Sejahat, Sejahil Mana Pun, Tinggalkan Kebaikan Supaya Orang Sebut & Ingat Bila TIADA

Share

Tinggalkan kebaikan supaya diingati. Media sosial umpama satu tempat yang wajib kita memerhati, luah dan komen kepada sesiapa saja, baik kita kenali mahupun tak. I umpama ‘medan’ untuk mengetahui apa saja perkembangan.

Malah, media sosial juga tempat kita mengetahui, bertanya khabar kawan-kawan yang tak pernah jumpa. Jangan terkejut, kalau suatu hari nanti, kita meninggal, pasti diwar-warkan dalam media sosial ini.

Baik yang kenal atau tidak, sedikit sebanyak mesti orang perkatakan tentang diri kita. Jadi, perangai macam mana sekali pun kita, tinggalkan kebaikan untuk dikenang orang.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan ‘Seronok’ Bercerita Hal Peribadi Di Media Sosial, Ada ‘Mata Jahat’ Memerhati, Berhentilah!

Niat Mak-mak Tag Nama Suami, Bukan Tak Mampu Terima Seadanya Tapi Kalau Boleh Nak Berubah Jadi Yang Lebih Baik

Tinggalkan Kebaikan Bila Tiada

Sejahil dan buruk macam mana pun kita, sekurang-kurangnya tinggalkanlah nama yang baik atau sesuatu yang indah untuk dikenang.

Tak kaya tak apa, tak cantik tak apa. Asalkan kaya budi dan cantik bahasanya.
Tidaklah nanti jika kita dah tiada, asal sebut ja nama. Orang terus ingat,

“Ohhh dia tu ka? Yang selalu suka cari pasai tu kan? Hurmmm… ”

“Ohhh dia tu. Kenai-kenai. Tapi takla kenai mana sangat cuma tau la selalu nampak keluaq nama dia sana-sini. Serba serbi tak kena.”

Dunia hari ni, dunia teknologi. Semua di hujung jari. Selagi mana kita boleh behave jari kita, behave lah.

Tak rugi pun, kalau kita tak ambik tahu atau tak campur tangan hal yang tidak berkaitan dan bukan hal kita.

Betul, aku pernah baca ada yang kata jangan menilai seseorang melalui tulisannya.

Tak boleh katanya, sebab dunia hari ni dunia tipu-tipu. Ramai orang yang pura-pura menulis kebaikan sedang diri sendiri tidak melakukannya. Itu salah katanya.

Jadi tidak adil kita judge seseorang itu buruk semata-mata menilai melalui penulisannya. Sedangkan in real hati mereka ini baik, kata mereka lah. Allahualam. Nak kata pun tak kena.

Orang Akan Menilai

Ada juga terbaca, lisan/tulisan itu selalunya gambaran hati seseorang. Terpulang pada penilaian masing-masing. Apa-apa pun satu perkara yang kita kena ingat.

Ingat sungguh-sungguh,

Kita takkan mampu kawal jari orang. Tapi kita boleh kawal jari kita kan? Itu sebabnya behave dari awal.

Elaklah selagi boleh. Dunia hari ini dunia tanpa batasan. Terlajak perahu boleh undur. Terlajak perbuatan/penulisan, jauh perginya uii. Kadang tu tak tercapai dek akal. Kadang pula melangkaui batasan kemanusiaan.

Masa tu, kemurungan yang teruk bagi yang tak bersedia dan tak kuat nak hadap. Tapi bergumbiralah bagi yang memang mengharapkan nak ‘pergi jauh’ sebegitu. Pesta lah apa lagi, viral kan? Yesss!

Dalam keseronokan berpesta tu, hati-hatilah menaip setiap bait-bait huruf.

Bukan apa, risau kita menjerumuskan aib suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, adik beradik mahupun ahli keluarga yang lain. Lainlah kita ni sebatang kera, ehh sebatang kara ja di dunia ni.

Pesanan untuk diri aku jugak.

Aku pun kadang tak lari dari sifat pelupa dan lalai.
Sama-sama kita beringat.

Mingguan Wanita : Tak perlu nak tunjuk kita hebat, kita bagus dan terbaik, hakikatnya orang menilai kita. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Hidup sederhana dan biasa-biasa saja.

Sumber: Firda Ashaary

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora