perangai anak

Bila berdepan dengan perangai anak, mak ayah kena banyak bersabar. Kalau dah laang tetapi anak buat tak endah, jangan pula naik tangan depan orang ramai. Habis nak buat apa ya?

Haaa… cuba guna tip Puan Noor Afidah Abu Bakar ini pula, mana tahu ada hasilnya. Dan mungkin mak ayah akan nampak perubahan anak.

MAKIN DILARANG, MAKIN DIBUAT. KENAPA?

Ini ‘fridge magnet’ di rumah saya.

Selalunya tetamu yang bertandang risau kiranya anak mereka menghampiri peti sejuk saya. Bimbang kiranya magnet itu dicabut dari peti sejuk. Lebih bimbang kiranya magnet itu disepah-sepahkan terutamanya oleh anak yang masih kecil.
Saya tidak salahkan ibubapa yang mempunyai kerisauan ini. Saya juga risau kiranya anak-anak saya tidak pandai ‘behave’ di rumah orang lain.

KANAK-KANAK SIFATNYA SUKA MENEROKA.

‘Fridge magnet’ yang pelbagai bentuk, pelbagai warna, pelbagai corak dan pelbagai jenis permukaan sememangnya menarik perhatian untuk diterokai kanak-kanak.

Ads

Saya biarkan tetamu kecil saya mengusik ‘fridge magnet’ tetapi dengan syarat.

Dengan bahasa yang sesuai usia anak, saya tunjukkan dan terangkan bagaimana ‘fridge magnet’ itu berfungsi. Saya tunjukkan di mana magnet itu patut dilekatkan. Bagi anak yang kecil, saya letakkan magnet di tangan anak dan biarkan anak cuba lekatkan magnet tersebut. Mudah bagi tangan dewasa kita untuk melakukannya tetapi bagi tangan-tangan kecil mereka, itu adalah sesuatu yang memerlukan skil.

MEMANG PERANGAI ANAK

Anak-anak akan cabut satu persatu dan lekatkan kembali satu persatu. Pada mulanya mereka akan melekatkannya di tempat asal ia diambil tetapi apabila mereka semakin selesa, mereka akan mula melekatkankannya pada bahagian yang lain. Aktiviti Itu sudah cukup melekakan mereka.

Ads

Jika ada yang dibiarkan terjatuh, saya akan meminta agar dilekatkan kembali dan tidak dibiarkan bergelimpangan.
Begitu juga jika ada yang cuba dibawa ke ruang yang lain, saya tegaskan bahawa magnet itu tempatnya hanya di peti sejuk ini dan tidak boleh dibawa keluar dari ruang tersebut.

Anak-anak selalunya akur dengan ‘syarat’ yang saya sampaikan secara tidak langsung kepada mereka. Adakalanya magnet itu disusun dengan lebih teratur oleh tetamu kecil yang bertandang.

Ads

MENETAPKAN BATASAN (BOUNDARY SETTING)

Kanak-kanak…
Jika kita tidak ajar, mereka tidak pandai.
Jika kita tidak bimbing, mereka tidak tahu .
Jika kita tidak latih, mereka tidak cekap.
Jika kita tidak tetapkan batasan, mereka tidak keruan.

Kanak-kanak memerlukan batasan ataupun ‘boundary’.
‘Boundary setting’ sangat penting supaya penerokaan mereka tidak membahayakan mereka, tidak mengganggu orang lain di sekeliling mereka dan tidak merosakkan harta benda.

KANAK-KANAK SIFATNYA TIDAK BERPUTUS ASA.

Selagi mereka tidak mencapai apa yang dihajati, selagi itulah mereka akan terus mencuba.
Itulah sebabnya semakin dilarang, semakin mereka buat kerana misi mereka belum selesai.
Larangan dan tegahan perlu disusuli dengan bimbingan dan latihan oleh orang dewasa.

Terangkan kepada mereka apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Jangan memandang rendah keupayaan mereka untuk faham.
Sediakan persekitaran dan batasan yang sesuai dan selamat untuk mereka teroka supaya mereka dapat menguasai skil dan juga supaya misi mereka tercapai.
Kadang-kadang kita mengharapkan agar anak berkelakuan baik sedangkan kita tidak cukup melatih mereka untuk berkelakuan baik.

PRACTICE MAKES PROGRESS.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI