Ikan tuna cukup terkenal di kalangan mereka yang mementingkan kesihatan kerana kandungan protein yang tinggi tetapi rendah lemak.
Siapa sangka seekor ikan tuna Indonesia mampu dijual dengan harga begitu tinggi iaitu RM6000 di sebuah pasar di Tokyo, Jepun.
Seekor ikan tuna Indonesia berjaya dijual pada harga 160,000 yen (kira-kira RM6,247) di pasar segar Sapporo Hokkaido di sini, Selasa lalu.
Tribun News melaporkan peniaga di pasar berkenaan mendakwa berlaku kenaikan harga berbanding tahun lalu.
“Harganya bagus namun lebih murah berbanding tahun lalu mungkin kerana pengaruh Covid-19 yang menular di Jepun,” kata Tsutsui, seorang peniaga ikan di pasar itu.
Jualan ikan disebut Hatsuseri dan tuna segar bermula kelmarin selepas pembukaan pasar di Sapporo itu.
Baca Juga Di sini:
MI KARI IPOH Kuahnya Guna Ikan Bilis Tamban, Rasa Lebih Sedap Tak Muak!
Resepi Sedap Sambal Bunga Kantan, Tumis Dengan Ikan Bilis Bagi Kering
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Tahun ini, acara lelongan tuna dijalankan dengan mengikuti prosedur kesihatan dan jumlah peserta dihadkan.
Mereka yang hadir ke acara di pasar itu dikehendaki menggunakan pelitup muka, melakukan sanitasi dan menjaga jarak dengan satu sama lain.
Tuna dengan harga tertinggi adalah tuna mebachi dari Indonesia dengan berat 73 kilogram (kg) yang dijual dengan harga 2,200 yen (kira-kira RM86) setiap kg.
Berbanding tuna yang mencecah harga tertinggi pada awal tahun lalu, harga setiap kilogram ikan itu dikatakan turun sekitar 800 yen (kira-kira RM31.20).
Penurunan harga itu berikutan permintaan tuna yang berkurangan pada akhir tahun dan tahun baru akibat Covid-19.
“Sempena tahun ini, saya berharap kita semua dapat kembali menjalani kehidupan harian dengan lebih baik dan semangat kebersamaan,” kata Datuk Bandar Sapporo, Katsuhiro Akimoto dalam ucapannya.
MW: Selain ikan tuna, terdapat ikan-ikan lain yang membekalkan sumber protein buat mak, ayah serta keluarga. Jadi berbelanjalah mengikut kemampuan, namun sesekali apa salahnya merasai kesedapan isi ikan tuna.
Sumber: myMetro