Sekali Tidak Jujur Mungkin Tersilap Langkah, Tapi Bila Berkali-Kali Ini Kesannya

Share

Sesungguhnya bila sekali kita tidak jujur mungkin kita tersilap langkah dan ada peluang untuk berubah, tapi bila berkali-kali tak jujur ini kesannya.

Berlakulah jujur dalam apa sekalipun yang mak ayah lakukan. Sama ada dalam perhubungan, dalam perniagaan atau ketika bekerja. Sikap jujur amat penting demi keberkatan hidup.

Sentiasa Bersikap Jujur

Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, jujurlah pada diri sendiri. Jujurlah dengan orang lain.

Bila kita buat sesuatu, kena selalu bersifat jujur. Walau di depan atau di belakang orang, kejujuran akan menjaga kita.

Kalau kita bekerja makan gaji, jujur pada setiap masa. Jangan jujur masa ada audit check saja. Masa tidak ada audit check pun kena jujur.

Kalau kita bekerja sendiri pun kena jujur juga. Walaupun kitalah bos, walaupun kitalah tauke, tidak boleh hendak buat ikut suka hati saja.

Bekerjalah seolah-olah kita ada bos yang lagi tinggi sedang memantau gerak kerja kita. Barulah kita akan berjaya walaupun kita kerja sendiri.

Baca Juga Di Sini:

Jujur Dan Setia RAHSIA BAHAGIA Rumah Tangga, Tapi Ramai Ambil Mudah!

Berniaga Bukan Perlu Duit Semata, Kena Betulkan Modal Asasnya Iaitu SIKAP

“Paling Penting Dalam Rumah Tangga, Kejujuran & Berterus-Terang Dengan Suami”

Jujur Dalam Berniaga

Kalau kita berniaga, lagilah kena kuat sifat jujur tu. Kita bukan hanya perlu jujur pada diri sendiri, tapi kita juga mesti jujur pada semua pelanggan kita.

Ketelusan wajib ada pada setiap masa. Sebab kita ada Allah yang sedang memerhati.

Boleh buat, kita cakap boleh buat. Tak boleh buat kita cakap tak boleh buat.

Barang ada, kita cakap barang ada. Barang tak ada, kita cakap barang tak ada.

Kondisi barang sempurna, kita cakap kondisi barang sempurna. Kondisi barang kurang sempurna, kita cakap kondisi barang kurang sempurna.

Jangan sesekali menipu pelanggan dengan apa jua bentuk sekali pun. Dan jangan overclaim. Jangan mengada-adakan benda yang tidak ada. Jangan putar-belit fakta.

Haram Hukumnya

Sebab ada kadang-kadang peniaga yang menipu pelanggan dengan alasan strategi marketing. Ini tak boleh. Ini haram hukumnya.

Ada banyak ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang memuji peniaga yang jujur. Pada waktu yang sama, ada banyak juga ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW yang mencela peniaga yang tidak jujur.

Jujur atau tidak dalam perniagaan, akan menentukan keberkatan dalam setiap hasil dan pulangan. Duit kita mungkin banyak, tetapi tanpa keberkatan ia tidak berguna walau sesen pun.

Jangan sesekali kelabu mata dengan duit. Sebab duit tak boleh dibawa masuk ke dalam kubur. Keberkatan dan pahala dari duit itu saja yang akan berkekalan sampai ke hari akhirat.

Sekali Tidak Jujur Mungkin Tersilap Langkah

Selamat pagi kawan-kawan.

Jujurlah.
Sekali kita tidak jujur, mungkin kita tersilap langkah. Masih ada peluang untuk memperbaiki diri.

Tapi berkali-kali kita tidak jujur, ia akan sebati dalam diri kita. Sampai ke mati la kita akan hidup dalam penipuan demi penipuan, semata-mata nak tutup sifat kita yang tidak jujur itu.

#KAB

Mingguan Wanita : Jangan sampai sikap tidak jujur sebati dalam diri hingga tidak timbul rasa bersalah. Itu yang parah… renung-renungkan.

Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Published by
Nur Syazwani Mehat