“Sejak Kecil Mak Selalu Mengingatkan Mengenai Zakat”. Siti Nurhaliza penyumbang zakat tertinggi kategori penyanyi. Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan penyanyi terkemuka tanahair, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan penyumbang zakat tertinggi dalam kalangan penyanyi.
Seperti mana yang dilaporkan, ibu kepada dua cahaya mata itu adalah pembayar zakat tertinggi di LZS.
Kenyatan itu dikongsikan seorang moderator ketika mengendalikan forum berjudul Bizjihad baru-baru ini.
“Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih tepat kategori penyanyi, saya boleh katakan Siti adalah pembayar tertinggi zakat di LZS.
“Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Siti.
“Beliau dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya,” luah moderator tersebut seperti mana dilaporkan Berita Harian.
Malah Siti juga dilaporkan mula membayar zakat di LZS sejak 2019.
“Sejak mula aktif menyanyi sehingga tahun 2019 saya membuat pembayaran zakat di Pahang. Kemudian selepas berkahwin saya bayar zakat di LZS sehingga hari ini.
“Saya ini boleh dikatakan insan bertuah sebab sejak kecil mak selalu mengingatkan saya mengenai zakat.
“Selagi bernyawa, apa yang boleh saya teruskan (bayar zakat), saya akan cuba laksanakan. Lagipun dalam Rukun Islam kita perlu memenuhi kewajipan ini.
“Saya percaya zakat juga menyucikan semula harta-harta yang kita miliki. Saya sentiasa nak jadi orang yang dapat meringankan beban orang lain.
“Membayar zakat ini memang sudah diingatkan dari kecil lagi sehinggakan setiap pendapatan yang diterima, saya akan buat potongan awal sebelum membayar komitmen lain.
“Bagi saya, ini adalah tanggungjawab setiap umat Islam dan syarikat. Jika kita nak harta kita bersih daripada perkara yang tidak diingini kita kena selalu ingat untuk berzakat,” kongsi Siti.
Menarik Disini : Siti Nurhaliza Hulur Bantuan “Ya Allah, Tak Terkata. Semoga Allah Permudahkan & Lindungi Mangsa Banjir Ini”
Siti Nurhaliza Ringankan Beban Keluarga Punya Anak Kecil “Hari Ini Kita Terus Kuat Bersatu”
Sumber : Berita Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.