Sekali Pun BENCI Dengan Pasangan, TETAPLAH Doakan Yang Baik Untuk DIA

Share

Kadangkala timbul juga rasa tidak puas hati setiap kali bertikam lidah dan berselisih faham dengan pasangan. Mulakan fikir dan doa yang bukan-bukan pada pasangan kerana perasaan marah meluap-luap.

Jangan terlalu ikutikan perasaan itu, sekali pun benci dengan pasangan, tetaplah doa yang baik-baik buat pasangan. Doa seorang isteri ini jangan dibuat main.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami sebaiknya :

Dia jahat, dia tak guna, dia selalu menyakitkan hati…
Namun, tetaplah mendoakan yang baik-baik untuk dia…

Jangan pula bila dia keluar saja dari rumah, terus kita berkata, “Mintak-mintaklah jadi apa-apa kat dia, baru insaf sikit, baru jadi baik…”

Bagaimana kalau apa yang terdetik di hati kita itu, betul-betul terjadi?

Berlakunya sesuatu kepada dia dan end up, kita juga yang susah? Maka oleh sebab itulah, selagi dia itu masih pasangan kita, maka selagi itulah jangan putus asa mendoakan dia berubah menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya…

Jangan Doakan Yang Bukan-Bukan

Jangan diikutkan sangat dengan hati dan perasaan…

Hati dan perasaan boleh membisikkan apa saja untuk mengawal diri kita… Tapi sentiasalah menjadi waras, sentiasalah meletakkan akal di depan lidah… Ini adalah bagi mengelakkan kita mengucapkan sesuatu yang tidak baik hanya kerana kita sakit hati dengan perangainya dan kita terluka dengan perbuatannya…

Selagi dia tu masih pasangan kita, elakkanlah mendoakan keburukan untuk dirinya kerana ianya akan berbalik kepada kita juga…

Jangan dibuat main doa seorang isteri itu…

MW: Hati-hati dalam mengeluarkan doa dan kata-kata terhadap terhadap pasangan. Bimbang jika benar-benar terjadi, mak, ayah juga yang menyesal.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Nur Syazwani Mehat