‘Sejak Kecil Memasak Untuk Keluarga’ Ada Sebab Lelaki Ini Rajin Ke Dapur

Share

Dalam grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, setiap perkongsian Mohd Shafiq ini pasti mendapat respons yang tinggi daripada ahli grupnya. Lagi-lagi perkongsian video masakan yang tersengih, tersenyum sepanjang durasi rakaman memasak.

Ramai yang terhibur dengan gelagat anak muda ini. Iya, bukan mudah untuk memasak, sambil tersenyum memanjang gitu. Sedangkan, ada waktunya kita yang mak-mak ini pun ada emosi turun naiknya.

Tertarik dengan perkongsian Mohd Shafiq, Mingguan Wanita terpanggil untuk menghubunginya. Rupanya, si sebalik gaya santainya yang gemar berkongsi video masakan itu, Mohd Shafiq atau nama sebenarnya, Mohd Shafiq Bin Zulkarnain merupakan Pegawai Forensik DNA.

Haa.. bukan calang-calang kerjaya ya. Tugasannya itu memerlukan dia perlu menganalisis DNA profiling.

Namun, siapa yang mendorong anak muda ini sehingga begitu handal dalam dunia masakan ini. Macam-macam jenis masakan dah dikongsi, termasuklah tip-tip berguna yang boleh diikuti baik di instagram miliknya.

Arwah Ayah Sakit, Mak Perlu Bekerja

Ibu yang banyak memberi galakan pada anak lelakinya memasak di dapur.

Saya meminati masak memasak apa jua menu. Minat memasak itu datang sejak kecil lagi. Time tu, arwah ayah sakit. Emak perlu bekerja.

Mak dah ajar saya. Masak sikit, sebab bulan puasa.
Mak dah sediakan bahan-bahan, saya cuma memasak je.” terangnya kepada Mingguan Wanita.

Dan, akuinya masakan pertama yang pernah dimasak olehnya adalah kari ayam.

Saya ingat lagi. Mak puji masakan saya lepas mak balik kerja jam 12 malam untuk makan. Sejak itu saya belajar.” Malah, bila tiba hari raya, Mohd Shafiq juga menyediakan juadah kuih raya untuk mereka sekeluarga. Dan rutin sebegitu diteruskan sehinggalah ke hari ini.

Bagus ibunya, Noraiti Buang kerana mendidik anak lelaki pandai buat kerja rumah sejak dari kecil lagi. Mohd Shafiq ini anak kedua daripada enam beradik.

Akui Shafiq, ibunya selalu memberi galakan untuknya. Lagi-lagi dia sedar yang ibunya bekerja. Suka atau tidak, kenalah dia memasak sendiri di rumah. Dalam masa yang sama menjaga adik-adiknya.

Bila dah duduk rumah, mak tak ada.. lagilah macam-macam cuba dengan apa saja benda barang ada kat rumah tu.” kongsinya mengimbas memori zaman kanak-kanak.

Saya Rela Habiskan Masa Dengan Memasak

Tuntutan kerjaya, memungkinkan dia perlu tinggal berjauhan daripada keluarga. Namun, tidak memadamkan minat memasak dalam dirinya.

Kadang-kadang lepas balik kerja pun saya memasak. Saya masak untuk buat content media sosial saya dan juga review daripada orang ramai.”

Katanya lagi, “Saya stress saya suka masak. Saya rela habiskan masa dengan memasak. Lagi-lagi PKP macam ni. Ada je nak buat.

Bila saya stress atau bosan, saya akan memasak.” Baginya kemahiran memasaknya itu diperoleh daripada ibunya dan usaha sendiri. Malah, dia juga tak pernah masuk mana-mana kelas masakan.

Biasanya saya akan study sendiri dan ubah suai ikut keperluan saya. Cuba jadi kreatif dengan gunakan bahan apa yang ada dekat rumah. Asal boleh je. Tu cara saya.”

Cara masak cepat, mudah setiap hari buat mak-mak yang superbusy, 5 minit siap.

Pantang Nampak Kamera, Mesti Nak Senyum

Mohd Shafiq bersama adiknya.

Selain gambar candid, hampir kesemua gambar-gambar Mohd Shafiq dalam keadaan tersenyum. “Tak penat ke senyum memanjang.” Antara komentar yang pernah diterimanya di media sosial.

Saya suka selfie. Pantang nampak kamera, saya mesti nak senyum. Termasuklah video. Then kenyit-kenyit.” Haa.. jelas kan. Bukan dibuat-buat iya.

Itu memang sifat semula jadi anak muda usia 20-an dan masih bujang ini.

MW : Bolehlah beri galakan pada anak-anak lelaki agar suka memasak. Sekurang-kurangnya dapat mudahkan kerja mak apabila tak dapat turun ke dapur.

Sumber/Foto : Mohd Shafiq

Published by
Netty Ah Hiyer