Sekali Dua Orang Buat Silap, Bila Dah Selalu Curang, Perpisahan Jalan Terbaik

Bukan sekali Bella Astillah dicurangi suami, Aliff Aziz. Malah berkali-kali. Namun, Bella tetap memaafkan kerana ada banyak hati yang perlu dijaga.

Sehinggalah Ramadan ini, satu demi satu kecurangan Aliff disebarkan di media sosial. Terkini, bersama gadis 17 tahun yang dikenali sebagai Nismell dan hari ini tersebar pula gambar intimnya dengan janda anak satu.

Hati isteri, walau setabah mana pun, bila sudah peluang diberi kepada suami. Dan suami tak reti-reti nak memanfaatkannya, lama-lama dia akan tawar hati juga.

Tak mahu terseksa lagi, Bella buat tindakan berani. Memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

Dan petang tadi, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Bella dilepaskan dengan talak satu. Biarpun berita ini perit. Lagilah terjadi di bulan yang mulia ini, namun Bella menyifatkan inilah jalan terbaik untuk dirinya dan Aliff.

Suami Selalu Curang

Suami selalu curang. Sekali dua semua orang buat silap. Apabila lebih, itu adalah pilihan. Jadi, perpisahan yang terbaik.”

IKLAN

Lebih enam tahun, Bella dan Aliff saling mengenal, melalui banyak perkara bersama. Apa pun tak mudah untuk Bellah melalui kehidupan sebagai ibu tunggal. Membesarkan anak lelakinya yang masih perlukan perhatian ibu dan ayah.

Biarpun demikian, Bella terlihat kuat. Fokusnya kini cuma untuk meneruskan kehidupan dan memberi yang terbaik untuk anaknya.

Saya tak nak hidup dalam suasana negatif.” Akui Bella yang sudah pun memaafkan bekas suaminya itu. Kerana, baginya biar apa pun yang terjadi, sampai bila-bila Aliff tetap ayah pada anak mereka.

IKLAN

Sejak Bella mendedahkan kisah kecurangan suami, tak sedikit yang mengecamnya. Ada yang mempertikaikan kesetiaannya dulu. Sungguh, Bella tak berdendam sebaliknya percaya setiap orang pun pernah berbuat salah.

Semakin Kurang Beban

Memang beban itu rasa berkurangan.” Kehidupan baru ini menamatkan kontroversi yang melanda rumahtangga Bella dan bekas suaminya itu.

Saya muhasabah diri dan Aliff pun sama. Memang masih ada sayang. Cuma berikan ruang dan waktu untuk muhasabah diri.”

IKLAN

Terdahulu, Aliff yang sebak melafazkan talak satu pada 3.45 petang di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.

Permohonan cerai itu difailkan Bella Astillah selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Semoga Aliff dapat belajar dari episod duka yang terjadi dalam rumahtangganya. Sememangnya seorang suami itu bukanlah sekadar memiliki isteri, tapi memahami akan tanggungjawab sebenar-benar sebagai seorang suami.

MW : Mendoakan semoga Bella tabah menjalani kehidupan ini. Dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk membesarkan permata hatinya.

Sumber/Foto : Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI