Puan Hasnah Jidin ibu kepada Fizo Omar adalah seorang ibu yang sangat bertuah kerana mempunyai anak lelaki yang berjiwa murni.
Baru-baru ini menerusi entri di akaun Instagram, pelakon Fizo Omar telah berkongsi perasaan gembira ibunya apabila menerima hadiah basikal elektrik.
“Hopefully perasaan Mama sama mcm apa yg aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu2.
“Hmmmm…iphone 12, PS 5? Nanti la dulu.. bila Mama happy, dia boleh bawak g surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iphone n ps5, dgn kedai2 skali boleh beli.
“Ameen insyallah..
“P/s – mcm cik yam jer lebih happy dari Mama.” luah Fizo Omar.
Artikel berkaitan: Sejuk Perut Ibu Mengandung, Fizo Omar Hadiahkan Ibu Basikal Elektrik Mudah Ke Surau
Betapa besarnya tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa sehinggakan Allah ada menyebut di beberapa tempat dalam Al-Quran dengan menggabungkan perintah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan berbakti kepada ibu bapa.
Allah SWT berfirman, “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Nisa, ayat 36).
Alhamdulillah Fizo Omar boleh dijadikan contoh terbaik buat anak muda masa kini. Dalam apa jua yang dilakukan, jangan lupa pada ibu bapa kita. Ibu bukan saja melahirkan malah kedua orang tua kta juga membesarkan kita dengan pelbagai kepayahan yang sukar untuk kita balas.
Bukan itu saja malah ayah kepada seorang anak ini juga pernah berkongsi di akaun Instagramnya tentang kepentingan meluangkan masa bersama anak kecil walau sesibuk manapun dirinya.
Meskipun melalui episod perceraian, hubungan di antara anak dan ayah tak akan pernah putus. Keakraban hubungan Fizo dan anak perempuannya Wan Maryam yang kini berusia 3 tahun sering dikongsikan dilaman sosial dan dia juga turut memuat naik momen bahagia, mencipta kenangan dengan anaknya yang masih kecil.
“ALA NAIK BASIKAL JER!
“Nampak simple je kan, gambar anak naik basikal?
“Perasaan seorang bapa pergi ke kedai basikal untuk belikan hadiah basikal kepada anak berbeza dengan pergi ke kedai kereta untuk beli kereta mewah untuk diri sendiri.
“Syukur Allah masih beri peluang dan nikmat rasa dan perasaan untuk menggembirakan hati si buah hati. Bila tengok betapa excitednya si anak dapat basikal dan trying so hard untuk kayuh dengan penuh perasaan, itulah nikmat sebagai seorang ayah yang tak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit.
“Ayah berkerja siang malam, cari makan untuk anak-anak”…. ye betul, tapi adakah hanya beri ‘makan’ akan terus membahagiakan anak-anak? Kadang simple effort in shot moment tu memberi impak yang besar terhadap anak-anak.
“”Bila dah ada anak ni membuatkan kita sebagai ayah yang juga pernah bergelar anak,lebih menghargai jasa ibu bapa kita sebelum ni.
“Ayah,daddy,baba,papa,abah dan sesiapa yang bergelar bapa, appreciate this moment sebab bila ianya berlalu dan takkan mungkin dapat berpatah balik. Dunia yang dikejar takkan pernah dapat,tapi kebahagian yang dicipta akan mewarnai dunia.” kongsi Fizo.
MW: Setuju sangat dengan perkongsian daripada Fizo Omar ini. Ada benarnya, selain memberi nafkah makan minum tempat tinggal, luangkan masa dengan anak-anak yang lebih penting untuk membahagiakan dan mencipta kenangan manis buat mereka.
Sumber/ Sumber Foto : Instagram Fizo Omar
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/