Ketika COVID-19 mulai menular di Malaysia, ‘Kluster Tabligh’ menjadi sebutan ramai. Gara-gara perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur mengumpulkan ribuan jemaah tabligh dari dalam dan luar negara, dikatakan menjadi penyebab berlakunya pertambahan kes COVID-19 di dalam negara. Ramai yang memandang serong, malah turut melemparkan pelbagai kata sinis kepada jemaah ini.
Hakikatnya sesuatu yang boleh kita pelajari, ada hikmahnya tersendiri mengapa ‘kluster tabligh’ yang terpilih dalam ujian ini.
Sekarang baru kita nampak kan kenapa Allah datangkan ‘kluster tabligh’ kepada kita semua. Betapa jujur dan ikhlasnya jemaah tabligh dalam isu covid.
Beribu-ribu mereka kena buat test,beratus orang positif. Tapi sepanjang saya mengikuti perkembangan jemaah ini,belum ada lagi saya baca status dari jemaah komplen tempat kuarantin tidak selesa,tidak bersih,tidak diberi layanan baik.
Bahkan ramai rakan rakan doktor sangat senang dengan mereka,sangat patuh beri kerjasama. Bukan itu sahaja sepanjang mereka berada di wad,di pusat kuarantin boleh dengar laungan azan,boleh dengar bacaaan Al Quran,boleh dengar bacaan taalim.
Ada yang mula rindu dengan jemaah tabligh.
Ads
Kluster Oversea
Sekarang kluster oversea pula tiba. Belum seminggu lagi,tapi macam macam dah saya baca. Tempat kuarantin tidak bersihlah,tidak kemaslah,nak hotel selesalah. Staff KKM muka ketatlah. Macam-macam dah diorang demand.
Sedangkan dalam kalangan jemaah tabligh itu. Bukan orang biasa biasa. Jutawan,ada jawatan tinggi dalam jabatan,pensyarah,doktor,petani yang ada ladang ribu ribu ekar. Tapi mereka sikit pun tak demand.
Bahkan ada yang menyumbang kepada tabung covid Ratusan ribu ringgit. Ada diantara mereka sehingga ke hari ini tidak putus putus bantu frontliner.
Apa formula jemaah tabligh ini? apa faedah yang mereka dapat setelah sekian lama ikut jemaah tabligh?
mereka sekarang belajar:
Ads
“Kami dengar Kami Taat”
“Kami korbankan masa,diri,harta untuk Allah”
Inilah jemaah tabligh yang patut saya dan kalian tahu. Mereka sedang diuji,dan kita juga sedang diuji. Cuma beza mereka dengan kaki komplen adalah; TAAT,tidak diajar untuk komplen,di ajar untuk bersyukur,diajar untuk taat pemerintah,diajar untuk berbuat baik kepada orang lain,diajar untuk berterima kasih,diajar mengaku salah,diajar selesaikan masalah dengan amalan.
“Mesti comel sangat ni” Uyaina & suami dikurniakan anak lelaki. Tahniah buat Uyaina Arshad dan suami, Raja Syahiran yang dikurniakan bayi lelaki semalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri Raja Syahiran dan Uyaina melalui laman Instagram milik mereka secara serentak.
“Mesti Comel Sangat Ni”
Gambar yang dimuat naik merupakan gambar tangan mereka bersama putera sulung tersebut.
“Assalamualaikum anakanda ku..
“Penantian di hidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah..
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.
“Baba & Mama love you so much
“Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami.. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” ungkap mereka.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga adik kepada Fasha, Elisya Sandha, 21 yang baru saja bertunang dengan anak kepada penerbit dan pelakon hebat, Sheila Rusly.
Beberapa hari lalu, Sheila telah menyunting Elisya buat anakandanya, Uzair Haqimy atau lebih mesra dengan pagilan Haq, 25 sebagai bakal suaminya.
Elisya Sandha Bakal Menantu Sulung Sheila Rusly
Elisya dan anaknya sudah lama berkawan dan sebagai ibu dia berasa sangat gembira dengan keputusan anaknya itu.
“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.
“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya
“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” ungkap Shiela.
Seperti mana dilaporkan menerusi Portal BH Online juga, Sheila turut menyatakan majlis pertunangan tersebut telah diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu itu berlangsung di kediaman Fasha Sandha.
Yakin, Elisya Mampu Membahagiakan Anak Lelakinya
Sebagai ibu kepada anak jejaka, Sheila mengorak langkah awal dan merancang majlis pertunangan.
“Bila Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.
“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ungkapnya yang turut menyatakan Elisya diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.
Sheila juga amat memahami jiwa bakal menantunya dan akui Elisya begitu memahami Haq.
“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.
“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” kongsi Sheila lagi.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu adalah tempoh yang sangat panjang bagi sesetengah individu. Biar pun ramai yang tahu langkah ini diambil demi keselamatan bersama bagi mencegah penularan COVID-19.
Tetapi ramai mula mereka pelbagai alasan untuk bebas bergerak termasuklah “pergi bekerja”. Memandangkan sesetengah pihak menggunakan alasan bekerja untuk bergerak bebas.
Maka kerajaan telah mengambil tindakan khusus untuk menangani masalah ini. Oleh itu, jika kakitangan terpaksa bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, majikan diwajibkan untuk mengeluarkan surat pelepasan perjalanan.
Wajib Keluarkan Surat Pelepasan
KUALA LUMPUR: Setiap agensi kerajaan dan majikan swasta diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan kepada setiap kakitangan yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan ada pihak sengaja bergerak bebas keluar tanpa alasan munasabah dengan segelintirnya mendakwa perlu memenuhi tuntutan bekerja.
Katanya, Ketua Setiausaha (KSU) setiap kementerian akan mengeluarkan surat pelepasan dan kebenaran perjalanan kepada setiap pekerja, manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mendapatkan surat yang sama daripada majikan swasta.
Selesaikan Melalui Pas Perjalanan
“Ada masalah melalui sekatan polis (beri alasan pergi bekerja), ini akan dapat diselesaikan melalui pas perjalanan (dikeluarkan) KSU kementerian dan pejabat swasta,” katanya pada sidang medianya yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, berkata majikan juga tidak dibenarkan menyekat gaji pekerja yang terpaksa diberi cuti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kita akan berbincang dengan Menteri Kewangan supaya gaji mereka (yang diberi cuti) berjalan seperti biasa. Kita tidak benarkan jika ada majikan ambil kesempatan, ada majikan minta pekerja tandatangan bersetuju cuti tanpa gaji. Kita tidak benarkan mereka bekerja, tapi gaji jalan seperti biasa,” katanya.
Sumber: Berita Harian
MW: Sepanjang tempoh di rumah ini sebaiknya mak,ayah gunakan sebaik mungkin untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Janganlah terlalu pentingkan diri, kemudian mengambil langkah bergerak sesuka hati. Duduk di rumah diam-diam ya semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!