Seeloknya baca Al-Quran di waktu pagi, nikmat seronok umpama selepas bagi sedekah. Tak percaya, mak ayah cubalah membaca Al-Quran setiap pagi sebelum atau selepas solat subuh.
Terasa nikmatnya, malah pagi mak, ayah akan dimulakan dengan perasaan lebih tenang. Barulah seronok hendak mula bekerja atau lakukan apa saja setiap hari.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri dan ketahui mengapa kita digalakkan membaca Al-Quran di waktu pagi:
Nikmat Seronok Umpama Selepas Bagi Sedekah
Jawab soalan ini dengan jujur dalam hati masing-masing, bila kali terakhir kita membaca Al-Quran dengan tenang, panjang dan tadabbur?
Rahsia orang tenang hakiki ialah baca Al-Quran. Jangan biarkan walau sehari pun hidup kita tanpa membaca Al-Quran.
Nikmat seronok lepas baca Al-Quran ni macam nikmat seronok lepas bagi sedekah. Kita rasa best dan kita rasa happy.
Kalau tak percaya, cubalah.
Seeloknya Baca Al-Quran Waktu Pagi
Bila seeloknya baca Al-Quran?
Ads
Di awal pagi. Kalau sempat sebelum solat Subuh, baca sebelum solat Subuh. Kalau tak, mesti baca selepas solat Subuh. Wajib jugak-jugak baca walaupun sedikit.
Sebab kalau kita tak dapat nak baca Al-Quran lepas solat Subuh, kita tak akan jumpa waktu yang lain dalam sehari untuk kita baca Al-Quran.
On the way nak pergi kerja, pasang la bacaan Al-Quran. Doa Al-Matsurat pun sebahagian daripanya ada ayat Al-Quran.
Pasang, dengar dan baca sama-sama. Itu jauh lebih baik daripada duk mendengar DJ sesetengah stesen radio mengarut, gelak ketawa dan membahan orang lain dengan macam-macam jenis aktiviti.
Baca Al-Quran sekarang. Amalkan setiap hari. Ia tak akan sama dengan orang lain yang baca Al-Quran untuk kita lepas kita mati.
Ads
Selamat pagi wahai pencinta Al-Quran.
Kita patut rasa gembira dan mulia bila baca Al-Quran kerana itulah kata-kata Allah SWT yang pernah juga dibaca oleh Rasulullah SAW.
Kita menyebut benda yang sama dengan apa yang mereka pernah sebut. Satu demi satu…
Allah….
hebat … hebat … #KAB – dah baca status ni, stop kejap, capai Al-Quran, baca tau
MW: Memang terasa payah untuk mulakan membaca Al-Quran, tak mengapa mak ayah mulakan hari ini. Bacalah walaupun hanya 1 mukasurat, sedikit demi sedikit dan akhirnya akan menjadi kebiasaan. Bila setiap hari membaca Al-Quran, terasa tidak lengkap bila ada hari kita tak dapat membaca Al-Quran.
Menyelusuri kehidupan figura pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas dan usahawan bernama Adam Corrie Lee Abdullah hatinya cukup cekal sebagai seorang saudara baru.
14 tahun bergelar mualaf iaitu pada tahun 2007 anak kelahiran Pulau Pinang ini menyatakan sebelum memeluk Islam dia berkeinginan untuk mengharungi kehidupan yang lebih baik.
Menerusi entri di laman Instagramnya, Adam Corrie Lee mengimbas kembali kisah 14 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.
“Saya masih ingat lagi. Pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yg lalu.
“Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (belum kembai Islam).
“Saya nekad inginkan kehidupan yang lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah, Ya Allah , sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk,” tulis Adam Corrie.
Dapat Petunjuk Dalam Mimpi
Akui suami kepada Fazima Fuad atau lebih mesra dengan panggilan Fazi dan bapa kepada Adam Fateh Lee ini, dia mendapat petunjuk dalam mimpi.
“Saya dapat petujuk dalam mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang.
“Paginya saya pergi Perkim mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
Allah Berikan Taufik & Hidayah
“Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.
“Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah dalam Islam dalm diri saya dan kita semua. Senyum selalu, selalu bersangka baik dan insyaAllah hati tenang,” sambung Adam Corrie.
Sebenarnya tak perlu tunggu bila ada duit atau bila rasa senang mahupun kaya barulah nak bersedekah. Ini kerana amalan bersedekah, membantu orang lain dalam kesusahan besar pahalanya. Tak kiralah berapa pun jumlahnya asalkan hati ikhlas dalam memberi.
Jemput baca perkongsian Cikgu Muhammad Yusof yang boleh dijadikan panduan
Pengalaman hari pertama aku di sekolah menyedihkan.
Ada anak yatim piatu 3 beradik masuk ke asrama sekolah aku. Kesian dorang. Disaat anak-anak membesar dengan kasih sayang mak ayah, dorang 3 beradik diuji dengan kehilangan mak dan ayah pada usia muda. Besar betul dugaan dorang.
Aku saje edarkan sampul surat kat budak-budak asrama untuk membantu seikhlas hati meringankan beban 3 beradik ni. Sape nak derma, derma. Tak nak takpe. Biasanya awal-awal ni mak ayah ada bagi duit lebih sikit buat belanja, tapi itulah aku tahu kebanyakan mak bapak dorang bukannya orang senang. Ada yang kerja kilang, ada yang kerja cleaner. Ada yang jualan kat pasar malam.
Beri Derma
Masa aku nak balik ke rumah, ada sorang pelajar panggil aku. ‘Ustaz nak derma..’. Aku kenal dia ni sebab aku pernah hantar dia ke rumah. Keluarganya nampak macam orang agak susah. Rumah pun rumah papan biasa-biasa.
‘Ustaz, saya nak derma..’ Dia pun keluar duit syiling masuk dalam sampul surat putih yang aku bawak. Aku tak tahu berapa jumlah dia yang aku tahu duit syiling sebab bunyi keceng, keceng..
Aku tanya awak ada duit tak ni nanti nak gi kantin makan macamana? Aku saje tanya sebab aku tahu latar belakang keluarga dia.
‘Takpe ustaz, bapak saya pesan kalau ada derma untuk anak yatim, orang susah, kena bagi derma. Saya syukur ada mak ayah lagi ustaz. Kesian dorang takde mak ayah dah.’
Jangan Tunggu Ada Duit Baru Sedekah
Sebak aku bila dengar jawapan budak ni. Benar, kita jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila rasa senang baru nak sedekah.
Allah, Allah, kadang-kadang kita yang dewasa, yang berduit ni pun kadang-kadang tak mampu nak jadi macam budak ni kan?
Aku belajar sesuatu dengan budak ni, kita kalau nak sedekah, sedekah je. Sedekah ni bukan kira banyak ke sikit. Yang penting kita ikhlas. Selagi kita boleh sedekah, sedekahlah. Selagi kita boleh tolong orang, tolonglah.
Sampai masanya nanti, Tuhan akan mudahkan orang lain untuk bantu kita, masa kita susah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, membuka mata kita agar bersedekah pada bila-bila masa. Tak kiralah jumlahnya asalkan hati ikhlas dan tak perlu tunggu bila rasa senang atau bila ada duit.
Semasa bersih beras untuk memasak, apakah yang seirng mak-mak fikirkan. Mungkin ada yang fikir nak masak lauk apa dan tak kurang juga memikirkan sesuatu sama ada baju nak kena jemur dan sebagainya.
Mungkin juga ada mak-mak sibuk memikirkan tentang anak-anak atau pun pasangan itu sendiri, apa yang dibuat pada waktu ini dan fikirkan anak-anak yang semakin membesar dengan peel masing-masing yang tak pernah habis.
Sedangkan apa yang sering ustaz dan ulama pesan, cara yang paling mudah untuk lembutkan hati anak-anak dan ahli keluarga lain adalah membaca surah-surah tertentu semasa bersih beras.
Jangan ingat, dengan baca doa selepas solat atau semasa anak tidur sahaja sudah cukup nak lembutkan hati anak. Perkara yang senang, kita permudahkan. Cuma ambil masa beberapa minit sahaja dan lakukan semasa bersih beras untuk memasa, bacalah surah ini.
Tip yang paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
1.Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w
2. Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...