Sejak PKP Suami Simpan RM5, RM20, Niatkan Kongsi Rezeki Dengan Isteri

Sebelum ini, BroOhsem, Akhtar Syamir pernah berkongsi bagaimana dia sebagai suami dengan rela hati memberi kad debit bank kepada isteri. Kali ini, suami ini berkongsi pula simpanan yang disiapkan khas untuk isteri sepanjang PKP ini.

Kerana, dia tahu yang isterinya suka menyimpan RM5, RM20. Demi nak menggembirakan hati isteri.. Akhtar pun sama-sama ‘support’ minat isteri itu. Kadang-kadang segaja tukarkan duit kepada RM5. Nanti bolehlah beri pada isteri.

Eh! Ada Duit RM5 La..

Baby, ada 2 ringgit tak? Nak bayar ikan pekasam nanti, RM12 je. Sayang order dengan kawan.” Tanya isteri saya Nora Azni semalam.
Ambil dalam dompet I“, jawab saya ringkas.
Eh, ade duit 5 ringgit la.”
Ambillah, memang I tukarkan kat mamak pagi tadi, I tahu U kumpul duit 5 ringgit
Tapi I kumpul duit RM20 jugak
Ambillah, ade sekeping tu, simpan elok-elok
2 ringgit ni I ambil jugak tau, nak bayar ikan pekasam
Ye, ambillah. Rasa macam kena rompak dah ni. Hahahaha..”

Itulah yang berlaku semalam. Dalam hati saya bersyukur kerana dapat beri isteri saya simpan.

Sejak PKP bermula dan kerajaan umumkan dapat penangguhan bayaran ansuran rumah dan kereta, saya mula bahagikan 3 duit gaji saya.

Asalnya saya rancang untuk fokus pada bayar balik hutang jahat seperti hutang kad kredit. Tetapi saya ambil keputusan untuk bahagi 3.
1 bahagian untuk bayar hutang jahat.
1 bahagian untuk kegunaan saya, bayar bil dan keperluan rumah.
1 bahagian lagi untuk isteri.

IKLAN

Niatkan Nak Belikan Isteri Emas

Bila buat macam ni, bukan sahaja isteri saya yang rasa seronok, tapi saya yang rasa lagi seronok. Hidup saya rasa lebih gembira, rezeki alhamdulillah semakin ada. Hati saya pun lebih tenang.

Lepas tu saya perasan dia ada simpan duit RM5 dari awal tahun lagi. Sengaja saya tukarkan RM5 bila ada kesempatan semasa keluar kerja atau pulang dari kerja. Selalu saya yang akan ingatkan supaya ambil RM5 dalam dompet.

Selepas itu saya buat pula simpanan GOAL guna maybank2u.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158135561045490&id=633435489

IKLAN

Sasaran saya ialah RM550 dalam masa 6 bulan lagi. Saya nak belikan dia emas untuk dia pakai dan simpan. Ini tak campur simpanan RM5 dan RM20 dia lagi.

Saya perasan. Semakin banyak saya beri padanya, semakin banyak saya dilimpahi rezeki.
Sekarang, setiap kali keluar ke kedai, saya akan sengaja bayar dengan duit besar supaya ada kebarangkalian akan dapat RM5.

Sejak PKP Suami Simpan RM5, RM20, Niatkan Kongsi Rezeki Dengan Isteri

IKLAN

Suami Menahan Nafkah Isteri, Rezekinya Tertahan-tahan

Janganlah kedekut dengan isteri. Percayalah, didalam rezeki kita, ada rezeki isteri juga. Kalau kita menahan-nahan nafkah isteri, rezeki kita juga akan tertahan-tahan.

Ramai yang ingat, nafkah isteri itu hanya menyediakan makan dan tempat tinggal sahaja. Salah tu. Itu adalah tanggungjawab. Nafkah ini ialah duit untuk menjadi hak multak isteri. Terpulang kepada dia nak buat apa. Jangan pula kita dah beri dan mengharapkan dia beli barang dapur dengan duit itu pula. Salah jugak tu.

Semoga dapat mencetus idea dan merungkai kekeliruan. Siapa geng simpan RM5.

MW : Bagus kiranya suami faham dan sokong minat isteri dalam bab menyimpan duit ini. Makin berbunga-bungalah hati isteri dilimpahi rasa bahagia dalam rumah tangga.

*Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis, Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi : http://t.me/broohsemfans , BroOhsem

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI