkin datang dari rezeki anak-anak.

Tak dinafikan, memanglah yang mengurus dan menjaga ekonomi keluarga itu adalah kita, tapi rezeki ekonomi kita ini mungkin datang dari rezeki anak-anak.

Apa yang kita ada sekarang ni? Mungkin itu semua rezeki anak-anak.

Kita ni cuma pemegang amanah je, wajib salurkan rezeki tersebut pada penerima yang sah.

Silap hari, kita yang menumpang rezeki anak-anak rupanya. Allahu..

Jangan Berkira Dengan Anak

Makanya usah la kita berkira-kira dengan anak. Usah la kita bakhil sangat fikirannya.

Tak ada bazirnya beli mainan jika itu buat anak rasa gembira dan teruja.

Elak sewenangnya kita sekat rezeki anak-anak dengan kata membazir, tak penting, mengada-ngada dan sebagainya.

Mampu beli, tak mampu usah beli. Belum rezeki anak untuk dapat.

Jangan terkejut! Makin kita mewah-mewahkan anak, makin mewahlah rezeki kita datang mengalir kelak.

Rezeki tak pernah terputus kalau kita tak sekat-sekat rezeki anak!
Wallahu A’lam,

~ Mohd Fhais Salim

Baca Juga Di Sini :

‘Kerana UPSR 1E..’ Selepas Ditolak Tiga Sekolah, Ini Rezeki Anak Terima

Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

Tak Ramai Suami Sedar, Hidup Jadi Senang Sebab Menumpang Rezeki Anak & Isteri

Mingguan Wanita : Jangan berkira dengan anak tidak bermakna setipa hari kita belikan anak-anak mainan saja, mungkin sesekali kita belikan bahan bacaan, makanan yang disukai dan pelbagai lagi. Insyallah bila mak ayah tidak berkira dengan anak-anak, anak-anak pun rasa disayangi.

Sumber : Mohd Fhais Salim

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat