Bila jadi ibu, anak makin membesar dan boleh tahan lasaknya. Dari perwatakan ibu yang lembut boleh bertukar segarang-garang mak. Mesti akan keluar ‘suara tarzan’ atau ‘suara singa’nya.

Peliknya, segarang-garang mak, anak tak pernah pulak serik, mesti dia datang tersengih-sengih dan lupa apa yang maknya marah tadi. Beza sungguh kalau ayahnya yang marah.

Begitulah, dalam lembut mak ada garangnya. Malah, segarang-garang mak bila dah berlaku mulalah rasa menyesal dan sedih tengok wajah anak.

Sebab itu, anak jangan sesekali buat tak tahu, kalau mak minta tolong terus buat. Kalau lambat dan buat-buat lupa, mendapatlah nanti.

Apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini memang begitulah sifat seorang ibu. Ada masa dia lembut dan ada masa garang.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak TANTRUM Untuk Tarik Perhatian, Mak Ayah Jangan MUDAH KASIHAN, Inilah Cara Mendidiknya

Ads

Sikap Mak Ayah Bertukar Jadi Garang Sebenarnya Sebab Dia LUPA 4 Perkara Ini

Info Lebih Menarik DI SINI

Segarang-garang Mak, Ada Lembutnya

Isteri. Dalam lembut ada garangnya.

Jangan di sangka air yang tenang tak ada piranha. Sekali ngap, semua diam.

Ads
1. Anak nak makan, lembut je siapkan makanan, panggil anak makan, kadang siap suap guna tangan lagi.
2. Tapi masa makan jangan la berlari-lari, gerak kaki sikit je memang keluar la suara jantan.
3. Tu belum lagi kalau makan tumpah, memang bebel non stop la sampai bersih.
4. Time belajar pun sama. Masa panggil anak belajar lembut je. “Kakak mari sini mama nak ajar”
5. Sekali kalau tersilap jawab, dengan meja meja kena lepuk, bergegau meja tu.
6. Jangan la main-main masa belajar, silap sikit buku boleh terbang. Adui..
7. Bukan anak je kena, laki pun selalu kena.
8. Baju dah siap lipat, susun cantik jangan la pungah memang kena basuh kaw kaw.
9. Kadang time ambil baju tu bergalih sikit susunan, saya dah betulkan pun. Itu pun dia perasan lagi baju dah bergalih. Aduhai..
10. Kita selalu dengar orang cakap jangan jadi pembaris lurus sangat tapi dengan isteri memang kena jadi pembaris. Salah kemas katil pun kena marah.

Kadang lembut, kadang garang.

Lembutnya itu sifat semulajadi wanita, garang pula sifat semulajadi bila dah jadi ibu.

Garang mana pun ibu tetap jadi pujaan hati setiap anak. Sungguh!

Mingguan Wanita : Memang betul pun terutamanya bab-bab susunan baju tu, mesti tetap tak kena di mata isteri. Bertabahlah suami.

Ads

Sumber: Mohd Fhais Salim

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI