Segak Berbaju Melayu Bersamping, Tengku Zafrul Pecah Tradisi Bawa Beg Kelabu

Share

Belanjawan 2021 sudah pun selesai dibentangkan kira-kira jam 6.30 petang tadi. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggalas amanat menyampaikan amanat belanjawan yang disifatkan paling penting dan mencabar dalam sejarah.

Ekoran penularan Covid-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat dan ekonomi negara.

Di sebalik melaksanakan amanat tersebut, penampilan Tengku Zafrul menarik perhatian umum. Hari ini beliau segak mengenakan baju Melayu lengkap bersamping.

Di tangannya terselit beg sampul berwarna kelabu berisi teks ucapan Belanjawan 2021. Memecahkan tradisi kebiasaan yang mana selalu teks belanjawan di bawa dalam beg bimbit berwarna hitam.

Teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 itu dibawa dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang.

Tengku Zafrul Mulakan Perjalanan Dengan Iringan Doa

Bagi mendapatkan keberkatan, perjalanan beliau dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah.

Malah, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon sama segak berbaju melayu.

Belanjawan 2021 ini pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini.

Tengku Zafrul bahagia disamping keluarga.

Sementara di instagramnya, bapa kepada empat orang anak ini memohon agar tugasannya membentangkan belanjawan buat kali pertama ini dipermudahkan.

Moga dipermudahkan.” Demikian tulisnya.

Baca sini : Ringkasan inti pati penting belanjawan 2020 khas buat wanita.

Lagi info menarik di SINI.

Sumber/Foto : Tengku Zafrul, Bernama

Published by
NETTY AH HIYER