Demi perkembangan dan masa depan anak istimewanya, anggota KRU, Edry Abdul Halim, 42, bakal membawa keluarganya memulakan hidup baharu di Eropah bagi membolehkan anak ketiganya yang menghidap autisme menerima pendidikan terbaik.
Katanya, perkara itu sudah dibincangkan dengan seluruh ahli keluarga selepas Emery yang bakal mencecah usia 10 tahun masih belum boleh bertutur dan ia dilakukan untuk membantu perkembangan anaknya itu.
“Selama ini, kerja saya mengajar orang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak saya tumpukan perhatian penuh kepada anak istimewa sendiri. Demi masa depannya, kami sekeluarga sedia berhijrah, mungkin untuk setahun dua dahulu.
“Saya dan isteri belum putuskan lagi lokasinya, tetapi di Eropah. Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap.
“Sepatutnya kami bertolak bulan depan, sehari selepas Konsert Gergasi KRU 25. Disebabkan puasa dan raya sudah dekat, kami tangguhkan pemergian selepas Aidilfitri,” katanya.
Ads
Terdahulu, pada acara sama, KRU yang turut anggotai dua abangnya, Datuk Norman dan Yusry membuat pengumuman untuk membubarkan kumpulan itu secara rasmi pada hari terakhir konsert iaitu 6 Mei ini.
Persembahan mega selama tiga malam sempena ulang tahun ke-25 penubuhan KRU akan diadakan di Istana Budaya turut menjadi konsert selamat tinggal mereka.
Ads
Edry berkata, mereka sepakat bersara kerana sudah tiada apa lagi yang mahu dikejar, selain ingin menumpukan perhatian terhadap komitmen masing-masing.
Ads
“Kami tidak pernah merancang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada nyanyian selepas 25 tahun bersama, tetapi sudah tiba masanya kami berundur. Saya sendiri ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarga terutama Emery.
“Dari segi bisnes, kami tetap usahakan bersama-sama dengan bantuan teknologi. Segala tugasan penerbitan dan sebagainya akan tetap diteruskan seperti biasa. Terima kasih kepada semua yang menyokong KRU sejak 25 tahun lalu,” kata bapa kepada empat cahaya mata Emil Edry,18 Edylia Edry,15 dan Emery Edry,10, dan Elya Edry,8.
Selamat berhijrah ke luar negara Edry dan keluarga, semoga segala perancangan untuk anak dipermudahkan dan berjalan dengan sempurna.
Bila anak susah makan, apalagi memilih bab makan. Bukan mak saja susah hati. Satu rumah boleh huru hara sebab terlalu risau anak kecil yang lebih rela kunci mulut daripada membenarkan makanan masuk ke mulutnya.
Bukan tak usaha macam-macam, vitamin penambah seleralah, bangun pagi-pagi semata-mata nak buat makanan yang mak jumpa dalam internet yang dikongsi netizenlah. Semua caralah dah usaha. Tetap juga dia tak nak buka mulut bila sampai masa makan. Ya ampun! Mak pun stres sampai mengalir-ngalir air mata.
Dalam Eat.Love.Oilpenulis ini berkongs cara bagaimana dirinya membantu anak kecilnya, Ubaidah yang begitu memilih makanan. Boleh dijadikan panduan mak-mak, mana tahu cara yang dikongsikan ini berkesan.
Anak Picky Eater
Apa yang saya nak kongsi ni is based on my own experience dengan anak saya, Ubaidah. Dia memang seorang yang sangat memilih makan sejak umurnya dalam setahun setengah ke dua tahun gitu. Macam-macam cara saya dah cuba dan dengan ramai orang yang saya dah tanya untuk belajar macam mana nak tackle isu pemakanan dia ni.
Apa yang saya nak kongsikan ni ialah apa yang saya belajar dari En Daniel Zain dan isteri beliau melalui kelas mereka Autism Action with Daniel & Maryam (note: post ini untuk semua bukan hanya untuk special needs kids ya). Selain itu, perkongsian dari Pn Intan Nornie Sheika atau lebih mesra dengan panggilan tibu juga banyak menolong.
Okey. So first and foremost, sebelum kita masuk bab picky eater ni, kita as parents kena jelas dulu, antara makanan yang ‘real food’ dan ‘processed food’. Ramai orang yang keliru dan tak tau makanan yang anak-anak mereka makan hari-hari adalah sebenarnya porcessed food dan bukan real food.
Contoh paling mudah untuk kekeliruan ni ialah susu. Ramai tak dapat bezakan antara susu segar (fresh milk) dengan susu UHT. Ramai tanya saya macam mana nak tau susu segar tu yang mana?
Sebab tu, benda utama yang kita kena buat bila membeli groceries, BACA LABEL. Susu segar, bahan-bahannya hanyalah susu manakala susu UHT dan ada campuran macam-macam.
Penting sangat baca label ni, sebab tu Puan Ainini Zainal pun selalu tekankan. Bila kita tahu apa kandungan makanan yang kita beli untuk anak-anak, kita akan jadi lebih aware dan secara tak langsung lebih berhati-hati memilih. Kalau nampak ingredients yang kita sendiri tak boleh sebut, yang kita sendiri tak tau apa tu, mohon berhati-hati and better yet, jangan lah beli.
Biasanya, punca utama anak-anak jadi picky eater sebab terbiasa dengan processed food macam roti, biskut, air susu berperisa dan lain-lain.
So, untuk permulaan. Berhenti beli processed food. Berhenti simpan stok processed food di rumah.
Mula-mula dengar memang rasa gerun. Whattt, habis tu tak makan la anakku nanti? habis nak makan apa?
Selepas Berhenti Beli Processed Food, Mak Kena Mulakan Langkah Ini
Jadi nak beli apa?
Start stocking up your pantry with real food. Makanan yang tumbuh dari tanah, yang bukan terhasil dari kilang. Buah, sayur, nasi, ubi-ubian.
Bagi makan variety of food supaya complete nutrisi yang diperlukan badan.
Contoh menu:
Breakfast Nasi lemak dengan telur sebijik dan timun
Snek pagi Pisang sebijik
Lunch Nasi putih + sup sayur + ikan goreng Buah tembikai
Snek petang Keledek bakar
Dinner Nasi putih + sup sayur + ikan goreng
Supper Fresh milk
Mula-mula memang mencabar. Anak mula-mula tengok takde biskut, takde roti, diorang takkan terus nak makan nasi punya. Diorang akan memberontak. Akan menangis. Tantrum. Mogok lapar. Yesss. They will do all that.
At this point, parents hati kene kental kene kuat. Jangan kalah dengan tangisan anak. Sebab, YOU KNOW WHAT IS BEST FOR THEM. Kalau sekali nangis terus bagi coklat, selama-lamanya anak-anak akan mengangis untuk mintak coklat sebab diorang tau kalau nangis dapat.
3 Cara Ikut Situasi Bantu Anak Makan
Ada 3 cara yang kita boleh guna, depends pada situasi:
1. Makan Atau Lapar
Tak perlu marah-marah anak. Kalau diorang minta makan. Bagi nasi atau apa-apa yang dah disediakan letak dalam pinggan sikit. Kalau diorang tak nak takpe. Tapi jangan offer balik benda processed food. Nanti diorang minta, bagi lagi benda sama. Tantrum tahan je. Lama-lama anak-anak akan dapat mesej dan makan. Manusia ada survival mode dalam diri kita dan bila dah betul-betul lapar dan takde pilihan, memang boleh je makan sebenarnya. Cuma tak perlu paksa, buat dengan tenang. Saya guna method ni mula-mula sekali untuk Ubaidah. By petang, habis 2 pinggan nasik goreng ada carrot!
2. Masak Sama-sama
Libatkan anak-anak dalam proses memasak. Bagi can anak potong sayur, pegang ayam, basuh ikan. With supervision of course. Sambil masak sambil cerita kebaikan sayur. Kesedapan ikan. Diorang akan lebih tertarik untuk makan. Lepas Ubaidah dah makin terbuka untuk makan, memang saya selalu ajak dia untuk kopek bawang, potong sayur untuk kekalkan momentum tu. Selain tu, aktivit ni akan stimulate sensory mereka dan manghaluskan lagi motor skill mereka.
3. Play With Food!
Bukan suruh main baling-baling. Tapi buat makanan tu nampak menarik. Presentation yang creative. Nugget bentuk star contohnya. Lepas tu, bagi anak-anak makan sendiri. Don’t freak out sebab bersepah. Give them a chance to explore. Macam Ubaidah, makan perlu duduk dan itu mencabar untuk dia yang memang memerlukan banyak aktiviti proprioseptif. Jadi, masa awal-awal dulu, saya bagitau dia makan 2 sudu lepas tu pergi main.
Nanti datang balik. Dan yes, habis sepinggan nasi. Once dah setel hal makan, pelan2 tackle proprio dia dan ajar untuk duduk dan makan lepastu baru main. Untuk lebih faham tentang sensory, boleh follow ramai ot kat fb antaranya puan Siti ‘Aisyah Rozalli.
Percayalah, anak-anak ni tak nak makan bukan seban tak sedap tapi sebab tak nak rasa dulu. Once dah rasa makan, takdenye diorang nak mencari dah junk food. Besides, junk foods are addictive. So, kita kena bantu anak-anak kita untuk buang ketagihan tu.
Macam Mana Nak Mula Ni Mak-mak
Persoalan seterusnya, sebagai parents, bila dan macam mana kita nak start?
Nak terus terjah buat perubahan mendadak?
Nak buat slowly?
Jawapannya, duduk dan bincang dulu. Pastikan both of you are in the same page. Fahami yang perubahan ni untuk kebaikan anak dan bukan saja-saja nak seksa anak.
Set goals bersama-sama, what changes that you wish to see. Contoh goals untuk Ubaidah:
– habiskan sepinggan apa yang ada dalam pinggan.
– makan apa yang disediakan.
– makan sendiri guna tangan atau sudu.
– makan sampai habis baru bangun.
– faham makanan apa yang dia tak patut kan.
– learn to say no to junk food if offered.
Goals Ubaidah, ada yang dah achieved, ada yang belum, ada yang dalam proses, ada yang pelan-pelan kayuh. Yang penting, jangan putus asa.
Tips saya:
– Jangan mula masa hari raya. Anda akan stress.
– Pilih waktu yang mana anda boleh bermula sendiri di rumah. Contohnya: weekends untuk ibu bapa yang bekerja.
– Bagitahu tentang perubahan habit pemakanan ini kepada ahli keluarga lain seperti atuk dan nenek supaya mereka dapat sama-sama beri kerjasama.
Kesimpulannya Inilah..
Basically, untuk tackle anak:
1. Parents kena faham dan tau bezakan real food dan processed food. 2. Berhenti beli processed food. 3. Guna 3 mthod ni – makan atau lapar, buat sama-sama, “play with food”. 4. Bincang sesama sendiri bila nak start dan set realistic goals. 5. Muhasabah diri dan cari the missing puzzle.
Harap bermanfaat ye apa yang saya kongsikan.
Saya sendiri masih jauh perjalanan dan masih banyak yang perlu saya belajar dan explore.
Wahai suami, dengarlah pesanan berharga daripada Ustaz Ebit Lew akan cara menghargai pengorbanan isteri dan anak-anak ini. Terutama soal pemberian hadiah untuk mereka, yang setia menanti di rumah.
Suami, walau ke manapun anda pergi.. sentiasalah ingat akan insan-insan yang setia menanti di rumah. Siapa lagi kalau bukan isteri dan anak-anak. Balik rumah.. belikan sekali mereka buah tangan, hadiah. Jangan tak tahu cara inilah yang nabi ajarkan untuk para suami contohi.
Cara inilah juga yang Ustaz Ebit praktikkan untuk menghargai, mengasihi bidadari hatinya sempena ‘anniversary’ mereka. Kalau seorang ustaz yang kita maklum akan kesibukannya dengan kerja-kerja dakwah, boleh melakukan hal-hal romantis sebegini.
Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai KL terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya.
Suka sangat walau kecil kejutan buat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kasih Allah.
Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k.
Sesekali Buat Kejutan Cinta Untuk Isteri
Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka.
Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary.
Sungguh.. nak menjadikan seorang anak itu menjadi manusia, bukanlah kerja mudah untuk mak ayahnya. Banyak yang perlu dikorbankan, tapi jangan sampai mak ayah tak sedar yang anak juga berkorban untuk mak ayahnya.
Perkongsian Da’i Hamidah ini banyak benarnya. Mak ayah claim, mereka sudah mencurah segala-galanya. Mahu anak-anak iktiraf pengorbanannya. Walhal anak-anak juga ‘kehilangan’ masa dan belaian kasih sepanjang perjalanan itu.
Anak sebenarnya cuma mahukan perhatian mak ayahnya.
Pengorbanan Anak
Kita selalu berbicara soal pengorbanan ibu bapa terhadap anak. Tapi jarang kita sentuh pengorbanan anak kepada ibu bapa. Sedangkan dalam memastikan segala urusan ibu ayah selesai dengan baik.
Anak-anak lah yang banyak berkorban. Mereka terpaksa mengikut rutin harian kita yang kadang kala mereka kurang ada masa dan perhatian dari kita. Mereka anak kecil yang punya perasaan tetapi sukar untuk meluahkan perasaan melainkan hanya dengan menangis.
Lama kelamaan mereka akan senyap dan terpaksa berusaha membiasakan diri untuk menerima realiti. Realiti terpaksa berjauhan dengan ibu ayah yang punya kesibukkan tersendiri.
Oleh itu kita sebagai ibu bapa jangan sia-siakan pengorbanan mereka. Andai kita rasakan pengorbanan mereka terlalu kecil nak dibandingkan dengan pengorbanan kita yang terpaksa keluar mencari rezeki, maka kita kena renung kembali andai mereka tidak memberi kerjasama yang baik, maka sudah tentu segala kerja kita juga akan jadi berantakkan.
Pendek kata hargailah mereka, utamakan masa dengan mereka kerana mereka kian membesar dan proses itu tidak akan berulang kembali. Paling penting kita kena tahu bahawa semua anak- anak inginkan belaian kasih sayang, perhatian dan pendidikan dari kita untuk menjadikan mereka hamba yang diredhoi Allah.
Anak Menjadi Atau Tidak, Bergantung Usaha Mak Ayah Dengan IzinNya
Sungguh tanggugjawab ibu bapa terlalu besar. Anak- anak menjadi atau tidak ia bergantung dengan usaha ibu bapa dengan izin Allah dan sesungguhnya Allah Taala menilai setiap dari usaha kita.
Andai kita meletakkan matlamat kita untuk menjadikan mereka khalifah Allah yang berkualiti di atas muka bumi ini nescaya kita akan lupakan perkara remeh temeh yang lain.
Akhir kalam setiap ibu bapa akan disoal kelak tentang anak- anak yang mereka lahirkan. Semoga Allah Taala memberi kekuatan untuk kita mampu menjadi ibu bapa yang terbaik, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.
MW :Masih belum terlambat untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Terutama anak isteri.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.