Tidak dinafikan ramai mengambil ringan akan ilmu pengurusan jenazah hinggalah ada kematian ahli keluarga, barulah mula mengelabah. Bila tiada ilmu di dada dan langsung tidak mempedulikan bab uruskan jenzah, maka terpaksalah menggunakan khidmat orang luar untuk menguruskan jenazah keluarga kita.
Sebaliknya, tahukah mak, ayah adalah lebih afdal apabila kita menguruskan sendiri jenazah keluarga kita daripada mengharapkan orang lain. Sekurang-kurangnya ambil tahu kerana kematian itu pasti.
Malah agak menyedihkan, jarang-jarang dalam masyarakat kita mak, ayah benarkan anak-anak yang sudah remaja belajar menguruskan jenazah kerana bimbang dengan perkara tak masuk akal seperti badi.
Oleh itu, sikap remaja berusia 14 tahun ini mempelajari cara menguruskan jenazah harus dipuji, barulah tak tertipu bila mengadap kematian kelak.
Ikuti perkongsian skuad_pengurusan_jenazah_malay ini :
Berita daripada Skuad Gabungan SPJM (Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia)
Saya hendak kongsikan sedikit tentang adik yang ada di dalam gambar ini… Nama adik yang membantu kafankan jenazah ke-237, namanya Muhammad Syazrol bin Zamri… Berusia 14 tahun dan belajar di Mahad Tahfiz Darul Hafidzin di Rantau Panjang, Klang…
Beliau adalah anak lelaki kepada Puan Ema, salah seorang dari unit bilal jenazah muslimah UKVJ (Unit Khas Van Jenazah). Adik Syazrol ini berminat untuk mendalami ilmu tentang pengurusan jenazah…
Biarpun baru berusia 14 tahun keberanian yang ditunjukkan bersama minat jelas terpancar sewaktu menguruskan jenazah pagi tadi… Dari apa yang saya amati…
Sepanjang memandikan jenazah hingga proses kafan adik ini tidak menunjukkan tanda tanda takut berdepan dengan jenazah di depan mata.. Saya boleh katakan semangat yang ada pada beliau bukan biasa-biasa…
Tenang seperti sudah biasa menguruskan jenazah… Sewaktu melakukan proses mandi dan kafan… Adik Syazrol diajar dan dilatih oleh Encik Fazlee yang juga Ketua Bilal (2) Muslimin UKVJ bersama Encik Yusof Ketua Bilal (1) Jenazah Muslimin UKVJ…
Saya juga dapat lihat adik ini mudah dan selesa memahami cara penerangan yang dibuat oleh En Fazlee… Padat tetapi bersahaja… Tiada tekanan yang boleh dilihat ketika penerangan dibuat sambil menguruskan jenazah dari mula hingga selesai jenazah di sempurnakan…
Teknik yang sama itu digunakan oleh En Fazlee sewaktu mengajar ahli-ahli baru di dalam UKVJ… Sedikit demi sedikit minat untuk mengurus jenazah itu timbul secara sendiri…
Selembut-lembut cara digunakan oleh En Fazlee sewaktu memandikan jenazah… Sekemas-kemasnya jenazah akan di kafankan… Dua perkara penting ini menjadi keutamaan semua Ketua Bilal sewaktu melatih pelapis baru.
Kebiasaanya proses pembelajaran akan di kongsikan berulang-ulang kepada pelapis kami sewaktu menguruskan jenazah. Ini juga bermaksud proses untuk ahli baru belajar tentang cara menguruskan jenazah secara teori dan amali apabila jenazah ada di depan mata…
Ahli kami tidak dilatih cara mandi dan kafan jenazah menggunakan patung atau orang yang masih hidup… Terus sahaja kursus menggunakan jenazah di depan mata.. Waktu urus jenazah waktu itulah kami belajar…
Teknik ini lebih cepat untuk di fahami… Ketika itu juga kami boleh tahu kekuatan mental masing- masing sama ada boleh urus jenazah atau tidak… Dengan cara itu jugalah sebenarnya banyak pelapis-pelapis baru dapat dilahirkan dalam unit khas van jenazah (UKVJ).
Paling penting pelapis baru yang dapat dilahirkan datangnya dari kalangan anak-anak muda…
Berbalik kepada adik Syazrol tadi… Buat masa ini beliau antara pelapis yang paling muda di dalam UKVJ. Bakat yang ada pada adik ini sedang cuba digilap oleh kedua-dua Ketua Bilal Muslimin kami.
Memang benar tidak semua ibu,bapa akan benarkan anak-anak mereka belajar cara menguruskan jenazah… Maaf kata… Kadang-kadang pemikiran orang melayu kita agak kolot…
Bila sebut tentang melibatkan jenazah pasti perkataan badi atau perkara bukan-bukan akan difikirkan. Walhal ilmu pengurusan jenazah ini sebenarnya sangat penting… Setiap kali saya menulis… Setiap kali saya buat live facebook…
Sebenarnya saya hendak anda belajar… Belajar ilmu cara menguruskan jenazah… Belajar untuk tidak takut ketika menguruskan jenazah bila ada kematian melibatkan ahli keluarga sendiri.
Belajar untuk tidak ditipu oleh mereka mereka di luar sana yang mengambil kesempatan hanya kerana anda tidak tahu cara untuk menguruskan kematian…
Paling penting anda perlu ingat, jangan mudah termakan dengan kata-kata individu yang baik perwatakannya bila menawar khidmat untuk menguruskan jenazah ahli keluarga anda… Jangan hanya mengikut kata seperti lembu di cucuk hidung…
Di suruh bayar beribu hanya mengikut tanpa bertanya semula kenapa harga yang di tetapkan mahal tidak terkata… Jadilah waris yang bijak membuat keputusan bila berlaku kematian.
Banyakkan bertanya… Rajin-rajinlah membaca. Ingat, ilmu tidak datang sendiri kepada kita. Ilmu itu perlu kita cari… Untuk dapat ilmu kita perlu belajar…
Belajar dan rajin membaca.. Tetapi mesti lah ada gurunya sekali.. Baru ilmu yang kita dapat itu lebih tepat dan akan bermanfaat.. Share jika suka dengan penulisan saya ini!
Sumber: skuad_pengurusan_jenazah_malay
MW: Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada mak, ayah seterusnya membenarkan serta menggalakkan anak-anak untuk mendalami ilmu pengurusan jenazah. Lupakan tentang tanggapan orang yang lapuk sebaliknya berusaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Insyallah.