Bila dah jadi satu keluarga, perkara utama yang perlu dijaga ipar duai adalah hubungan baik sesama mereka kekal terpelihara. Paling indah, sampai ke akhir hayat hati kekal bertaut dan tiada masam muka.
Inilah cantiknya hubungan ipar duai antara Hijab Stylist, Azlia Idha dengan adik iparnya, Allahyarham Ahmad Saif-elisham yang kembali ke rahmatullah sehari selepas hari lahirnya yang ke 33 tahun.
Adik iparnya itu seorang yang baik hati malah sentiasa menyenangkan hati. Bukan saja kakak iparnya, sesiapa saja yang ada di sekelilingnya akan terkesan dengan kebaikan akhlak lelaki ini.
Bila dikhabarkan adik iparnya yang baik itu meninggal dunia di Masjid pada Subuh 15 November lalu, hati kakak iparnya ini luluh. Empangan air mata tak dapat lagi ditahan tahan. Pecah!
Orangnya suka tersenyum, tak pernah saya tengok beliau marah. Saya selalu tanya “Ko tak pernah marah orang ek? Cool je
.”Orangnya sangat menyenangkan, suka membantu memudahkan urusan orang lain.
Nak cakap buruk tentang orang lain, memang jauh sekali.
Solat dijaga, dia tak pernah nasihat suruh orang solat. Dia suka ajak “Jom jemaah sekali.” Halus sekali dakwahnya.
Dia tak pernah judge orang. Jahat ke baik. Solat ke tak. Kaya ke sederhana; semua dia layan sama rata.
Kalau balik rumah kami, beliau suka keluar ke masjid lama-lama. Bila saya tanya kenapa pada adik; beliau kata nak bagi masa saya dan Erin (adik ipar) boleh selesa bukak tudung kat rumah.. Allah tak pernah terfikir langsung.. tapi itulah Ahmad.
Banyak lagi perbuatannya yang sangat consider orang lain.
Dan banyak kenangan saya dengan Ahmad.
Orang lain nampak kami sebagai hubungan ipar sahaja. Tapi kami closed macam adik beradik, rakan bisnes dan sahabat yang sentiasa membantu.
Jujurnya, saya sangat gembira adik saya berkahwin dengan orang seperti Ahmad. Beliau selalu risau sebab saya hidup seorang diri (sebelum kahwin, saya dan Allia buat bisnes dan tinggal bersama). Sebenarnya saya tak rasa keseorangan pun sebab adik & Ahmad sentiasa berjumpa keep in touch.
Baiknya Ahmad sampai kami selalu bergurau saya kata dia, “Ahmad, kalau ko meninggal mesti ko masuk syurga Mad..ko baik sangat.
”“Aku rasa ko ni ahli syurga la Mad..sebab ko suka tolong orang.” Ahmad akan ketawa gembira.
Tenanglah kau di sana duhai adikku Ahmad Saif-elislam. Terima kasih selalu teman dan support segala apa yang Kakngah buat. Terima kasih jaga dan jadi suami Allia dengan baik sekali.
‘Dah takde dah orang nak jadi barista buat kopi untuk aku, Mad.. Kita kan hantu kopi.’
Aku sentiasa doakan syurga balasan untukmu.. moga doa aku makbul dan aku percaya engkau salah seorang ahli syurga. Kebaikan kau menjentik hati kami semua.
Kau sentiasa hargai orang lain dan jaga hubungan dengan Allah. Indahnya pengakhiran hidup kau di tempat yang kau selalu pergi; rumah Allah.
Mulianya kau solat jenazah sampai 2 kali. Ramai orang datang semua menceritakan kebaikan kau. Muka kau macam tengah tidur je Mad.
Ini doa kakak untuk adiknya yang baru saja kehilangan suami tercinta. “Tabahkan dirimu Allia Idha. Aku selalu ada untukmu sampai bila-bila. Kita hadap benda ni sama-sama ya?
“Mohon doakan kekuatan Allia, keluarga Ahmad dan keluarga kami semua untuk menghadapi dugaan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang datang semalam.”
Alfatihah buat Ahmad.
Kau selalu teman aku, Ahmad..
Kau selalu tolong masa aku susah..
Kau & Allia tahu segala yang aku tanggung.. Naik turun hidup aku..
tapi Kau tak pernah pandang rendah dekat aku..
Kau sentiasa bagi semangat & kau percaya dengan potensi aku..
Kau anggap aku macam kakak sendiri walaupun aku sedar aku taklah baik mana.. Semalam aku berkesempatan temankan kau, Mad. Aku berkesempatan solat jenazah untuk kau.
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan @thesaifulislammalek untuk kami. Masukkanlah beliau ke dalam syurgaMu.
Mohon sedekahkan alfatihah buat adik ipar kami sempena jumaat (ketika catatan ini ditulis) yang mulia ini.
Moga doa kalian dibalas dengan sebaik-baik balasan. Amin.
Sumber/Foto : Azlia Idha